Search This Blog

Friday, March 31, 2017

Pantai Pandawa dan Pantai Dreamland Bali Indonesia



Lepas makan kitorg jalan2 di pantai Nusa Dua. Bnyak jugak pantai kitorg dapat pergi. Pantai Paling best ialah Pantai Pandawa dan Pantai Dreamland. Dua2 punya keunikan tersendiri. Pantai Pandawa sesuai untuk family trip yang mana ada anak2 kecik sebab ombak dia x kuat sangat dan landai je.Tapi pemandangan dia subhanallah cantic sangat.tak terkata dan tergambar perasaan saya masa sampai.Walau panas membahang tapi kecantikan dan keindahan dia menutup segala kehangatan. Saya disini main2 air+  bergambar ,beli air lagi dan rehat2. Tak lama kami ke sini kerana selepas ini kami akan ke Pantai Dreamland.




Lepas je ke Pantai Pandawa kami singgah solat di masjid yang mana semua tempat sembahyang ada dalam satu kawasan. Ada masjid ,ada gereja ,kuil dan tokong.Semua ada.Tapi sayangnya saya x ambil gambar.




Pantai seterusnya adalah Pantai Dreamland.Nak ke sini kena naik shuttle service dia tau. kena tggu tapi masa tggu tak lama pun. Kekerapan yang sangat tinggi membuatkan kita x bosan menuggu. Sampai2 je kita kena menapak sikit tau.Tapi dia bukanlah perjalanan yang bosan .Untuk ke sini kita akan melintasi kedai2.so have a window shopping guys. Walau agak jauh nak sampai ke pantainnya bila dah sampai perkataan yang terungkap adalah MAHA Besar Allah yang menjadikan pemandangan ini tersangatlah cantic. tak tergambar dengan perkataan kalau pun boleh saya gambarkan. Cantik sgt. Terlalu cantic.Macam biasa bersepah mat2 saleh dan minah2 saleh.Rasa yang bertudung macam saya sorang.

 
Ombak dia besar tapi best.Syok je tengok. Saya disini selalu berkata kepada diri sendiri bestnya kalau saya pandai surfing. Rasa macam nak bealajr je masa tengok ombak dia. Dia punya perkatan masa Nampak ombak tuh………….kalau tgok mat2 salih nih bukannya pandai terus pun diorg semua belajar dulu. Mmmglah ada yang terror tapi masih bnyak yang belajar dahulu. Ada Indon2 yg ajar dia. kalaulah saya lama disini dan tak terkejar masa disini mesti saya belajar. Mungkin 1 hari nanti bila dah free dan berat badan tak bertambah saya boleh cuba datang lagi dan belajar. Nih percutian selama 3 malam mmg x sempat dengan bnyak tempat yang nak dicover.Mudah2 han 1 hari nanti saya berpeluang.


Pantai Dreamland nih xde pun dalam iternary saya  sebenanrnya.Sebelum ke bali saya tak tau pasal pantai ni tapi pak supir yang suggest. Alhamdulillah saya x terlepas ke sini. Memang cantic dan berbaloi x8 kali. Lupa nak bgtau kesemua pantai disini masuk adalah berbayar yer. Jadi siap2 sediakan ongkosnya.kat pintu masuk kena bayar kalau x van ke kereta tak boleh masuk.


Thursday, March 9, 2017

SEA WALKING TANJUNG BENOA



Pagi pun ada orang-Pantai Kuta
Di sebabkan singkat sangat percutian kami di bali iaitu 4 hari 3 malam sahaja. jadi saya susunkan aktiviti dengan sebaik-baiknya. Masa terlalu pendek rasa kat sini. Rasa macam pack sgt masa.Hotel yang saya stay pun saya x explore.  Saya balik2 je dah mlm. Letak kepala atas bantal terus tumbang .nasiblah saya pilih hotel murah dan budget.

Bali nih besar dan Di tambah dgn jarak perjalanan yg jauh dan macet.  kdg2 rasa mcm dekat tapi sebab jem teruk kan kat sini. So dia jadi lama. tersengguk kepala terlanggar cermin van. hahaha Jalan kat sini bukan mcm jalan kita tau besar2. diorg punya jalan besar dia mcm lorong2 di rumah kita. kecik sgt ya ampun.. Yg saya perasan ada satu je highway itu pun nak ke nusa dua. berapa tol saya tak pasti pulak. Ada tanya pak supir tapi x ingat.kalo silap maafkan saya


Ada jugak beberapa tempat yg best saya x dapat pergi dan cover . takpe more reason to datang lagi.hehe..antaranya Bedugul. takpe ada rezeki dtg lagi. Kalau takde rezeki apa yang ada kita jadikan kenangan yang terindah.lols.

excited to explore..saya kalo berjalan2 mmg bedak pun x pakai uolss...nak tgok nature muka pun haruslah natural...jgn plastik.kihkihkih.semuanya semulajadi dan natural beauty.SILA MUNTAH HIJAU     
Ok first aktiviti hari ke tiga ialah jalan2 pantai kuta. jalan lama jugak kat sini. cuci mata lepak dan lepak lagi. mmg cantik pagi2 kan. org putih pagi2 dah dtg siap bawak alas untuk membaringkan diri nanti. 

Pantai Kuta uolls

Panas kegembiraan sampai mata pun x nmapk tapi best nyaaaaaaaaa


Mat salih nih tutup muka sebab kena matahari ke malu kita terambil gambar dia..mohon halal yer 
Temapt ke dua terus ke Tanjung Benoa. kat sini lah kita boleh buat segala aktiviti air.Macam-macam ada.Sediakan aje ongkosnyaa….Nak ke sini lah yang lalu tol .jakun jugak saya. Ko dah kenapa saha mcm xde tol je kat johor?:P


Inilah tol yang saya cakap


Plan saya kat sini saya nak sea walking. Walau mmg dah plan tapi saya tetap piker.ei betulke nak buat nih??being me yang penakot nih mmg banyak lah pk nya.last2 malas nak pk2 lagi saya terpaksa dan merelakan diri sendiri untuk ber  sea walking.

Masa nak sea walking tuh sebelum turun tuh saya Nampak satu org korea nih, dia muntah2 lepas naik. alahai saya yang semakin kecut menjadi semakin kecut.nak ke tak nak nih..duit dah bayar mahal jugak tuh. Bayaran dalam USD tau. tapi syaa x ingat berapa. Bagi saya , saya rasa rugi kalau x proceed.

Mula2 sampai duduk lah bincang dengan orang2 kat situ.Ada meja makan semua senang sangat nak berbincang dan nak menawar harga.Ada menu di sini.Menu aktiviti air.Tawarlah selagi boleh.Tapi diorg nih x kisah letak mahal sebab dia x heran.. banyak kot org2 putih nak try.so mmg laku keras lah segala aktiviti kat sini
Menu pakej bukan menu makanan.

Tiba masa yang dinantikan.Tiba giliran kami.kami dibawa ke tengah laut dgn bot laju.tengah ek?entahlahh tapi jauhlah sikit dari yang tepi tuh.Sampai kat situ terus ke pelantar yg mmg ada kat tgh tuh. Pakailah segala tok nenek kat situ dan ada instructor ajar isyarat2 dia. sebab kita tak boleh ckp tau kat dalam sana. so dia ajar isyarat ok , ada masalah, nak naik, dll.so kena ingat semua tuh.Nanti guna tuh je yer. saya mmg hafal isyarat nak naik dan ada masalah jer.hahahaha

Ok husband saya turun dulu.sampai giliran saya dup dap dup dap jantung saya.takot nyaaa.Allah je yg tau.saya berani sebab saya tahu husband saya ada.kalo x ,saya tak taulah saya akan buat ke x.
Ok step pertama kena turun tangga nt dah sampai tangga ke berapa dia pakaikan tong gas. OMG beratnya tong dia .ku rasa macam nak terbalik.hahaha.so cari tangga. saya mcm x jumpa2 tangga tau.cari2 last2 jumpa gak.saya dah cuak.

Habis anak tangga terus kita sampai ke dasar laut.bnyak lah jugak anak tangga tuh.Dah sampai bawah rasa lah kita pijak pasir. nmapk ikan2 depan kita. Banyaknya lah hai….kerumun saya sampai saya rasa geli.saya pun tercampak roti yang dia bagi.Lupa bgtau masa kita nak turun dia bagi roti tauu. Kira roti tuh as attraction untuk ikan dtg kat kita. Jadi saya yg kegelian terbaling roti tuh….hahahaha ADOI
Then jalan lah kita ikut laluan dia.dia ada laluan yang dibuat khas untuk sea walking activity. Sebeanrnya tak mencabar pun..so kita ikut je laluan tuh.Dalam setengah jam dalam laut tuh saya kena naik. Masa kena naik tuh saya rasa alahai x puasnyaa..

Kesimpulannya selamat lah saya buat jugak aktiviti nih kalo x mesti saya x dpt rasa pengalaman nih. Alhamdulillah semuanya ok2 je. Naik2 tuh saya ok tak pening atau muntah2. Mungkin Oksigen yg saya bawak tuh penuh kott ATAU berfungsi dengan baik sebab ramai jugak yg naik pening dan muntah2.
Haaa…lagi satu telinga pun kena jaga.kalau x betul2 rasa mcm sakit kot ada jugak yg naik balik sebab telinga dia sakit. Alhamduliillah saya dipermudahkan urusan nih. syukur Alhamdulillah.

Ada bnyak lagi  aktiviti air kat sini tapi saya x amik semua amik mana yang patut je dan rasa best.Almaklumlah budget ciput. Alahai takde gambar ek..sygnyaa

Lepas dah siap segala aktiviti tuh saya tukar baju dan jalan 2 lagi di sekitar pantai Nusa Dua pulak. bnyak gile pantai dia dan cantik sangattttttttt. Kat sini banyak hotel jugak. Tapi mcm lebih pada standard hoel lahh..Sini mungkin lagi permai dan tenang dari KUTA.


Penat berjalan perut berbunyi ku mintak pak supir cari nasi padang. So misi cari  makan nasi padang tghari tuh.Compare to nasi padang di Bandung saya suka lagi makan nasi Padang di Bandung. kat sini mcm ada kurang skit. Tak kick as expected. Tapi yg sama ialah air buah. Air buah kat indon nih mmg tak mengecewakan so saya bungkus lagi air untuk minum dalam kereta. Tak cukup satu. sebab lepas nih bnyak lagi pantai nak pergi.Mesti haus nt. 

Bolehlah layan lauk dia


Apapun plan last saya mesti ke ULUWATU.huhu.apapun jadi kena pergi sebab esok saya dah blk jb

Krisna Bali vs Agung Bali


Balik dari Tegalalang tuh belum malam lagi. So saya decide nak pergi shoping ole2 untuk family dan kawan2. Sebab esok memang jadual dah pack dah. Esok plannya macam dah full nak jalan2 pantai buat semua aktiviti air. So rasanya petang dan malm nih waktu terbaik untuk sesi perhabiskan duit.Hehe

So kami terus ke Krisna Bali dan Agung Bali. Besar kedai dia.dia macam Mydin mcm atau standard sikit macam the store kot. hahaha. maaflah kalau salah perumpamaan saya nih.ni Perumpamaan saya dan awak2 semua mesti lain kan.:P

Kat Bali nih jgn ingat satu je kedai Krisna dan Agung Bali ye. Ada bnyak kedai tuh. Dia ada banyak dan merata2 jugak.Ada orang suka shoping di Krisna Bali .Ada orang suka shoping di Anjung Bali .Saya suka kedua2 duanya .Asal shoping je mana2 pun saya suka.

Actually pada saya setiap kedai ada keistimewaan dia. Pada saya kalau nak beli tshirt atau baju2 lebih baik beli di Agung Bali sebab kualiti tshirt /kain dia agak baik dari Krisna.tapi kalaiu uols x kisah jenis kain,Krisna pun ok.Dua2 pun ok lah Cuma kena pandai pilih jer.Kalau nak cari barang macam spa pulak saya suka di Krisna Bali.

Tapi mmg bahaya kat sini setiap kedai saya tak cukup duit. over budget.luar kedai dia ada ATM. Setiap kali keluar dari kedai saya mesti cucuk duit.haha.last sekali kat satu kedai saya dah malas nak cucuk duit saya pakai kad kredit je. huhu.jgn jadi mcm saya ye. semua nak dibeli.hahaha. dah balik baru pk apa jelah yg saya beli nih. hahaha…ada yg saya sampai skrg pun xpakai lagi.

Kesimpulannya sampai malam saya ke kedai2 di area KUTA.mana2 kedai yg best je saya masuk walau x beli apapun. CUCI MATA kata orang.Jalan2 jugak di Legian Street dan last sekali makan bakso .

 dah tengah malam cari bakso lagi.padahal dah dinner.lols