Search This Blog

Saturday, May 4, 2019

Kimyong Market ->hatyai floating market -> asean night bazaar





Alhamdulillah semua urusan masuk settle so marilah cari Asian hotel hatyai. Senang je hotel ni. Mudah jugak perjalanan nak ke hotel.Alhamdulillah. Tetapi pemandangan macam x mengagumkan lah. Takde lah bnyak kedai2. Ke mungkin sebab kitorang dari Padang Besar bukan Bukit Kayu hitam.huhu. Masa tu dalam kepala ok nanti kita balik dari Bukit Kayu hitam lah..


Sampai2 hotel kitorg rehat dulu sekejap mandi2 solat semua. ye lah dari pagi kan dah keluar dari hotel kat perlis tu.Then berkicap pulak kat arked padang besar…so mandi dulu. Tapi tak lama pun sebab excited nak keluar dan lapar.

Asian hotel hatyai

Jgn susah hati pasal parking yer.boleh parking dekat basement.Hotel ni parking dia besar gak.

sedikit pemandangan dalam kimyong market

First kitorg pergi kimyong market.usya2 x beli apapun lagi.Eh ada terbeli kekacang.
kat sini silalah pakai baht eh..dia tak mcm ho chi minh boleh pakai RM. tapi kedai dia ya ampun pada saya lebih rapat2 dari ben thanh market...Memang berlengas dalam nih...hahaha

Harga kacang x silap saya :-

  • Pistacio = 370 bhat
  • gajus = 360 bhat

banyak betul laki saya borong..saya tumpang makan je lah..😋😋😋😋

Rasa macam beli kacang je hari ni. Round2 jugak dalam tu tapi x sampai abis sebab esok plan nak pergi lagi. Ditambah xleh tahan perut dah mula nyanyi.So apa lagi google kedai makan.Macam2 kedai gak kitorg dapat dan jumpa.

last2 kitorg decide makan kat Restoran Salma.Taklah sedap sangat mcm orang duduk kecoh2 dan bisingkan. Pada saya biasa2 je.tapi still boleh tahan.Saya sampai mintak nasi tambah sebab saya rasa mcm eh… x cukup pulak nasi nih.hahahaha
Restoran Salma

Lepas makan perut pun dah kenyang dah petang ni kan elok rasanya kita chil2 lepak depan le garden plaza.Dekat sini orang cakap seronok dan happening.So mehla singgah. Betullah mmg bnyak gerai makanan. Macam2 makanan ada.So siapa2 yang tak nak lunch boleh skip makan terus kat sini.confirm rambang mata nak makan mana satu. Tapi tu lah nak tggu petang perut dah nyanyi2.hahaha

Yang saya ingat kat sini saya beli pulut manga + manga+ kerabu apa entah nama dia…,air manga jambu dll…tak bnyak sgt.

Lepak sini  jalan jugak sekejap then terus teringat nak pergi Hatyai floating market lah jugak.kalo boleh nak sampai sana petang dan stay sampai malam. tapi nmpak gaya mmg tak sempat lah sampai petang sebab waktu sedar tu pun dah pukul berapa kan…kitorg gerak pas maghrib sudahnya..


So siap2 semua bergegas lah kita ke Hatyai Floating Market.Naik kereta je guys senang.Jalan dia x susah pun.lagilah skrg kan GPS Ke Waze ke apa semua ni dihujung jari.

banyak anjing gak kat sini...tapi diorg lepak je.x kejar org pun

welcome hatyai floating market



Okay…nak cerita pasal floating market tak?ok dari hotel kitor duduk tu tak sampai setengah jam pun dah sampai pasar tu. Senang je jalan dia Cuma saya rasa nak parking susah sikit kalau sampai lewat dan waktu2 kemuncak.Senang cerita waktu Malaysia cutilah sebab banyak Malaysian kat sini.hahahahaha

Saya parking kat luar kat kawasan rumah orang .Penduduk kat situ ada sediakan tempat parking tapi macam biasa kena lah bayar.Tak silap saya dalam 20 bhat sekali masuk.

Lama jugak saya kat sini sebab husband ada buat sticker no plat kereta dalam tulisan thai di sini. 
sticker plate kereta = 80bhat

Hatyai Malaysian Lol 

Em…cakap pasal makan kat sini Ya Allah punyalah ramai umat manusia saya tak enjoy pun beli makanan dan makan di sini. Bersesak2 saya pulak memang tak reti bersesak2 asyik lah bagi orang lain beli dulu.last2 samapi bila pun x ada turn saya.Haahhahahaa. Tapia da jugak lah saya beli.tak banyak tapi ada.lagipun saya rasa macam biasa2 je makanan dia.Saya lebih banyak kat atas bukan yang dekat sampan.apalagi shoping baju lah.hahahahaha. 

saya tak beli bnyak pun kat sini....tak pandai berebut sgt...hahaha
kat sini saya ada beli pes tomyam + Maggie yang terkenal tu +selipar + baju bajan dan lain2.Tapi guys kalau sesiapa dah sampai sini you guys should enjoy dan pergi kay.sekurang2nya merasa sebab kat tempat kita tak sure ada tak floating market.

Dengar2 perlis nak buat jugak dari tahun 2018 saya dengar tapiii sampai ke sudah lom lagi.So sementara nak ke Bangkok ke mana yg pasar terapung dia  lagi besar so pergi sini pun kira orait jugak.Dah alang2 sampai kan.Tapi x silap saya dia x buka hari2.so google dulu hari apa yang bukak kay…so kalau dah ada di Hatyai dan alang2 kena pulak ari dia bukak.why not pergi kan…

Asean night bazar

Lepas dah lepak lama nak arwah dekat floating market ni kitorg berangkat lah ke destinasi ke dua asean night bazar. Kena buat semua malam ni sebab kitorg dah x ada di Hatyai malam esok. So lets enjoy asean night bazar

Kat sini tak lain tak bukan shoping lah. Tapi mood masa tu tak onz sangat sebab dah ngantok kot. So mood hibernate je. Jadi jimat banyak kat sini.tak beli apa sangat.
asean night bazaar

Last sebelum tido jalan lagi ke depan hotel le garden plaza tuh. Wargh lagi happening malam2.. then balik hotel apa lagi Zzzzzzzzzzzzz lah.Esok nak makan dim sum yang org ckp popular dan sedap tuh.Oleh kerana masa mencemburui kitorg terpaksa cancel plan ke  Greenway Night Mrket .Lagipun asben ckp sama je lah semua tempat shoping nak pergi..hahahaha 😆😆😆



No comments:

Post a Comment