Search This Blog

Monday, November 27, 2017

Penutup cerita Di Bali Indonesia..semoga berjumpa lagi

Lamanya cerita penutup pergi bulan Oct 2016. Start cerita di Blog awal tahun 2017 dan penutup entry penghujung 2017.Hujung tahun 2017.berkurun lama..hahahha

Saya teruskan je lah sedikit tips+ kesimpulan + dan penambahbaikan bagi saya dan sesiapa kalau travel ke Bali 
  1. Next time nak naik motor. tak nak pakai supir. rasa mcm x selesa ada org sekali. Rasa jalan dia  x lah susah sgt. Rasa lagi adventure kalau pergi sendiri.  
  2. Kalau masa suntuk dan plan bnyak nak pergi. tak payah pilih hotel mahal2 pun xper sebab masa bnyak kat jalan je dan pergi tempat2 best
  3. kat bali nih best. banyak tempat best. rasa semua nak pergi. dia jenis2 full package. semua ada.
  4. SAYA NAK DTG LAGI. πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–Biasa jarang tau lepas saya pergi dan terus rasa nak dtg lagi.Tapi bali saya terus rasa nak dtg. Masa balik naik flight terus rasa alahaiiiiiii mcm bnyak lagi tempat tak cover
  5. Pada saya bali kawasan selamat untuk pelancong. org2 dia sangat hormatkan pelancong, pengunjung, pelawat, dll. InsyaAllah selamat takde apa yg nak ditakutkan sangat
  6. Terlalu banyak patung2 boleh dikatakan semua tempat ada patung2.Alim lah kira diorg nih.Alim agama diorg
    tengok belakang saya tu antara contoh patung2 yang ada

  7. Makanan halal x senang sangat cari dan jugak x susah sangat cari.so so je lahh.Senang cakap x merata ada makan halal
  8. Pergi Bali buatkan kita rasa nak belajar surfing. Ombak dia mcm memanggil2..persekitaran dia seakan memanggil2 jugakπŸ˜πŸ˜„πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜œ Mengenal dan menerima hakikat dan menyedari saya sejenis bukan lah fast leaner for adventure, slow sikit nak pandai jadinya kena stay lama sikit kalau betul2 nak belajar surf.


Wednesday, April 5, 2017

Istimewanya Dinner di Pantai Jimbaran


Sekembalinya dari ULUWATU kami terus untuk dinner di Jimbaran. Banyak jugak review saya baca pasal Jimbaran nih. Memang nice place for dinner. Saya tak menetapkan keutamaan untuk pergi ke sini dan dinner.Kalau ada rezeki pun mungkin berjalan2 sahaja. Tapi kata orang kalau rezeki memang x kemana.Rezeki saya dan suami untuk menikmati makan malam di Jimbaran pada hari itu.

Kalau ikutkan saya x pergi pun xper sebab saya baca review harganya cekik darah.Takot jugak saya.Tapi pak supir saya bgtau rugi kalau tak pergi dan memikirkan entah bila saya ada rezeki ke Bali lagi maka saya pergi jugak.Lagipun pak supir janji nak tolong dapatkan harga yang ok di sana nanti. Maka saya confident dan berdoa duit saya dicukupkan.hahahaha kesian kau “pelancong bajet”.πŸ˜‚
 

Sampai je di Jimbaran pak supir turunkan kami dan terus ke kedai makan di sana. sampai2 tak nmpak lagi lautnya tapi saya dengar bunyi yg mcm bom kuat sangat.Tak tergambar dia punya kuat .Saya agak terperanjat jugak dan mula pikir yg bukan2.

Bila dah masuk ke kedai dan terus pergi ke depan dan depan lagi .MasyaAllah saya nmpak laut terbentang luas. Bunyi yg macam bom tu adalah bunyi ombak.Korang boleh bayangkan tak betapa kuatnya bunyi ombak dia dan dengan bunyi ombok yang kuat itu sudah pastilah ombak dia tinggi sangat.

Ready for Makan

Seronoknyaaa
Sampai di satu kedai nih saya terus cari meja betul2 mengadap laut .Kira yang paling depan sekali lah. Meja tuh ada 2 kerusi sahaja.So memang romantic untuk orang yang ingin beromantik. Dia siap hidupkan lilin.Suasana masa tuh tak terpikir dan tergambar perasaan saya. Saya memang sukakan ketenangan. So saya rasa memang this is my place. Saya bayangkan dinner biasa2 je.Rupanya memang tidak.Start saat saya sampai saya dah rasa pengalaman ini dan perasaan ini sangat berharga dan best.

Kalau sesiapa mmg datang sini untuk makan sedap dan mencari seafood terbaik saya fikir ini bukan tempatnya. Jika untuk tujuan itu anda mungkin boleh ke tempat lain. Untuk sesiapa yang nak rasakan suasana lain dari yang lain + nak ambil mood romantic bersama tersayang dan  nak dengar betul2  bunyi ombak yang macam bom sambal makan. This is exactly the right place.

Kesimpulannya walau harga sedikit mahal dan makanan tidaklah sedap mana saya tetap rasa ianya berbaloi2. Rasanya n kita bayar untuk suasana itu bukan sahaja makanannya. For me this is one of awesome dinners I've ever tasted in my entire life.Bukan sebab makananya tetapi sebab suasananya persekitarannya dan feeling yang lahir dari suasana tu.

Malam tuh dinner saya Cuma nasi putih+ ikan bakar+udang+dll seafood yang dibakar. taklah sedap sangat.biasa2 je.seperti saya katakan kalau mencari seafood yang sedap ini bukan tempatnya.kebanyakan pengunjung datang ke sini go for suasana dia.Memang best.Susah nak describe uolss.

Sedang saya makan2 tuh ada sekumpulan band datang.Tanya saya dan asben nak lagu apa diorg nak naynyikan untuk kami. So saya tak berpikir2 terus mintak lagu dealova. Saya kan mmg suka lagu tuh. Rasa macam pelik pulak sambil mkan depan orang nyanyikan lagu.3 lagu yang dia nyanyikan tapi saya cuma tahu lagu dealova jer. 

Mula2 dia cakap takot salah lirik.Tak ada salah pun rasanyaaa.Memang Layan

Couple Mat salih sebelah saya orang Itali diorg nyanykan lagu Itali untuk pasangan mat salih itu.Bagusnya tentang Bali nih Diorg sangat menghargai dan menghormati pelancong. Mereka bukan tahu lagu indonesia dan malaysia sahaja ,bnyak jugak lagu yang diorg tau.ye lah kan Bali kan pusat pelancongan terkenal,kenalah tahu bnyak lagu dan bahasa.

Lama jugak saya dan suami makan dan meikmati bunyi ombak dari meja kami sahaja. Takde sapepun kacau suruh balik walau dah lama kami lepak tau. Lepas makan kitorg decide jalan2 ditepi pantai.Pergh bnayk jugak kedai makan area sini rupanya.pilih aja yang mana berkenan.duduk + pilih makanan dan bayar.Saya jalan sambil beli jagung.
Aduhai bestnya kalau dapat pergi lagi.Eh tapikan jagung bakar dia tak manis sangat lah…

Jalan sebelum balik


Setelah lama dan berkurun lama kami pun balik .cari pak supir dan balik ke hotel sebab esok pagi2 kami kena balik Malaysia.haurghhhhhhhhhhhh sedihnya.

Inilah malam penutup untuk kami di bali. Niatnya balik tuh nak jalan2 lagi lepak2 Kuta kan.tapi semua tuh dalam mimpi sahaja.zzzzzzzzzzzzz.badan terlalu letih dengan aktiviti padat dari pagi hingga ke malam hari ini.
Apa2 pun pantai Jimbaran memang cool and awesome. 4 Bintang⭐⭐⭐⭐