Search This Blog

Friday, July 20, 2018

kenangan surat cinta dari hotel di Sapporo

ada satu hari tu balik2 dari bersuka ria aka berjimba tetibe receptionist tu pangil dan tanya no bilik hotel.lepas dia dah tau no bilik hotel dia terus bagi satu surat.tak silap malam kedua.balik dari Otaru

dup dap dup dap dalam hati i tau uols. apalah aku dah buat nih.apalah aku nak kena ganti. berapa pulak lah nak kena bayar. pikir2 duit dalam yen lagi nak terkincit rasa.hahahaa

tak lama mana pun dia nak cari surat tu tapi mcm2 terlintas di kepala.tau apa isi surat tuh.....??
----------------









jeng jeng jeng

















nih ha surat dia.remote tv x jumpa...hahahahaa.cuak akak tauuuu tak?



















Tuesday, July 17, 2018

Singgah makan di Warung Jawa serta Masjid Sapporo dan cheese tart sedap di Sapporo station

Balik2 dari Takino Suzuran perut mula lah nyanyi2.masa tgh seronok2 tak rasa apa2 pulak.perut pun bagi can tuan punya badan enjoy.dia tau tuan dia susah nak dtg lagi lepas nih .hehe

so otw balik tu dalam bus kitorg google nak makan mana kat sapporo.google punya google jumpa lah satu kedai ni warung jawa nama dia.lepas dah study jalan nak ke sana kitorg decide ok gak try.lagipun jarak dia satu station je dari Sapporo station.

Berhenti di station ni kalau nak makan di warung jawa dan ke Masjid Sapporo

Nak pergi sini kena naik train yang sama tapi turun di Kita juni jo.Plan asalnya macam ni nak makan kebab kat satu kedai ni.tapi sampai2 je kedai kebab ni tutup.buka balik pukul 5.takkan nak tggu kan.so cari punya cari tu yang jumpa warung jawa ni.

pemandangan mata di dalam kedai.kecik tapi cantik
Agak mahal tapi bolehla makan...huhu

warung jawa ni kalau dah sampai pun boleh tak jumpa tau.sebab dia kat bawah.so korang dah sampai .masuk satu bangunan then bawah dia baru ada kedainya.Warung jawa ni kepunyaan sorg kakak tu dari Indonesia dia berkahwin dengan orang Jepun.Mula ke Jepun sebab ada pertukaran pelajar antara universiti.alih2 lekat pulak kat sini.Best kan..:)

kat sana kitorang ada yang makan nasi ambang dan nasi kambing.bakso pun ada.harga sekitar 1000 yen sehingga 1500 yen.Lepas makan husband terperasan ada masjis Sapporo belakang kedai ni.so apa lagi kitorg pun singgah solat.dekat je .jalan x sampai 1 minit dari kedai nih.

Dalam Masjid Sapporo


masjid ni dua tingkat.tingkat atas untuk perempuan.tingkat bawah untuk lelaki.lepas solat kitorg borak sedikit dengan ada lelaki muslin jepun di sini.baik tinggi dan ensem.ehh ehh 😂

rehat2 semua kitorg pun terus balik.niat hati nak terus balik hotel.eh mcm sayang pulak kalau balik so kitorang decide ke sapporo station kitorang nak beli cheese tart yang famous tuh.Kinotoya cheese tart.Sedap korang.korang mmg patut beli kalau dah alang2 sampai sini.lebih sedap dari cheese tart yang famous di Malasyia.rasa dia Subhanallah...sampai skrg ingat lagi.agaknya tambah cuaca sejuk plus lapar.

Tuh kat tangan saya cheese tart nya.Bungkus dalam 6 biji sebab nak bagi member rasa.dia dah balik dulu

dah beli tu kitorg jalan dekat kedai2 dalam sapporo station tu.kitorang jalan sampai x sedar dah berapa jauh. kedai2 kat subway tu kitorang terjah jugak.tapi jalan dan tengok je lah.beli nya takkkk mampu.hahaha.mcm2 kedai kitorg singgah sampai dekat ke malam jugak.kitorg merayap tanpa hala tuju.

lepas balik hotel mandi solat semua sebab isyak ngn magrib kat sana cepat.malam keluar lagi.kali ni jalan dekat susukino pulak.Pergi ke kedai2 di Tanukikoji Shopping Arcade.kat sini baru lah beli sikit2.
Jalan2 malam di susukino

Ramai lelaki di sini pada waktu malam

Friday, July 13, 2018

Masuk ala2 Ski resort tapi free - Takino Suzuran Sapporo Japan

Salam semua.apa yang saya buat di hari ketiga di Sapporo.
yehaaaaaa hari ni x kurang bestnya seronok giler untuk orang yang jakun mcm saya.semoga ada rezeki lagi merasai keseronokan itu.semoga sihat tubuh badan dimurahkan rezeki dan dilapangkan masa.Insya Allah

Ok straight to the point hari ni saya plan ke Takino Suzuran.Apa yang ada di Takino Suzuran tu yer. Nak masuk sini free je tau pada musim winter.Pada musim lain kena bayar sefaham saya. kalau salah boleh betulkan. Saya pergi sini sebab nak buat aktiviti 2 snow dan saya kena cari yang free entrance sebab sedar tahap ketakutan saya:P. Nanti dah bayar mahal2 x main pulak.hahahaha.so kalau free x lah ralat sangat kannn :)


sampai2 kita jalan2 dulu.tengok apa ada.


Kat sana mmg sejuk.tahap pipi rasa kebas.tapi matahari tetap bersinar2 besar.tak tau nk ckp camne.silau.tgok mata sis xleh bukak sangat buakn sebab ngntokkk zzzz


kalau korg mmg plan betul2 nak main ski kat Sapporo ni kat sini mcm2 tempat korg boleh pergi. banyak giler.google je. cuma saya je yang ke sini.saya rasa mesti tempat2 tu lagi seronok. Biasalah kan takkan yg free lagi seronok pulak.hahhaaha

pagi lepas sarapan ringan kami terus ke sini,dari hotel jalan kaki ke Susukino station terus ke Sapporo Station.Dari Sapporo terus ke Makomanai station dalam 290 yen seorang. Dari makomanai naik bus ke Takino Suzuran. Tak silap dalam 440 yen seorang.
so inilah ringkasan perjalanan dia untuk sesiapa yang stay susukino. kalau ada yg mudah boleh share yer..tapi ni yg saya lalu

Susukino station ->Sapporo Station->Makomanai station->naik bus terus ke Takino Suzuran.

Takino Suzuran ni bukan resort .Dibuka untuk setiap musim .kalau musim sejuk di buka untuk main ski.ramai jugak budak2 sekolah jepun ke sini dan belajar main ski.syok je tgok diorg.kan best kalau saya leh join.hahaha.Antara permainan yg ada Snow Shoe, Tube sledding dan bnyak lagi lahh..

Terpaling seronok main ni.Tiga kali naik.selamat beratur sekejap je

Seronok sangat


boleh naik sampai 3 kali sebab free dan sebab kita tak payah bawak tube tu.nanti dia akan angkat kita sekali dengan tube tu.pakai kabel.hahahha seronoknyaaaa.korang duduk je.sambil2 tu leh tgok vie dari atas tu. Ni masa saya baru ambil tube.kalau kena bawak tube ke atas alahaiiiiii..ponet jugak
.Proses dia ambil tube->beratur->nanti naik pakai kabel->turun then beratur lagi->lepastu turunlahh...hahahaha


kitorang kat sana sampai 2 lebih rasanya.tak lama sangat pun.tapi mmg seronok.pengalaman yang enjoy giler :) so paling best kat sini tak ramai org sangat.mcm kitorg pergi bukan hujung minggu .naik tube sledding bnyak kali pun x ada org marah.hahahaha.so kalau sesiapa nak maik ski pun boleh tak ada siapa nak nmpak dan sebok. x ada org. ala lagipun kalau ramai org pun bukan diorg kenal kita.so jatuh mcm mana gaya pun lantaklah..hahahha

Last picture before balik.