Search This Blog

Tuesday, August 30, 2016

Tips ke Ho Chi Minh


Sedikit Tips dari saya untuk mereka yang nak ke Ho Chin Minh dan untuk saya juga jika ingin dtg lagi..:)
mungkin masyarakat Ho Chi Minh susah jika tiada motor.
  • Hati2 melintas.jaga beg2 anda.terjadi di depan saya seorang warga korea begnya diragut sepantas kilat oleh penunggang motosikal.padahal dia melintas bersama2 kami.jangan leka.jangan lalai.pegang betul2 beg.selempang adalah paling selamat. 
  • Pakai pakaian yang paling selesa .tak payah bergaun gopol2 ye.pakai seluar lebih baik dan kain yang x panas.sebab pada pendapat saya kat sana sangat panas.Malam dia pun panas tau macam xada angin.ditambah dengan orang yang sesak padat dan mampat.so kiranya pakai lah baju yang paling awak2 sekalian selesa
  •  Pastikan sentiasa keluar dari hotel dengan sebotol air mineral.Yer memang boleh beli.tapi kalau asyik nak beli je leh pokai jugak. kena cut cost2  jugak benda2 yg kecik supaya duit yg kecik2 tu dikumpul dapat beli yg besar2.haha.kat sana jalan sentiasa dahaga tauu.tapi jangan lupa pekena kopi ais dia rm3 sahaja.
kopi ais rm3

  • Carilah hotel di sekitar area ke pasar bent thanh.sebab kita boleh kejap2 turun naik .senang turun je hotel mcm2 ada.sorang2 pun ok 
  • Makanan agak mahal di sana.tapi xde pilihan.makan je lah..hehe.tak makan nt takde mood nak shoping nt.lagi rugiii
  • Kalau tak berkenan sangat dan tak terasa nak beli sangat tak payah lah pegang2 barang yg diorg jual. garang nak arwah diorg2 nih
  • Ada sesetengah kedai yang x membenarkan kita ambil gambar pun barang yang mereka jual
  • Mereka sangat suka memaksa tau siap pegang2 tangan.katakan dengan tegas jika tak mahu.
  • Kalau nak ikut tour guide tanya soalan seberapa bnyak boleh dan confirmkan semua2 dahulu.
  • Aktifkan kad bank anda. anda pasti terlebih budget untuk yang kaki shoping
  • Yer pada saya barang2 mereka memang murah..tapi masih boleh tawar lagi.tawarlah seberani dan selogik mengikut pendapat anda.
  • Kalau x terdesak tak perlulah naik teksi jalan kaki sahaja jika berdekatan.kalau nak naik teksi jugak pastikan teksi yang anda naik adalah teksi vinasun.
  •  Boleh jugak download currency converter tapi macam saya currency converter pun saya download. kertas nih pun saya siap2 dalam beg duit saya. 
 
 
  •  tukar duit siap2 kat malaysia pun senang.tapi kalau rasa nak tukar kat sana pun boleh jugak.cuma kena check betul2 tau