Search This Blog

Thursday, September 6, 2018

Rera Chitose Outlet Mall dan kedai bundle di Chitose Sapporo

Sampai2 Chitose lupa pulak perut lapar sebab kitorang kejarkan nak pergi Rera Chitose Outlet Mall sebab Rera Outlet mall ni waktu operasi dia sampai 8 malam je x silap so tak nak lah x sempat pergi kan.

Alang2 sampai bila lagi nak pergi kan..lagipun ada masa ni.Sejujurnya saya taklah nak beli banyak sangat. taklah nak beli macam2.Nak shoping mcm2 sebab saya sedar poket saya.hahahaha.Memang awal2 dah tanamkan dalam kepala trip ni  jalan2 je bukan shoping

Sampai2 je kat sini tak sure pukul berapa tapi kitorg kejap sangat kat sini.tak sampai 2 jam kot.Tak nak shoping pun tapi dah kenapa nak lama2 kat sini kan...hahahha best woo walau usya je pun.Tapi saya x puas sebenarnya banyak kedai saya x sempat masuk..huhu

Kat sini murah tau kasut dia....Jangan lupa pergi kedai ABC-MART. Barang kosmetik,jam tangan dll semua murah..huhu.Macam2 brand ada kat sini tau.Dalam tak nak shoping tu melayang jugak lah yen saya.Saya beli seluar dan jeans.Husband saya pun sama.Tak taulah murah ke x tapi selesa sangat saya sukaaaa.❤❤❤.Made in Japan uols.Maafkan saya yang jakun..hehe.πŸ˜‰πŸ˜‰
Jangan lupa claim tax tauu.

cari punya cari takde satu pun gambar kat sini...sob sob sob.😒😒

Lepas puas cuci mata kitorg barulah pergi makan.Kali ni kitorg makan kat TheRaj.Kedai india muslim. Husband saya makan ayam tandori + roti nan + nasi dalam 900 sorang. saya makan kebab+ roti nan + nasi.Ok puas hati dan kenyang.Macam biasa kedai bersih.

Husband saya ...

Pilihan saya

 Perut dah kenyang sambung lagi shoping.kali ni saya ke 2nd hand outlet atau kedai bundle.besar kedai ni.2 tingkat.Best jugak kat sini tapi saya x beli apa2.kawan saya ada jugak beli.



kedai 2nd hand aka bundle aka pre loved 


Balik dari sini terus check in hotel...oh before tu saya cari biskut kapal nak buat ole2 untuk kawan2..

Mula2 Ingat nak pergi AEON tapi masa mencemburui.tak sempat.huhuhu
Sedih nangissss...😒 mcm kat Malaysia takde AEON kan.
huhu tapi betullah kan feeling dia mesti lain pergi AEON tempat asal dia..huhu.

Tak dapat ke AEON so teruslah check in hotel AreaOne hotel.Esok pagi2 dah nak balik.Kena kemas barang2 semua dan beg.Sayu rasa. Rasa inilah paling x suka bila pergi jalan2. Apa2pun kena back to reality. Cari rezeki lagi dan simpan duit. Ada tanggung jawab kita di Malaysia. Ada jodoh kita datang lagi. Sesungguhnya 5 hari mmg tak puas.

Malam tu dalam pukul 11pm kitorg suami isteri keluar lagi tau takde hala tuju tapi saje je.Nak rasa snow fall tak tau bila lagi berpeluang main snow. Snow fall.Mana tau ini last rasa mcm ini.Niat asalnya nak minum coffee je kat bawah so kitorg x pakai lah jaket.tapi tup tap kitorg keluar jugak dari hotel malam tu.tapi dekat je lah. Suprise tak sejuk sangat tauu..rasa macam dah imune sikit dah dengan suhu sejuk ,masa awal2 sampai x boleh langsung.Betullah org kata alah bisa tegal biasa....cewah kau baru duduk 5 ari je saha...πŸ˜†


Selamat  tinggal snow, Sapporo ,Chitose


Sunday, September 2, 2018

Sehari di Lake Toya, Mount Usu dan Noboribetsu Hot Spring aka Hell Valley Hokkaido


Plan today ->Sapporo ke Lake Toya + Mount Usu + Noboribetsu ->Chitose
Hari ni pagi2 lagi kitorang dah check out dari hotel kitorang di Sapporo sebab nya hari ni kitorang plan nak ke Lake Toya ,Mount Usu dan Noboribetsu.Selamat tinggal Sapporo City ada jodoh kita berjumpa lagi  😒

Kitorang gerak dalam pukul 7am.Pukul 7am waktu Japan lebih kurang pukul 6 waktu Malaysia tau...huargh ngantok.

First destination ialah Lake Toya. Nak sampai ke sini pemandangan lawa dan mendamaikan.On the way tu kalau bolehlah jangan lah tidor sebab tepi highway kalau korang alert dan perhatikan betul2 boleh nampak rusa dan beruang.tak tau lah beruang ke apa tapi binatang yang saya nampak jauhhhh tu besar sangat..πŸ‘ΉπŸ‘Ή.so guys jangan tidor, Nikmati sebaiknya perjalanan anda.kalau nak tido..duduk bilik je lah:P

Sebelum sampai ke Lake Toya dan kawasan sewaktu dengannya kitorang singgah makan.Makan di R&R Mount Usu. Walau hanya R&R tetapi saya rasakan ia seperti kawasan perlancongan.Cantik sangat..rasa macam nak ambil gambar kat semua tempat.Bersih + relax = cool. Atau mungkin saya yang terlebih jakun. Bayangkan nak makan pun best je menikmati view dia.Ish tak tau lah nak describe rasa best dia.rasa relax dan tenang dia.

nih la view dia...Syok menikmati udon and green tea mengadap view nih..hahaha sesekali kasi jakun sikit :P

Nih kat luar R&R

bayangkan betapa tebal salji dia sampai kena sodok

Sesudah makan kitorang teruskan perjalanan ke Lake Toya.Subhanallah tak tau nak ckp mcm mana lawa dia.Best.Tapi pergi waktu winter pemandangan dia agak terhad. So siapa2 yang pergi bukan waktu winter saya sangat2 suggest jangan lupa ke sini.Tapi kalau datang waktu winter pun best.Tak ada salahnya.Keadaan dan pemandangan tetap mengujakan.Ada mcm2 permainan boleh main kat sini.



Antara permainan yang ada.Pilih saje dan sediakan yen nya..


Tinggi kan salji dia...tenggelam kasut

Lake Toya

Lepas ke Lake Toya berdekatan dia adalah Mount Usu.So guys jgn tak pergi sini pulak.serius tak akan menyesal kalau ke sini.Kat sini ada bnyak aktiviti jugak.Saya sempat lah main beberapa permainan.Cantik dari sini boleh nampak sepenuhnya Lake Toya

kat sini dia bagi pakai baju tu kalo x silap..sebab sejuk ya ampunn kat sini.tapi xder kot yang pakai masing2 kan dah berjaket bagai...

kat sini nak naik mount Usu tu kena naik ropeway. Tak silap dalam 1500 yen sorang pergi balik.Saya kat sini main snow board je..hehe

dah naik kat atas ni bolehlah tengok video.Dia ceritakan pasal sejarah gunung berapi dll...

Tak ingat dah ni Sebelum naik atas ke kat atas

Ada nampak macam tour guide x ke cikgu sekolah?hahaha

Dalam ropeway

Pemandangan dari ropeway

yg warna kuning tu lah kitorg naik
eh eh sis x tido khemah...hahahhaa
Bye Bye Mount Usu...ha sebenier  agak murah2 kat sini berbanding tempat lain.bolehla beli satu dua

Last sebelum balik kitorg singgah Noboribetsu Hot Spring.Ni pun mesti pergi tau.Tapi sayangnya masa kitorg sampai tu Ya Allah punya lah ramai umat manusia jadi susah sikit nak feel nak ambil gambar sebab ramaiiiii sangat org.Banyak bus pelancong kat sini.So maksudnya kalau ambil package travel ni antara tempat yang biasa orang pergi lah...

Noboribetsu  atau dikenal hall valley tempat kolam air panas.Macam biasa bau sulphur sangat kuat kat sini..so korang jangan gadoh pulak ingat partner yang kentut.hahahahha.
Salji lebat kat sini..jalan licin sangat..bau x sedap.tapi korang kena g sini sebab ada onsen .kalau nak rendam2 kaki pun boleh.kena naik atas lagi lahh.

Jalan kaki atas sikit ada kolam kecik je dan ada air panas .Suhu dia 50 degree celcius

Tengok salji jatuh banyak giler...masa ni dah x jakun dah..hahahaha.Nak cakap pun susah.Memang salji laju turun 

Ceh...acah2 paham :P

Tengok punya ramai umat manusia...


Sekeping lagi sebelum balik

Macam biasa winter kan cepat gelap kan...so kitorg pun x dapat explore sangat. Adalah sangat dinasihatkan kalau korang nak relax2 lepak sini bermalam lah kat area sini.so x terkejar2 sangat.Banyak hotel area sini.Stay sini then dari sini boleh ke lake toya ke mount usu dll..

 Lagi satu saya sarankan stay  hotel area sini sebab air panas semulajadi ni disalurkan di kebanyakan hotel di sini.So siapa2 yang nak rasa betul2 lepak santai boleh check in sini Then kalau korang ada masa lagi boleh pergi Noboribetsu Bear Park saya x sempat pergi ..huhu



 Balik dari sini dah penat dan lapar giler so kitorg decide terus ke Chitose sebab macam x jumpa kedai makan halal area sini.Tak jauh pun dari sini ke Chitose. Entahlah ek sebab saya rasa kejap je dah sampai...

Malam ini kitorg dah x stay Sapporo .Kitorang decide stay Chitose saja sebab hari last kan.Esok kitorang balik Malaysia Flight pagi. So stay chitose sebab nak mudah. Nanti saya share kedai makan yang saya makan kat sana dan hotel apa yang saya stay di Chitose.Ha ....paling best sekali malam tu before check in hotel kitorang pergi shoping....tak shoping pun cuci mata jer:P.



Monday, August 20, 2018

Desaru coast- nak review Desaru Tunamaya Beach & Spa Resort

Pemandangan hotel pada waktu malam dari balkoni hotel
Saje nak buat review pasal desaru tunamaya resort .nak bagi hotel ni popular dan popular lagi.Alhamdulillah saya berkesempatan ke sini dua kali. Satu kali December 2017 dan satu kali lagi pada May 2017.walaupun dah lama berlalu nak jugak share :)

Untuk kali pertama saya pergi saya stay dalam bilik standard triple untuk satu hari dan pada December saya cuba bilik deluxe double selama dua hari. Dua2 bilik best dengan balkoni. kalau bawak mak ayah x nak turun duduk balkoni je pun dah terasa angin2 desaru tuh tauuu.seronoknyaaa.😍😍😎

Gambar ihsan dari booking.com

Kenapa sampai dua kali dalam setahun tuh?best sgt ker?

  • Pada saya hotel ini murah sangat berbaloi dengan harganya.Taklah mewah sangat dan taklah teruk sangat.Yang teristimewa pada saya semua biliknya mengadap pantai yer.tak perlu nak mintak bilik mengadap pantai masa booking dan tak perlu penambahan wang untuk seaview.Berbaloi kan??πŸ™Œ
  • Yang kedua saya suka hotel ini kerana ianya berdekatan sangat dengan rumah saya.tak sampai 2 jam perjalanan dari skudai tapi kena melalui lebuhraya senai desaru. Sape tak suka dekat kan.senang taklah berlama2 dalam kereta.sesuai dinamakan Jadinya kos dan masa lebih murah dan menjimatkan.😎
  • Dekat sangat dengan pantai.tak sampai 5 minit dari bilik.tak payah naik kereta semua.malam pun dengar bunyi ombak
  • Sunyi dan mendamaikan.tapi orang kata pergi weekend mcm cuak jer.terlalu senyap. πŸ™ŠπŸ’€Saya pergi dua2 kali waktu public holiday.yang pertama masa hari buruh yang kedua dua hari semasa Christmas celebration.
  • Malam2 nak beromantika di tepi pantai pun boleh uols.πŸ’‘
  • Tempat dia cantik dan masih terjaga lagi.Perabot dan perkakasan bilik taklah reput dan tunggu masa mereput.
  • Kalau bosan mandi pantai main kolam renang dia pun ok .boleh tahan.Ada kolam dewasa dan kanak2
Cumanya kalau yang perlu dibaiki bagi saya adalah :-
  • ruang makan dia.kecil bagi saya dan agak crowded
  • masa saya pergi, gym dia x buka pun.penat bawak kasut sukan.hahaha
Stay sini pagi2 bangun boleh lah jogging tepi pantai.petang2 pun boleh.Cuma pagi2 tu lebih aman damai lah.


Ombak dia tinggi jugak.pergi bulan 12 biasanya tinggi lah kan.
Ha...Kalau sesiapa tengok cerita yang dimainkan di rtm1 masa bulan puasa “Isteri untuk diiktiraf” haaaaaaa pengambaraan dia buat kat sinilah uols 

So bagi siapa2 yang berada berdekatan kota tinggi /pengerang atau desaru jangan teragak2 bercuti di sini. Ianya pasti memberikan percutian singkat yang paling relaks dan mendamaikan.tak perlu jauh2.confirm tak menyesal. Short gateway orang putih cakapπŸ’– 

Warga JDT Jangan x pergi sebelum harga dia menjadi lebih mahal seiring dengan pembukaan desaru coast.so ambil masa take a rest mari bercuti.hehe
Waktu petang masih sama dari balkoni hotel.

Friday, August 17, 2018

Grand Lexis Port Disckson - Recommend for family vacation and romantic gatewayπŸ’–



Saya memang dah lama nak try stay hotel ini. Nak rasa mcm mana rasa dia duduk hotel ada private pool. lama jugak usya laman web dia.baca cerita orang stay sana semua. Dulu awal kahwin pernah pergi sekali masa tu baru lagi.x macam sekarang macam2 ada.

Lama saya riki2 harga mana lah tau ada promosi kan.saya memang plan kalau ke sini nak bawak mak ayah saya sekali sebab katil dia ada dua king kan.sesuai lah.beramai2 meriah sikit.barulah berbaloi bayar .

Sehingga lah satu hari masa tu musim matta fair. Buka2 laman web Grand Lexis pd rupanya diorg pun buat promosi matta fair so saya apalagi nak booking lah terus. Tapi jadi saya walaupun booking ke apa ke mana pergi pun walau pakai duit saya sepenuhnya saya tetap tanya husband saya dulu. kalau dia cakap ok saya barulah proceed booking.πŸ‘πŸ‘ Kalau dia cakap x perlu atau jangan mengada2 so saya mereput je lah x booking2πŸ˜”πŸ˜”

Alhamdulillah selepas puas meyakinkan big bos tak membazir dan ini memang saya plan lama dah dan dah save pun duit bonus arituh dia pun ok je lah.

Hrga dia agak murah bagi saya compare to original price ditambah pulak bilik besar .Katil pun ada dua king so bolehlah bawak mak ayah saya sekali.Kalau pergi hotel lain pun kena bayar dua bilik dah lebih kurang sama je ngn harga bilik kat grand lexis nih. So pada saya berbaloi2 lah.Cumanya voucher ni kena guna hari biasa.(Isnin- Jumaat). 

Kitorg sepakat pergi pada 6 July 2018. Kebetulan masa tuh pun musim raya lagi walau dah hujung2. jadinya alang2 bolehlah singgah rumah pakcik dan makcik saya di Selangor dan negeri Sembilan.
Dari rumah dalam pukul 10.singgah minum dan makan di ayer keroh.then sampai macam awal.check in pukul 4 x silap.Kitorang pun plan jalan2 area teluk kemang .Lunch semua sana..Lama giler rasanya x pergi area teluk kemang .dulu masa kecik2 selalu jugak pergi sini ada nenek saudara duduk sini.skrg dah meninggal rumah pun dah roboh tapi kitorg melawat jugak tapak rumah.

Pukul 3 lebih just nice kitorg sampai hotel grand lexis tuh.Check in process smooth jugak walau masa kitorg sampai ada rombongan dari negara China sekali sampai.OMG bisingya…Deposit jgn lupa.tak silap RM 100.

Selesai semua urusan check in kitorg pun nak ke bilik.Mula2 kitorg tempeh bilik biasa je.Deluxe suite garden living tapi diorg bermurah hati upgrade ke bilik Grand Pool villa.Berbaloi2.hehe.Bilik dia ada macam2 guys check betul2 yang mana sesuai sebelum booking .Ada 3 kategori above the sea, garden living, sky living.(Boleh baca kat laman web dia).

Nak kesana kena naik buggy.kitorg tak leh naik buggy yg kecik kena naik buggy yg besar.bukan sebab org je tapi sebab barang banyak betul. apa je lah kitorg bawak.hehe😜

Sampai2 masuk bilik kitorg makan 2 dulu.apa yang kitorg tapau kena makan dulu.buat air panas semua.Then barulah mandi.lamanya berendam tapi x pandai2 berenang.hahahaha

Malam lepas settle semua pergi makan .sebelum masuk bilik kitorg jalan sekitar hotel tuh.cantik waktu malam tenang je rasa.malam tu tido dalam 12 lebih jugak sebab badan saya dah mula sakit2.sakit sangat sampai tidur pun terbangun2 .sejenis jakun.

Pagi macam biasa breakfast jalan2 bawak budak bertuah Harraz jalan2 kat hotel then masuk bilik sambung lagi mandi dan mandi aka berendam.Sedar x sedar dah nak dekat pukul 12 .masa untuk berkemas dan balik.huhu..sedih x puas.

Kesimpulannya bagi saya stay di sini agak berbaloi dengan harganya.bilik yang besar dengan private pool.staff yang friendly.Perkihdmatan buggy yang cepat dan tak membuatkan kita menunggu lama.telefon sekarang x sampai 5 minit dah sampai.bagi saya buggy nih penting jugak since saya bawak mak ayah saya kan.xdelah diorg jalan jauh dan tuggu lama.Alhamdulillah.Overall saya bagi 4 per lima bintang.⭐⭐⭐⭐.