Search This Blog

Showing posts with label Sabah 2015. Show all posts
Showing posts with label Sabah 2015. Show all posts

Friday, September 4, 2015

Jambatan Gantung Tamparuli--sesuatu yang harus dijaga dan dikekalkan



On the way ke Kundasang.kami singgah ke Rumah terbalik.For me rumah tuh biasa2 jer. Saya mungkin x pandai nikmati kekreatifan owner.almaklumlah saya nih x kreatif lagi bukan pencinta seni.oiiit,..kena mengenakah?hahaha

Lupakan rumah terbalik kita cerita pasal Jambatan Gantung Tamparuli. Ha..pada saya ini menarik untuk dikongsikan.sila pergi ye kawan2 kalau ke sini.Senang sgt tau kalua nak pergi sini dari rumah terbalik tu terus sahaja dan belok kanan...Ala….ada signboard tau jgn risau..

pada saya keunikan macm nih harus dikekalkan dan dijaga sebaik mungkin.Tak perlu lah bermewah2 sampai terlalu bnyak sangat pembangunan yang dibuat yang pastinya perlukan berjuta2 belanja.Hanya pastikan keaslian dikekalkandi smping menjaga serta membaiki apa yang perlu.Bila saya kata kekalkan jgnlah smpai kayu2 yg rosak x dibaiki..teruk tau.dahlah tinggi rasa takut ditambah pulak kayu atau titian yg berlubang.kan ke bahaya kan org ramai?takot tersilap langkah.Namun ada satu usaha yg baik sebab ada disediakan satu sudut tempat parking kereta yang mana ia sangat memudahkan orang ramai yang berkunjug.Terbaik.

Hanya satu hala kenderaan dibenarkan pada satu masa.x boleh lalu dua2 tau.sebab muat untuk satu kenderaan je satu masa.kagumkan tak bergaduh pun.x perlu orang jaga pun.masing2 sedar tanggungjawab masing2 dan mengalah di antara satu sama lain.kita nih yg kdg2 jalan dah besar pun gadoh dia masuk lane kita..kta masuk lane dia..


Pemandangan sungai dari atas jambatan
Nampak lelaki tu?alah bisa tegal biasa.dia siap jalan sambil nyanyi.kagum dan malu saya dibuatnya.



Hati ada rasa kecut.


Ok sudah berani..




Tinggi kann...


Kinabalu Pine Resort -kali ke dua



Hari ke 3 trip perjalanan diteruskan .Pagi jalan2 di Kota Kinabalu. Pasar Filipina + Pasar ikan masin n segala tok nenek pasar di KK. Sempat jalan2 di Universiti Malaysia Sabah.kali ke 2 kami ke sini.Then lunch di area borneo mall.Perjalanan di teruskan ke kundasang.

Kami dah tempeh hotel sebelum ke Sabah iaitu kinabalu pine resort. Plannya nak bermalam di hotel lain sebab saya dah kali ke dua ke sini tapi my family nak jugak rasa hotel nih.so kita layan jer.lagipun x kisah kerana dah pasti hotel ni ok dan servis yg baik.Lagipun kena cari hotel yg memang selesa dan mudah sebab saya bawak mak n ayah saya.

Untuk kali ke dua ke sini kami tetap rasa seronok dan teruja.Kami hanya dapat tempah bilik nih SUPERIOR DELUXE ROOM.Still ok pemandangan yg terus ke gunung kinabalu.Kami sampai sekitar pukul 5.

ROOM:   2 SUPERIOR DELUXE ROOM WITH BREAKFAST AND DINNER
BAYARAN : RM640.UNTUK SATU BILIK  = RM320
TEMPAHAN : MELALUI TELEFON


Petang jalan2 sekitar hotel.


dah dekat magrib

tengok bunga pun x segan tumbuh kat sini..cantik n segar jer

Malam kami dinner sahaja di hotel kerana kami ambil package dinner sekali.Nak comment x pasal makanan yg disediakan?

Hurm….makanan ok.for me just ok jer.xdelah best sgt.mungkin x leh nak expect lebih pun kan.makanan dia dah tetapkan lauk2 untuk arituh.so x banyak pilihan.tapi still ok.lagipun lapar n sejuk kan semua sodapppp.Sejujurnya jika dibandingkan dgn first time pergi masa tuh lauk dia mcm variety sikit.boleh pilih dan lagi sedap.tapi x taulah kalo masa tuh laparnya over sgt…hahaha

Lagi satu nak comment café dia mmg dah ok.cantik tapi lebih baik kalua dibesarkan lagi keluasannya sebab sempit tauuu ramai2 org.mcm crowded nak makan pun  x feel sgt..hehe


Gambar bilik xdelah tapi x per..ramai kan dah berkongsi gambarnya.tapi serius best sebab balkoni dia besar.best nak layan ambil gamabr.bila pergi beramai2 kan best lepak luar ramai2.pemandangn pun cantik.memang terbaik.rasa free jer n silalah nikmati




bawah tu kampung di Kundasang.tak tersusun tapi masih cantik

Ini dari Balkoni

Gunung Kinabalu

em.masa fisrt time pergi saya duduk sebelah geng budak2 U kot.diorg pergi beramai2.satu bilik tuh ada 10 org kot.siap masak satay kat balkoni tu.percayalah luas betul balkoni tuh.boley dapat 1 bilik lagi.

Baguskan owner dia x tamak...tak memikirkan keuntungan semata2 tetapi mengutamakan keseronokan dan keselesaan pengunjung
Em...silalah bagi voucher free untuk saya kinabalu pine resort...hehe.penat saya puji.tapi serius ini lah yang saya rasa untuk kali pertama dan kedua ke sini.Kepuasan yang tak berubah.

Lupa kinabalu pine resort sediakan payung tauu sebab kat sini selalu hujan.kalo x pu renyai2.:)


Thursday, September 3, 2015

The Tip Of Borneo-Tanjung Simpang Mangayau






Hari ke dua jugak dan misi diteruskan ke the Tip of borneo.
Best tempat nih memang best.Siapa suka pemandangan  laut luas sila pergi jangan x pergi.Parking free ke x saya lupa.tapi jalan ke sini senang cari tapi  kemudahan mcam xde.mungkin belum dinaik taraf atau sedang dinaik taraf.tapi still ada sedikit minor changes compare masa saya pergi 2010 dahulu.lagi terok woi jalan dia..selamat keta sewa.hehehe

Sesiapa yang nak bermalam di sini pun boley tau..tapi saya x bermalam pun di sini.kali nih saya pergi panas sgt...panas yg amat sangat.balik tuh saya terus muntah2 mungkin disebab panas di sini atau kereta yg "over goyang" buat saya mabuk..Hu terseksa sgt masa tuh.malu ngn ayah saya yang sakit sedangkan dia nmpak lagi kuat dari saya..huhu

Pada saya tempat nih cantik sgt dan harus dijaga disamping kekalkan keaslian di situ.

8 Juta kali pergi pun nak amik gmbr kat sini



Lama kalo lepak di sini siap mandi di tepi pantai sini.Subhanallah cantik sgt.air x tercemar langsung.sejuk jer..
Balik kami singgah minum2 di pekan Kudat.
Alhamdulillah kami selamat sampai malam itu di Kota Kinabalu selepas saya yg muntah n angin berpanjangn sepanjang perjalanan.

malam tuh makan Seafood di KK.OMG murahnyaaaaaaaaa...................


Maranjak Long House /Rumah panjang Maranjak Kudat Sabah



Hari ke dua kami mulakan dengan sarapan di kedai mamak berhampiran apartment kami.Sini nak cari kedai makan mmg mudah.tapi antara leh masuk atau x sahaja.bnyak mamak di sekitar apartment ni.
Pagi kami dah mulakan perjalan ke kudat.Misi kami adalah The tip of Borneo.Walaupun ini kali ke 2 saya masih jakun dan teruja..but being me who is always excited pasal berjalan…

On the way ke kudat rasa terlalu jauh berbandig first time saya pergi
Mungkin kerana dulu saya dari kundasang tapi nih dari KK agak jauh sedikit.tapi percayalah korang takkn boring  disebabkan jalan nak kesana memalui kota belud + kota Marudu yg pemandanggannya punya lh cantik.sawah terbentang luas dan sayup2 gunung kinabalu kelihatan.pemandangan yg jarang kita lihat.Maha besar Allah.Cantik sgt..saya suka.Perjalanan mmg mengambil masa yg lama hampir 3 jam lebih.

Kami sempat makan tengah hari otw ke kudat tuh.rasa2 dah area kudat kot atau kota marudu.saya pun x pasti.Keburukan saya ialah x boleh lapar.kalau lapar cepat2 isi perutnya.hehe

So sebelum sampai the tip of borneo saya mmg plan nak singgah sini….yeay rm3 sahaja masuk.murah tau kawan2.sila jgn lupa pergi yer


 saya ke sini cepat2 dan laju2 sebabnya ayah dan emak saya x turun sekali.Lepak je kat bawah.sebab nak ke sini kena naik tangga.mak n ayah saya x larat.

Nak tengok gambar dalam rumah panjang nih

Inside rumah panjang.
Bilik tidur juga disedikan untuk sesiapa yang nak merasai bermalam di sini.
tempat menjual cenderamata..beli tau kita bantu sekali diorg..murah je diorg jual.saya beli 2 mafla seagai kenangan.tambahan koleksi mafla selain sentiasa mafla JDT:)
Pemandangan di luar rumah panjang yang sangat mengasyikkan.Berangin sesaui untuk saya yg memang sukakan alam semulajadi dan kekampungan:)

Perjalaan di teruskan ke The tip of Borneo dan kudat Sabah...