Search This Blog

Thursday, September 6, 2018

Rera Chitose Outlet Mall dan kedai bundle di Chitose Sapporo

Sampai2 Chitose lupa pulak perut lapar sebab kitorang kejarkan nak pergi Rera Chitose Outlet Mall sebab Rera Outlet mall ni waktu operasi dia sampai 8 malam je x silap so tak nak lah x sempat pergi kan.

Alang2 sampai bila lagi nak pergi kan..lagipun ada masa ni.Sejujurnya saya taklah nak beli banyak sangat. taklah nak beli macam2.Nak shoping mcm2 sebab saya sedar poket saya.hahahaha.Memang awal2 dah tanamkan dalam kepala trip ni  jalan2 je bukan shoping

Sampai2 je kat sini tak sure pukul berapa tapi kitorg kejap sangat kat sini.tak sampai 2 jam kot.Tak nak shoping pun tapi dah kenapa nak lama2 kat sini kan...hahahha best woo walau usya je pun.Tapi saya x puas sebenarnya banyak kedai saya x sempat masuk..huhu

Kat sini murah tau kasut dia....Jangan lupa pergi kedai ABC-MART. Barang kosmetik,jam tangan dll semua murah..huhu.Macam2 brand ada kat sini tau.Dalam tak nak shoping tu melayang jugak lah yen saya.Saya beli seluar dan jeans.Husband saya pun sama.Tak taulah murah ke x tapi selesa sangat saya sukaaaa.❤❤❤.Made in Japan uols.Maafkan saya yang jakun..hehe.😉😉
Jangan lupa claim tax tauu.

cari punya cari takde satu pun gambar kat sini...sob sob sob.😢😢

Lepas puas cuci mata kitorg barulah pergi makan.Kali ni kitorg makan kat TheRaj.Kedai india muslim. Husband saya makan ayam tandori + roti nan + nasi dalam 900 sorang. saya makan kebab+ roti nan + nasi.Ok puas hati dan kenyang.Macam biasa kedai bersih.

Husband saya ...

Pilihan saya

 Perut dah kenyang sambung lagi shoping.kali ni saya ke 2nd hand outlet atau kedai bundle.besar kedai ni.2 tingkat.Best jugak kat sini tapi saya x beli apa2.kawan saya ada jugak beli.



kedai 2nd hand aka bundle aka pre loved 


Balik dari sini terus check in hotel...oh before tu saya cari biskut kapal nak buat ole2 untuk kawan2..

Mula2 Ingat nak pergi AEON tapi masa mencemburui.tak sempat.huhuhu
Sedih nangissss...😢 mcm kat Malaysia takde AEON kan.
huhu tapi betullah kan feeling dia mesti lain pergi AEON tempat asal dia..huhu.

Tak dapat ke AEON so teruslah check in hotel AreaOne hotel.Esok pagi2 dah nak balik.Kena kemas barang2 semua dan beg.Sayu rasa. Rasa inilah paling x suka bila pergi jalan2. Apa2pun kena back to reality. Cari rezeki lagi dan simpan duit. Ada tanggung jawab kita di Malaysia. Ada jodoh kita datang lagi. Sesungguhnya 5 hari mmg tak puas.

Malam tu dalam pukul 11pm kitorg suami isteri keluar lagi tau takde hala tuju tapi saje je.Nak rasa snow fall tak tau bila lagi berpeluang main snow. Snow fall.Mana tau ini last rasa mcm ini.Niat asalnya nak minum coffee je kat bawah so kitorg x pakai lah jaket.tapi tup tap kitorg keluar jugak dari hotel malam tu.tapi dekat je lah. Suprise tak sejuk sangat tauu..rasa macam dah imune sikit dah dengan suhu sejuk ,masa awal2 sampai x boleh langsung.Betullah org kata alah bisa tegal biasa....cewah kau baru duduk 5 ari je saha...😆


Selamat  tinggal snow, Sapporo ,Chitose


Sunday, September 2, 2018

Sehari di Lake Toya, Mount Usu dan Noboribetsu Hot Spring aka Hell Valley Hokkaido


Plan today ->Sapporo ke Lake Toya + Mount Usu + Noboribetsu ->Chitose
Hari ni pagi2 lagi kitorang dah check out dari hotel kitorang di Sapporo sebab nya hari ni kitorang plan nak ke Lake Toya ,Mount Usu dan Noboribetsu.Selamat tinggal Sapporo City ada jodoh kita berjumpa lagi  😢

Kitorang gerak dalam pukul 7am.Pukul 7am waktu Japan lebih kurang pukul 6 waktu Malaysia tau...huargh ngantok.

First destination ialah Lake Toya. Nak sampai ke sini pemandangan lawa dan mendamaikan.On the way tu kalau bolehlah jangan lah tidor sebab tepi highway kalau korang alert dan perhatikan betul2 boleh nampak rusa dan beruang.tak tau lah beruang ke apa tapi binatang yang saya nampak jauhhhh tu besar sangat..👹👹.so guys jangan tidor, Nikmati sebaiknya perjalanan anda.kalau nak tido..duduk bilik je lah:P

Sebelum sampai ke Lake Toya dan kawasan sewaktu dengannya kitorang singgah makan.Makan di R&R Mount Usu. Walau hanya R&R tetapi saya rasakan ia seperti kawasan perlancongan.Cantik sangat..rasa macam nak ambil gambar kat semua tempat.Bersih + relax = cool. Atau mungkin saya yang terlebih jakun. Bayangkan nak makan pun best je menikmati view dia.Ish tak tau lah nak describe rasa best dia.rasa relax dan tenang dia.

nih la view dia...Syok menikmati udon and green tea mengadap view nih..hahaha sesekali kasi jakun sikit :P

Nih kat luar R&R

bayangkan betapa tebal salji dia sampai kena sodok

Sesudah makan kitorang teruskan perjalanan ke Lake Toya.Subhanallah tak tau nak ckp mcm mana lawa dia.Best.Tapi pergi waktu winter pemandangan dia agak terhad. So siapa2 yang pergi bukan waktu winter saya sangat2 suggest jangan lupa ke sini.Tapi kalau datang waktu winter pun best.Tak ada salahnya.Keadaan dan pemandangan tetap mengujakan.Ada mcm2 permainan boleh main kat sini.



Antara permainan yang ada.Pilih saje dan sediakan yen nya..


Tinggi kan salji dia...tenggelam kasut

Lake Toya

Lepas ke Lake Toya berdekatan dia adalah Mount Usu.So guys jgn tak pergi sini pulak.serius tak akan menyesal kalau ke sini.Kat sini ada bnyak aktiviti jugak.Saya sempat lah main beberapa permainan.Cantik dari sini boleh nampak sepenuhnya Lake Toya

kat sini dia bagi pakai baju tu kalo x silap..sebab sejuk ya ampunn kat sini.tapi xder kot yang pakai masing2 kan dah berjaket bagai...

kat sini nak naik mount Usu tu kena naik ropeway. Tak silap dalam 1500 yen sorang pergi balik.Saya kat sini main snow board je..hehe

dah naik kat atas ni bolehlah tengok video.Dia ceritakan pasal sejarah gunung berapi dll...

Tak ingat dah ni Sebelum naik atas ke kat atas

Ada nampak macam tour guide x ke cikgu sekolah?hahaha

Dalam ropeway

Pemandangan dari ropeway

yg warna kuning tu lah kitorg naik
eh eh sis x tido khemah...hahahhaa
Bye Bye Mount Usu...ha sebenier  agak murah2 kat sini berbanding tempat lain.bolehla beli satu dua

Last sebelum balik kitorg singgah Noboribetsu Hot Spring.Ni pun mesti pergi tau.Tapi sayangnya masa kitorg sampai tu Ya Allah punya lah ramai umat manusia jadi susah sikit nak feel nak ambil gambar sebab ramaiiiii sangat org.Banyak bus pelancong kat sini.So maksudnya kalau ambil package travel ni antara tempat yang biasa orang pergi lah...

Noboribetsu  atau dikenal hall valley tempat kolam air panas.Macam biasa bau sulphur sangat kuat kat sini..so korang jangan gadoh pulak ingat partner yang kentut.hahahahha.
Salji lebat kat sini..jalan licin sangat..bau x sedap.tapi korang kena g sini sebab ada onsen .kalau nak rendam2 kaki pun boleh.kena naik atas lagi lahh.

Jalan kaki atas sikit ada kolam kecik je dan ada air panas .Suhu dia 50 degree celcius

Tengok salji jatuh banyak giler...masa ni dah x jakun dah..hahahaha.Nak cakap pun susah.Memang salji laju turun 

Ceh...acah2 paham :P

Tengok punya ramai umat manusia...


Sekeping lagi sebelum balik

Macam biasa winter kan cepat gelap kan...so kitorg pun x dapat explore sangat. Adalah sangat dinasihatkan kalau korang nak relax2 lepak sini bermalam lah kat area sini.so x terkejar2 sangat.Banyak hotel area sini.Stay sini then dari sini boleh ke lake toya ke mount usu dll..

 Lagi satu saya sarankan stay  hotel area sini sebab air panas semulajadi ni disalurkan di kebanyakan hotel di sini.So siapa2 yang nak rasa betul2 lepak santai boleh check in sini Then kalau korang ada masa lagi boleh pergi Noboribetsu Bear Park saya x sempat pergi ..huhu



 Balik dari sini dah penat dan lapar giler so kitorg decide terus ke Chitose sebab macam x jumpa kedai makan halal area sini.Tak jauh pun dari sini ke Chitose. Entahlah ek sebab saya rasa kejap je dah sampai...

Malam ini kitorg dah x stay Sapporo .Kitorang decide stay Chitose saja sebab hari last kan.Esok kitorang balik Malaysia Flight pagi. So stay chitose sebab nak mudah. Nanti saya share kedai makan yang saya makan kat sana dan hotel apa yang saya stay di Chitose.Ha ....paling best sekali malam tu before check in hotel kitorang pergi shoping....tak shoping pun cuci mata jer:P.