Search This Blog

Showing posts with label Cerita Saya. Show all posts
Showing posts with label Cerita Saya. Show all posts

Friday, June 22, 2018

Berbuka puasa di Horizon Hill Golf & Resort memang mendamaikan

Muka ada kenyang...Alhamdulillah

 Alhamdulillah Allah memberikan rezeki dan kesempatan untuk kami satu family berbuka di Horizon Hills and resort. Berbuka di sini adalah sesuatu yang saya nanti nantikan dari awal puasa. Saya suka berbuka di sini kerana suasananya  sangat nyaman dan relax.Sesuai dengan saya yang x berapa suka hingar bingar atau terlalu crowded.

Di sini kita boleh pilih makanan dengan relaks dan tenang tanpa berlanggar2 sangat dengan orang lain.Ini kerana keadaan dewannya yang agak besar dan luas. Tapi biasalah bila dah besar dan luas penat pulak nak jalan ambil makanan kan…hahahaa.ada je komplennya.

Biasalah kan mana boleh semua tempat perfect mesti ada sedikit kekurangan.tapi bagi saya tempat ni memang best.Tenang aman dan damai.So kalau sesiapa nak berbuka puasa di sini saya sangat sarankan datang awal.Jadi boleh ambil angin di sekitar sini. 

Bercakap soal makan pulak bagi saya makanan –makanan dia sedap dan banyak kepelbagaian. Standard lah kan biasanya  mesti ada nasi arab ,nasi campur,pelbagai jenis pasta, kerabu dll.Ada juga roti canai,mee rebus,satay,rojak abc,aiskrim dan banyak lagi lah. Saya bukan makan semuanya.Tak banyak yang perut saya dapat isi.Biasalah kan perut kita bukan besar sangat.Saya Cuma ambil nasi arab,spaghetti dan satay.Tapi saya ada rasa juga sambal udang suami saya ambil pergh marvelous sangat rasa dia.Ayah saya pulak cakap daging salai masak cili api sangat lah sedap..huhu x sempat makan.

Minuman pun banyak jugak.Ada air kurma ,soya,coffe ,tea macam2 lah.saya Cuma ambil nescafe dan plain water.hehe.rugi bawak saya nih.hihi

Jangan risau pasal solat sebab tempat solat disediakan okay.cukup besar dan selesa.Bilik air juga selesa.Nak mandi pun boleh.hehe.

Ini merupakan kali ke dua saya berbuka disini. kali pertama tahun lepas.Tak banyak perbezaan tahun lepas dan tahun ini cuma untuk tahun ini pilihan makanan saya perhatikan bertambah dari tahun lepas.Apapun saya tetap suka berbuka di sini.kalau ada rezeki why not tahun depan pun kan kan…Semoga murah rezeki family kami semua.Insya Allah.

Lebih kurang pukul 9 malam bergerak balik ke rumah dengan kekenyangan dan kesyukuran. So guys sesiapa nak berbuka di sini saya sangat2 rekemen dan insya allah anda tak akan menyesal.



























Friday, November 20, 2015

Alkisah baju x siap-pasar peladang



Dekat 4 bulan woi antar baju x siap2.dah dtg kedai 2 kali dah.kakak tuh dengan muka x berapa malu mejawab soalan saya

kali pertama

Kakak tukang jahit :  “ ala dik x sempat lah dik baju adik akak lom tengok lagi”

Saya : “ha??lom tengok lagi??..ok kak dah siap akak call yer.nt saya dtg ambil


Kali kedua—setelah 2 bulan lebih

Kakak tukang jahit :  “ alamak dik.baju adik akak memang terlupa betul

Saya : “ha??lupa?dah lama kot kak dah 3 bulan lebih.kalo mcm tuh xpelah kak bagi je lah kain tuh kat saya balik.lama sgt pulak saya tggu.patut akak x call2 rupanya dah lupa..

Saya pun ambil balik kain tu dan terus berdesup ke rumah mak.cerita sikit2 dan mak seperti kebiasannya takpeah dik…bagi mak nanti mak jahitkan.
Hasilnya x sampai 3 minggu dah siap.Mak memang terbaik .taraaaa

CIMB @ Maybank @ Maxis @ handphone saya





Start minggu nih saya perasan tiap kali saya request TAC mesti lambat dapat.Request pagi dapat petang.kalo dah petang kejadahnya nak guna kan.tentulah by time receive TAC tu pun dah expired.magkuk betullah.

Mula2 perasan tiap kali nak beli voucher kat groupun semua ada masalah.saya fikirkan saya dah bnyak kali sangat beli dekat groupun so dia deactivekan saya.so saya pasrah.
Tapi bila saya try buat transaction yang x melibatkan groupun pun sama jugaklah masalah.so bukan lah masalah groupun yg block saya..huhu.sungguh tak berasaas assumption mu…

Sampailah semalam saya nak redeem voucher saya di gropun yang saya buat photobook tuh.mntak2 tak dapat sampai invalid dah semua code saya.penat buat album semua dah x valid.
Saya dah x leh tahan saya call 


  1. CIMB-bercakap dgn customer service cimb seorang perempuan boleh2 dia ckp diaorg takde masalah TAC dan dia asyik cakap mungkin web yang cik masuk tuh ada masalah.cuba semak balik.
  2. CIMB lagi -saya call dan dia ckp dia ada nmpak saya mintak TAC di system tapi dia pun tak tau masalah apa.dia suruh saya call maxis tanya ada block 68833 ke kat npon saya sampai saya x leh  receive TAC
  3. Maxis-saya pun call maxis dan dia cakap xder block so dia akan sisat perkara nih dan akan call saya.nih 2 ari x call 
  4.  Maybank-dia pun suruh cek ngn maxis dan sebelum tuh dia suruh off tepon dan restart semula


Sudahnya semua saya dah call dan buat mcm2 tapi still sampai sekrang TAC saya x receive2.aduhai..voucher pun dah invalid.aptb..sesiapa yg boleh bantu,bantulah saya….