Search This Blog

Wednesday, April 5, 2017

Istimewanya Dinner di Pantai Jimbaran


Sekembalinya dari ULUWATU kami terus untuk dinner di Jimbaran. Banyak jugak review saya baca pasal Jimbaran nih. Memang nice place for dinner. Saya tak menetapkan keutamaan untuk pergi ke sini dan dinner.Kalau ada rezeki pun mungkin berjalan2 sahaja. Tapi kata orang kalau rezeki memang x kemana.Rezeki saya dan suami untuk menikmati makan malam di Jimbaran pada hari itu.

Kalau ikutkan saya x pergi pun xper sebab saya baca review harganya cekik darah.Takot jugak saya.Tapi pak supir saya bgtau rugi kalau tak pergi dan memikirkan entah bila saya ada rezeki ke Bali lagi maka saya pergi jugak.Lagipun pak supir janji nak tolong dapatkan harga yang ok di sana nanti. Maka saya confident dan berdoa duit saya dicukupkan.hahahaha kesian kau “pelancong bajet”.😂
 

Sampai je di Jimbaran pak supir turunkan kami dan terus ke kedai makan di sana. sampai2 tak nmpak lagi lautnya tapi saya dengar bunyi yg mcm bom kuat sangat.Tak tergambar dia punya kuat .Saya agak terperanjat jugak dan mula pikir yg bukan2.

Bila dah masuk ke kedai dan terus pergi ke depan dan depan lagi .MasyaAllah saya nmpak laut terbentang luas. Bunyi yg macam bom tu adalah bunyi ombak.Korang boleh bayangkan tak betapa kuatnya bunyi ombak dia dan dengan bunyi ombok yang kuat itu sudah pastilah ombak dia tinggi sangat.

Ready for Makan

Seronoknyaaa
Sampai di satu kedai nih saya terus cari meja betul2 mengadap laut .Kira yang paling depan sekali lah. Meja tuh ada 2 kerusi sahaja.So memang romantic untuk orang yang ingin beromantik. Dia siap hidupkan lilin.Suasana masa tuh tak terpikir dan tergambar perasaan saya. Saya memang sukakan ketenangan. So saya rasa memang this is my place. Saya bayangkan dinner biasa2 je.Rupanya memang tidak.Start saat saya sampai saya dah rasa pengalaman ini dan perasaan ini sangat berharga dan best.

Kalau sesiapa mmg datang sini untuk makan sedap dan mencari seafood terbaik saya fikir ini bukan tempatnya. Jika untuk tujuan itu anda mungkin boleh ke tempat lain. Untuk sesiapa yang nak rasakan suasana lain dari yang lain + nak ambil mood romantic bersama tersayang dan  nak dengar betul2  bunyi ombak yang macam bom sambal makan. This is exactly the right place.

Kesimpulannya walau harga sedikit mahal dan makanan tidaklah sedap mana saya tetap rasa ianya berbaloi2. Rasanya n kita bayar untuk suasana itu bukan sahaja makanannya. For me this is one of awesome dinners I've ever tasted in my entire life.Bukan sebab makananya tetapi sebab suasananya persekitarannya dan feeling yang lahir dari suasana tu.

Malam tuh dinner saya Cuma nasi putih+ ikan bakar+udang+dll seafood yang dibakar. taklah sedap sangat.biasa2 je.seperti saya katakan kalau mencari seafood yang sedap ini bukan tempatnya.kebanyakan pengunjung datang ke sini go for suasana dia.Memang best.Susah nak describe uolss.

Sedang saya makan2 tuh ada sekumpulan band datang.Tanya saya dan asben nak lagu apa diorg nak naynyikan untuk kami. So saya tak berpikir2 terus mintak lagu dealova. Saya kan mmg suka lagu tuh. Rasa macam pelik pulak sambil mkan depan orang nyanyikan lagu.3 lagu yang dia nyanyikan tapi saya cuma tahu lagu dealova jer. 

Mula2 dia cakap takot salah lirik.Tak ada salah pun rasanyaaa.Memang Layan

Couple Mat salih sebelah saya orang Itali diorg nyanykan lagu Itali untuk pasangan mat salih itu.Bagusnya tentang Bali nih Diorg sangat menghargai dan menghormati pelancong. Mereka bukan tahu lagu indonesia dan malaysia sahaja ,bnyak jugak lagu yang diorg tau.ye lah kan Bali kan pusat pelancongan terkenal,kenalah tahu bnyak lagu dan bahasa.

Lama jugak saya dan suami makan dan meikmati bunyi ombak dari meja kami sahaja. Takde sapepun kacau suruh balik walau dah lama kami lepak tau. Lepas makan kitorg decide jalan2 ditepi pantai.Pergh bnayk jugak kedai makan area sini rupanya.pilih aja yang mana berkenan.duduk + pilih makanan dan bayar.Saya jalan sambil beli jagung.
Aduhai bestnya kalau dapat pergi lagi.Eh tapikan jagung bakar dia tak manis sangat lah…

Jalan sebelum balik


Setelah lama dan berkurun lama kami pun balik .cari pak supir dan balik ke hotel sebab esok pagi2 kami kena balik Malaysia.haurghhhhhhhhhhhh sedihnya.

Inilah malam penutup untuk kami di bali. Niatnya balik tuh nak jalan2 lagi lepak2 Kuta kan.tapi semua tuh dalam mimpi sahaja.zzzzzzzzzzzzz.badan terlalu letih dengan aktiviti padat dari pagi hingga ke malam hari ini.
Apa2 pun pantai Jimbaran memang cool and awesome. 4 Bintang⭐⭐⭐⭐


Uluwatu vs Tanah Lot Bali




Uluwatu Bali

Balik dari melawat pantai2 tu hari dah hamper senja tak ingat pukul berapa so bergegas lah kami ke ULUWATU. Memang rancang nak ke sini. Masuk sini kena bayar ye. Saya tak ingat berapa rupiah. Kat BALI nih xada tempat masuk free ye semua berbayar.

Tapi tetaplah setiap tempat dia ramai umat manusia. Ramai tak terkata. Sampai2 je dsini parking kereta tak nmpak apa lagi yang menarik rupa2 nya kena menapak sikit tau naik tangga yang bnyak anak tangga baru akan nampak pemandangan yang sangat cantik. Subhanallah.
Dari tempat duduk yg mcm stadium tapi kecik sikit
Maha Besar Allah. Patutlah terkenal sangat ULUWATU nih. Dia punya cantic sampai rasa mata x nak tengok tempat lain.Tenang je rasa.  Antara Uluwatu dan Tanah Lot masing2 cantik. Ada yang rasa ULUWATU lagi cantic dan ada yang rasa Tanah Lot lagi cantik. Bagi saya Uluwatu cantic tapi saya rasa Tanah Lot lagi cantik. Bagi suami saya pulak Uluwatu lebih cantic compare to Tanah Lot.Masing2 cantik dengan keunikan tersendiri.

.Orang korea pun ramai uolss
Lepas je bayar kita akan diberi kain untuk menutup segala yang terbuka.Kiranya nih macam nak pergi tempat yang baik jadinya pakaian kenalah sopan.Ini mengikut kepercayaan kaum mereka lah.so kita as a visitor just respect je lah.tak susah pun nak pakai.lilit sahaja. dia ada macam2 color color hijau+purple +dan oren kalau x silap.Kalau pakaian kita dah sopan x pakai xpepun.
Penuh umat manusia.Susah nak cari port orang takde.padahal pergi bukan waktu cuti.Hari khamis

Selain dari enjoying the view tujuan ke sini jugak nak tengok kecak dance.Kecak dance nih xpayahlah saya describe banyak2 kan sebab rasanya semua orang dah tau apa dia kecak dance. Menonoton nih x lah best sangat pun tapi bolehlah nak buat experience kan. Nak tggu saat bermulanya kecak dance tu boleh buat kita berpeluh jugak.yelah dengan orang yang ramai terlalu crowded so bersesak2 dan berhimpit2.Banyak mat saleh yang tengok kecak dance nih. Dia punya penuh macam tengok bola pun kalah.Hehehe




While waiting for kecak dance
Tak ingat berapa lama rasa 1 jam kot kecak dance nih, abis je kecak dance saya cepat2 pergi ke van pak supir sebab pak supir cakap kalau lambat lagi susah nak keluar nanti.so lebih baik cepat sikit memandangkan kitorang ada aktiviti lagi selepas ini..tak bnyak gamabr rupanya...adoiii.jadilah kan dari tiada.

Nak tau kitorg ke mana?ye haaaaaaaa kita ke Jimbaran untuk berjimba.hehhehe