Search This Blog

Saturday, May 4, 2019

Kimyong Market ->hatyai floating market -> asean night bazaar





Alhamdulillah semua urusan masuk settle so marilah cari Asian hotel hatyai. Senang je hotel ni. Mudah jugak perjalanan nak ke hotel.Alhamdulillah. Tetapi pemandangan macam x mengagumkan lah. Takde lah bnyak kedai2. Ke mungkin sebab kitorang dari Padang Besar bukan Bukit Kayu hitam.huhu. Masa tu dalam kepala ok nanti kita balik dari Bukit Kayu hitam lah..


Sampai2 hotel kitorg rehat dulu sekejap mandi2 solat semua. ye lah dari pagi kan dah keluar dari hotel kat perlis tu.Then berkicap pulak kat arked padang besar…so mandi dulu. Tapi tak lama pun sebab excited nak keluar dan lapar.

Asian hotel hatyai

Jgn susah hati pasal parking yer.boleh parking dekat basement.Hotel ni parking dia besar gak.

sedikit pemandangan dalam kimyong market

First kitorg pergi kimyong market.usya2 x beli apapun lagi.Eh ada terbeli kekacang.
kat sini silalah pakai baht eh..dia tak mcm ho chi minh boleh pakai RM. tapi kedai dia ya ampun pada saya lebih rapat2 dari ben thanh market...Memang berlengas dalam nih...hahaha

Harga kacang x silap saya :-

  • Pistacio = 370 bhat
  • gajus = 360 bhat

banyak betul laki saya borong..saya tumpang makan je lah..😋😋😋😋

Rasa macam beli kacang je hari ni. Round2 jugak dalam tu tapi x sampai abis sebab esok plan nak pergi lagi. Ditambah xleh tahan perut dah mula nyanyi.So apa lagi google kedai makan.Macam2 kedai gak kitorg dapat dan jumpa.

last2 kitorg decide makan kat Restoran Salma.Taklah sedap sangat mcm orang duduk kecoh2 dan bisingkan. Pada saya biasa2 je.tapi still boleh tahan.Saya sampai mintak nasi tambah sebab saya rasa mcm eh… x cukup pulak nasi nih.hahahaha
Restoran Salma

Lepas makan perut pun dah kenyang dah petang ni kan elok rasanya kita chil2 lepak depan le garden plaza.Dekat sini orang cakap seronok dan happening.So mehla singgah. Betullah mmg bnyak gerai makanan. Macam2 makanan ada.So siapa2 yang tak nak lunch boleh skip makan terus kat sini.confirm rambang mata nak makan mana satu. Tapi tu lah nak tggu petang perut dah nyanyi2.hahaha

Yang saya ingat kat sini saya beli pulut manga + manga+ kerabu apa entah nama dia…,air manga jambu dll…tak bnyak sgt.

Lepak sini  jalan jugak sekejap then terus teringat nak pergi Hatyai floating market lah jugak.kalo boleh nak sampai sana petang dan stay sampai malam. tapi nmpak gaya mmg tak sempat lah sampai petang sebab waktu sedar tu pun dah pukul berapa kan…kitorg gerak pas maghrib sudahnya..


So siap2 semua bergegas lah kita ke Hatyai Floating Market.Naik kereta je guys senang.Jalan dia x susah pun.lagilah skrg kan GPS Ke Waze ke apa semua ni dihujung jari.

banyak anjing gak kat sini...tapi diorg lepak je.x kejar org pun

welcome hatyai floating market



Okay…nak cerita pasal floating market tak?ok dari hotel kitor duduk tu tak sampai setengah jam pun dah sampai pasar tu. Senang je jalan dia Cuma saya rasa nak parking susah sikit kalau sampai lewat dan waktu2 kemuncak.Senang cerita waktu Malaysia cutilah sebab banyak Malaysian kat sini.hahahahaha

Saya parking kat luar kat kawasan rumah orang .Penduduk kat situ ada sediakan tempat parking tapi macam biasa kena lah bayar.Tak silap saya dalam 20 bhat sekali masuk.

Lama jugak saya kat sini sebab husband ada buat sticker no plat kereta dalam tulisan thai di sini. 
sticker plate kereta = 80bhat

Hatyai Malaysian Lol 

Em…cakap pasal makan kat sini Ya Allah punyalah ramai umat manusia saya tak enjoy pun beli makanan dan makan di sini. Bersesak2 saya pulak memang tak reti bersesak2 asyik lah bagi orang lain beli dulu.last2 samapi bila pun x ada turn saya.Haahhahahaa. Tapia da jugak lah saya beli.tak banyak tapi ada.lagipun saya rasa macam biasa2 je makanan dia.Saya lebih banyak kat atas bukan yang dekat sampan.apalagi shoping baju lah.hahahahaha. 

saya tak beli bnyak pun kat sini....tak pandai berebut sgt...hahaha
kat sini saya ada beli pes tomyam + Maggie yang terkenal tu +selipar + baju bajan dan lain2.Tapi guys kalau sesiapa dah sampai sini you guys should enjoy dan pergi kay.sekurang2nya merasa sebab kat tempat kita tak sure ada tak floating market.

Dengar2 perlis nak buat jugak dari tahun 2018 saya dengar tapiii sampai ke sudah lom lagi.So sementara nak ke Bangkok ke mana yg pasar terapung dia  lagi besar so pergi sini pun kira orait jugak.Dah alang2 sampai kan.Tapi x silap saya dia x buka hari2.so google dulu hari apa yang bukak kay…so kalau dah ada di Hatyai dan alang2 kena pulak ari dia bukak.why not pergi kan…

Asean night bazar

Lepas dah lepak lama nak arwah dekat floating market ni kitorg berangkat lah ke destinasi ke dua asean night bazar. Kena buat semua malam ni sebab kitorg dah x ada di Hatyai malam esok. So lets enjoy asean night bazar

Kat sini tak lain tak bukan shoping lah. Tapi mood masa tu tak onz sangat sebab dah ngantok kot. So mood hibernate je. Jadi jimat banyak kat sini.tak beli apa sangat.
asean night bazaar

Last sebelum tido jalan lagi ke depan hotel le garden plaza tuh. Wargh lagi happening malam2.. then balik hotel apa lagi Zzzzzzzzzzzzz lah.Esok nak makan dim sum yang org ckp popular dan sedap tuh.Oleh kerana masa mencemburui kitorg terpaksa cancel plan ke  Greenway Night Mrket .Lagipun asben ckp sama je lah semua tempat shoping nak pergi..hahahaha 😆😆😆



Orang selatan datang Utara. Road trip dari Johor ke Perlis

Johor ->Melaka ->Perlis Indera kayangan
Perlis ->Hatyai

Roadtrip kami bermula pukul 5.am dari Skudai Johor.Malam tuh saya tak boleh tidur pulak.Adoi dah kenapa??orang tidorlah nyenyak2 esok nak jalan jauh kononya. Isi minyak full di Petronas skudai then berhenti di Pagoh dalam 6.30 untuk solat dan sarapan.

Teruskan perjalanan ke Melaka kerana husband ada urusan sekejap di Melaka pagi tuh.Settle semua urusan di Melaka dalam 10 lebih dan teruskan perjalanan.Cuma ada rehat sekejap,isi minyak dan berhenti solat di R&R Seremban,Sungai perak dan mana entah lagi.

Jauh jugak rasa..almaklumlah sesekali orang Selatan dtg utara..hehe



Nak dekat sampai perlis saya pun google hotel.Saya cari hotel di Kangar. Nama hotel yang saya dapat tuh ialah De Mesra Villa.Harga RM70 semalam..he oklah untuk bermalam sehari jer pun.Esok dah nak ke Hatyai. J

Nak sampai ke perlis dan kedah tuh lalu  bnyak sawah padi.Ya Allah tenang jer rasa. Subhanallah.Best memandu kat perlis tak bnyak kerete.Relax je rasa


Sampai hotel ni lebih kurang pukul 7 petang dah maghrib dah..Omg letihnya.faktor kertu…but still excited.Lepas solat mandi2 wangi2 semua kitorg decide nak makan.tak ingat dah makan mana tapi kedai tu okay sedap dan harga pun murah.Berbaloi

Sampai2 hotel lepak kejap .Malam keluar makan then lepas tu xtau nak pergi mana. Macam cepat betul malam kat Perlis nih. Ronda2 tanpa tujuan kitorg pun terus balik tido.nak ke kuala perlis malas mcm xpelah......Lagipun esok nak  guna tenaga lagi Ke Hatyai.sedih pulak macam jadikan Perlis tempat persinggahan.huhu.

Awal pagi bangun2 checkout then terus cari sarapan.  Banyak je kedai sarapan kat Perlis ni tapi saya cakap ngn husband saya nak warung biasa tapi nak tepi sawah.Nak makan nampak view sawah...hahahah jakun. Tak susah pun nak cari banyak je guys...melambak2



Tapi yang x bestnya kitorg kena dua cawan nescafe RM5.50..OMG macam mahal lah pulak..mungkin sebab tgok no plat kot atau kitorg ckp x ada loghat. tapi xpelah tak kisah halal sajae....

Then kitorg decide nak ke Padang Besar terus sebab tak nak lah lewat sangat kan sebab nanti masuk Hatyai lambat pulak.On the way tu kitorg singgah Empangan Timah Tasoh Perlis.
Biasa2 je view dia tapi saya suka..Bagi saya Perlis boleh naikkan tempat ni tapi yang jadi skrg tak terurus sgt.



Then siapa2 yang nak ke gua kelam pun ok...otw sahaja tapi saya x pergilah sebab saya dah pernah pergi dan tak sabar nak shoping di padang besar...hahahahaha



sebelum signboard ni lagi tau dah start queue...

Then terus ke Padang besar.Apa lagi shoping..Plan nya tak nak beli bnyak last2 banyak jugak angkut. Rambang mata dan macam best semuanya.Semuanya mcm nak beli.huhu.So belum tukar duit Thailand dah makin melayang RM.hahahhahaha

Selesai semua shoping walau hati rasa x puas aktiviti shoping harus dihentikan.Duit belum tukar.Insuran belum buat.Semuanya belum.Lebih kurnag 11.30 kitorg settle semua shoping dan makan sikit2 kitorg bergerak isi minyak bagi full lagi + beli isnuran bawak kereta+ tukar duit semua.

Nak buat insuran isi borang segala tok nenek tak susah.Pergi je kedai ada papan tanda insuran Thailand nanti diorang terangkan dan ajar apa yg perlu buat.Yang penting bawak geran kereta kay.kalau kereta lom abis bayar boleh je bawak Salinan.masih diterima.

Insuran =RM 18
Isi boring =rm2 +2
Boring tm1 dan tm2 = rm6*2

Simcard = rm20(5 hari unlimited x silap)

Omg barisan dia punyalah panjang.mmg boleh balik rasa sape yg tak sabar.kitorg masuk dari padang besar je.

Kalau tak nak pening2 mcm saya suruh je diorg settlekan.senang kerja.tapi boleh jugak kalau sesiapa rajin nak cari bornag tu sendiri di imigrisen dia.Simcard pulak boleh je beli di 7E dia tapi saya beli je terus sini sebab tak sabar2 nak on waze.hahaha

Tuh dia ...dia punya beratur panjang

Ok kat sini lah bermula kepayahan dan kesungguhan.hahaha
Saya start beratur 11.30 settle semua dalam pukul 3 bayangkan.lama x lama.lapar x lapar,hahahaha.selamat saya ada beli tapai banyak.saya sejenis suka sangat tapai pulut.hehe.so ok lah taklah tension sgt menunggu.lagipun beratur masih dalam kereta.huhu

Bila dah lepas cek imigrisen Malaysia kita teruslah ke Imigrisen Thailand. Saya x selitkan duit tau boleh pulak imigrisen thai tu mintak duit dengan saya dan husband.RM5 tau..benci..terang2 tulis no tipping tapi ko mintak duit.Bila kitorg tak bagi dia x nak bagi passport kitorg.Loh..kenapa teruk sekali tamak kauu?hahaha.

Settle urusan imigrisen kena ke kastam pulak.Bawaklah geran insuran ko ke sini.Kat sini owner kena beratur ye.Saya beratur kat sini tapi of courselah suami saya teman. Kat sini sekali lagi memerluka kesabaran pegawai kastam tu satu hal.lepas sorang dia cop bagi masuk dia mesti keluar minum air lah,borak ngn kawan2 dia lah, beli air lah.Ya Allah dia mcm saje tau.siap ketawa2.pastuh masa nak cop kita punya yg sepatutnya ambil masa kurang 5 minit boleh jadi 10 minit sebab dia tgok handphone lah.apalah…..Memang kitorg kat luar tu dari geram dah jadi kan dia bahan lawak sebab kelakar sangat.sampai dah boleh agak dah okay2 lepasni dia mesti bangun pergi buat air..hahaha


Walau mcm manapun insiden dan hal2 yang remeh dan agak menjengkelkan kitorg pun akhirnya secara rasmi dapat masuk ke Thailad.Parking je kereta kat luar kay.sebab kat kawasan dia tuh mmg takde tempat parking.Dah parking patah balik jaln kaki masuk ke kastam dia.huhu. Yang saya pelik diorg mmg tak cek kereta eh?tak cek bonet..baru ku tauuu.masuk sajer….

Selit sekali lah minyak dan tol .untuk perkongsian dan tips
tol skudai ->ayer keroh = rm24.60
Tol Ayer keroh ->Juru = Rm 66.70
Tol Juru = RM13.00
Tol  Jitra Utara rm1.60(serius tak tau exit mana dekat)
Minyak = RM105.20