Search This Blog

Sunday, March 24, 2019

Sedikit Tips Sapporo Japan musim sejuk

Good bye Sapporo...
Malam sebelum balik kitorang decide untuk stay di hotel berdekatan chitose je.Senang.takot pagi tuh kelam kabut pulak nak bangun.nak menapak ke subway station pagi2 buta sejuk .Pastuh ke sapporo station lagi.takot apa2 jadi. so kitorg sepakat bermalam di hotel area chitose yang menyediakan shuttle bus ke airport senang. tak payah susah2 kepala memikir.

Hotel AreaOne Chitose

Mula plan nak stay dekat chitose airpot hotel tapi full.so cari punya cari kitorang stay hotel ni je lah.Hotel Areaone Chitose. mahal jugak tau bagi saya.dah lah sampai malam dekat pukul 10 pastu pagi2 dah cekout.tapi hotelnya best jugak. Agak lama tapi masih agak baik keadaan hotelnya.

dekat sini staff tak pandai bahasa inggersi langsung.so dia communicate dengan kita pakai kertas.ada tulisan.so kitorang geleng2 atau angguk sahaja.

Biasalah kan naik flight tambang murah..kena lah siap2 timbang takot2 kena caj pulak nanti..hahaha
tapi skrg saya dah beli penimbang yang kecik tu...hahahaah


nak buat rumusan lah  dan tips lah untuk sesiapa saja yg akan ke Sapporo dan tentunya untuk saya sendiri kalau ada rezeki ke sini lagi,
  1. guys you all actually boleh plan betul2 tau sebab kat sana dia punya public transport mmg ontime.once dah ontime tu korg mmg boleh follow dah.cuma kalo x dpt follow tu memang sebab kita lah.bukan salah public transport
  2. ha..lagi satu korg boleh plan nak makan kat mana bila sampai sekian2 sebab mcm kitorg x plan susah gak nak cari. sebab bila google contohnya ada kedai makan tu tapi bila sampai kdg2 kedai tu tutup la.rehat sekejap lah..Penat je korg dtg jauh2 heret kaki melintasi salji semua sekali sampai tutup.eh..:P
  3. so confirm dulu nak makan mana dan kedai tu buka pukul berapa sampai pukul berapa. Lagi senang katalah korg plan nak pergi Otaru so plan siap2 nak makan mana kat Otaru. Jgn masa tu baru nak google mcm kitorg. Buang masa tauuuw.lagi winter mmg cepat gelap so korg tak puas jalan nanti. kalo mcm area korg pergi tu mcm takde kedai muslim friendly korg bawak makaanan siap2 dari hotel.senang.tak buang masa cari2. kat sana ada kedai halal tapi x lah bnyak sgt.
  4. mcm saya sentiasa lapar mcm ada saka so siapa2 mcm saya boleh sediakan makanan ringan dlm beg.Biasanya sebelum start mana2 journey mesti pergi lawson ke family mart ke.  beli pisang ke roti ke onigiri ke apa2 lah.but make sure tanya staff kalau nak tau apa isi dia.Dont worry diorg x pandang apa dan sangat membantu.
  5. GERAK AWAL.JANGAN MALAS BANGUN sebab bila gerak awal bnyak boleh pergi.tu je reason dia.
  6. kebanyakkan kedai makan halal ada disediakan prayer room so jgn segan2 tanya kay
  7. kebanykkan toilet kat sana ada bidet so dont worry selesa je..contoh yaang toilet takde bidet yg saya perasan dekat mount usu + takino suzuran 
  8. please and please jgn terpekik terlolong dalam train atau mana2 tempat public. Malu oi diorg senyap jer sopan.so kita dtg tempat org try lah belajar dan ikut budaya tu .jgn buat org x suka dengan kita. kita mewakili negara tersayang kita tauuuw. Malaysia aauuww..hehe
  9. kalau agak2 dah lost tu atau blur jangan segan tanya diorg.Diorg very friendly dan willing sgt2 nak tolong kita.walau diorg ckp Jepun diorang tetap nak tolong kita tauuw.baik sgt
  10. boleh download siap2 halal navi
  11. jangan lupa join road to japan group facebook. berbaloi2.banyak ilmu boleh tapau  👍👍👍👍👍👍👍
Sapporo...semestinya antara pengalaman yang awesome...

  • nak tau kenapa saya ke sini sebab saya pernah tengok cerita korea love rain .sejak tu saya mmg simpan impian nak ke Hokkaido.Alhamdulillah tercapai.sebab tu lah Hokkaido tempat pertama saya pergi di Japan sedangkan saya belum ke Tokyo atau Osaka lagi.Normally org Malaysia akan ke Osaka atau Tokyo dulu kann..Insya allah pastinya lepas ni saya nak ke sana.Semoga ada rezeki saya.Insya Allah
  • he..selain tu dulu tengok doraemon asyiklah mak sizuka ke nobita bila musim panas bercuti di hokkaido..sejak tu lah saya kenal hokkaido.saya pikir masa tu mesti Hokkaido tu very nature dan sangat mendamaikan
  • last kesimpulan saya,hokkaido lawa sangat bukan sahaja winter tetapi semua musim dan summer diorg tak sepanas summer di kawasan Japan lain. Semoga ada rezeki ke sana pada musim yang lain pulak dan bukan sahaja sampai Sapporo sebab Hokkaido ni besar lagi.....

    Thanks Mas and husband memeriahkan lagi trip nihhh....


Alkisah Roadtrip Johor → Perlis → Hatyai → Krabi dan terus balik ke Johor Bahru


Perlis Indera kayangan
Alhamdulillah penutup 2018 saya dan suami berpeluang ke Perlis, Hatyai dan Krabi. Trip kali ini kami
buat lain sikit. Selalukan kalo asal oversea je kita naik flight kan tapi kali nih kitaorg decide naik kereta.

Mulanya takde plan pun nak ke mana ujung2 tahun ni.ingat nak lepak rumah je..
Tapi boleh pulak asben tertanya nak pergi mana besday awak kali nih.saya tanpa berfikir laju
mencadangkan apa kata kita buat roadtrip.Untuk roadtrip ni macam2 plan berubah. Asalnya route kitorg nak takdelah sampai Ke Thailand nun sana.

Mula2 plan nak buat Johor-→ Pahang → Terengganu Kelantan. Then tukar cadangan sebabnya takot banjir.hujung tahun kan..hahaha org lain relax je.kitorg je piker banjirlah apalah.. 😅

Then route kedua nak jalan2 utara je.Mungkin Kedah Pulau Pinang dan Perlis. Road trip ni takleh lama sangat sebab cuti kitorg tak bnyak,Kitorg cuma dapat peruntukkan dar 21 Dec – 25 Dec sahaja.so berapa hari lah sangat kan.campo perjalanan pergi balik dah berapa lama.Lagi pulak kitorg dari johor.Negeri jauh nun di selatan tanah air.hehe 💔

Road trip ni kitorg tak nak buat rush.Nak santai2 jer.Nak relax.Kalo lama cuti boleh lh cover satu
semenanjung..So kisah pun bermula. Saya plan nak ke kedah perlis dan penang. Tup tup lagi seminggu saya pikir-pikirjomlah Hatyai terus.alang2 dah sampai sana.bila lagi kan..pujuk2 tanya husband saya dia kata dia onz..👍👍👍👍

Saya teruslah cari hotel di Hatyai untuk hari sabtu tu 22 Dec 2018. Saya terus cari sebab bnyak saya baca asal Malaysia cuti jer penuh org Malaysia kat sana.so langkah selamat baik tempeh hotel siap2.takde lah berlengas nak cari kat sana nanti.

Pastuh saya pun x nak lah hotel tu jauh dari tempat2 shoping dan makan macam Le garden plaza hotel,kim Yong market dll..so cari2 punya cari jumpalah dan dapatlah Asian Hotel. Harga x mahal dalam rm140++ dan yang paling penting walking distance kat tempat2 saya sebut tadi. Tak nak lah
sampai kena naik kereta bagai kan… Nak sewa motor malaslah pulak sehari je.Nak naik tuk tuk saya x suka sangat sebab pernah naik dulu dah..panas.hahahaha


Bilik ok kemudahan semua pun ok



Akhirnya sebulat suara yg terkini sebelum memulakan perjalanan laluannya adalah Johor →Perlis → Hatyai → Kedah-→ Johor tapi guys baca lagi seterusnya sebab route ni berubah lagi…hahaha.

Saya tak tempeh hotel lain cuma tempeh hotel kat Hatyai je sebab husband ckp yg lain kita redah je mana tauu nt kita tiba2 tak jadi atau plan bertukar lagi sebab naik kereta kan mcm2 boleh jadi.lagipun
kitorg berdua je.Insya allah masih selesa.

tapi memang betul route berubah lagi di saat akhir.betul2 terjah je..huhu
betullah kata orang kita hanya merancang Allah yang menentukan
sambung baca kay...