Search This Blog

Friday, September 25, 2015

Sekitar Mood Republik Johor Bahru



Saya memang dah tau mood republik akan bersiaran di johor pulak pada September ini.Niatnya memang saya x nak pergi dan hari demi hari saya cekalkan hati x nak pergi--
-ko dah kenapa macam misi apa je nih hahaha.
  • Pertama Kerana pada tarikh tuh saya belum gaji.semput nanti tggu hujung bulan
  • Kedua Kerana saya x sanggup bersesak2 dan beramai2 org.nt end up harganya lebih kurang sahaja.sangat tak berbaloi
  • Ketiga kerana saya baru jer shoping berhelai2 jubah di imaan boutique,zawara ,calqisha dan juga nile bulan 8 arituh.Untuk pengetahuan nile ->lmn web kegemaran saya.Eh eh 4 helai je sebanarnya… dan jubah2 tu masih belum pakai
  • Keempat banyak lagi baju yang saya belum sempat pakai hasil terbeli sendiri,hasil abg beliakn dan emak belikan
  • Kelima saya rasa bnyak shawl yag dijual dan saya bukan penggemar shawl.saya masih lagi penggemar tudung sarung.skrg baru berjinak dan belajar memakai shawl.Itupun instant shawl sahaja…sila ketawakn saya.biasalah saya kan..nak cepat dan asal boleh.hehe
Banyak sebab kan saya memang x perlu pergi ke persada..saya dah tau x perlu tapi saya telah berpaling tadah jugak.teruknya saya

semua  sebab di atas saya rasa dah cukup kuat untuk saya x pergi ke sana dan menambahkan kesesakan di mood republik jb .Namun begitu betapa kuat pegaruh istagram dan facebook dari kawan2 serta pengaruh admin shop2 tersebut saya telah pergi jugak akhirnya.

sila nangis dan marah dengan diri sendiri  kerana x kuat pendirian dan tak tahan godaan.Uolls bantulah saya untuk berhenti shoping untuk berhenti menambah baju2di dalam almari saya.huarghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.

Keadaan Pada hari ke 2 lagi 3 jam nak tutup :)

Alkisah nak jadi cerita saya pergi jugak pada hari ke 2 mood repuplik di jb.saya pergi malam selepas puas bersabar pada hari pertama.hari ke 2 saya tewas.

Lebih kurang lepas magrib.Niatnya hanya window shoping.tengok2 saje.Tapi menjadi perempuan yang pantang melihat baju dan shawl maka saya telah terbeli 3 pasang baju lagi.satu blouse dan dua jubah. yeay Berjaya menahan nafsu dari membeli shawl.Sedikit tahniah dan tepuk tangan semuaaaaaaaaaaa.

Komen saya untuk mood republik di jb secara keseluruhan boleh dikatakan event besar yang Berjaya. Agak crowded sangattttttttt tapi kalau nak cakap murah pada saya x lah murah sgt especially kalau beli 1.dia kena beli bnyak2 baru betul murah.setiap kedai boleh dikatakan jual dengan tagline "beli 2 atau beli 3 dapat harga sekian2…offer untuk 2 ke atas"

Jadinya saya berpendapat adalah lebih baik sesiapa sahaja yang nak ke mood republic selepas ini pergilah dan datanglah beramai2 dengan kawan2 atau sanak saudara kerana boleh berkongsi pembelian.Itu baru berbaloi kalau setakat pergi sorang takkan kita nak beli design yang sama sampai 2 atau lebih psang kannn….baik kita go to other design and other brand.
Kalau tak lebih baik pergi saja di butik bandar baru uda atau beli sahaja online.
Sekian pendapat saya…peace 

Untuk yang bawak anak saya rasa x perlu pergi kot atau sebenanrnya mungkin mood republik  ada keistimewaan lain yang saya tidak tahu.Apapun saya bangga dan salute dengan penganjur dan semua yang terlibat dengan event ini.Good Job :)

Garden Wedding: Savannah Hill Resort Sungai Tiram



Garden wedding.Hurm bunyi macam omputih sgt kan.kalau sebut Garden wedding dalam otak saya terbayang suasana perkahwinan yang sangat romantis di tempat yang tenang.Hiasan dalaman dan luaran yang mendamaikan.Makanan yang ringkas tetapi cantik juga tak lupa mengenyangkan...


wargh bestnya sesiapa yang berkesempatan mengadakan perkahwinan dengan tema ini kan…Majlis perkahwinan saya diadakan di rumah dan diselah suami di surau tapi kedua2 majlis ini menjadi antara kenangan hebat saya.bestnya…

Melalut pulak nak tertaip n tercerita pasal wedding saya dolu2.Padahal entri kali ini saya nak cerita pasal garden wedding saudara saya.Tapi mcm best jugak kan kalau saya kongsikan di sini cerita perkahwinan saya…menarik nanti yer di entri yang lain.InsyaAllah

Ok 25 Dec 2014 bersamaan besday saya..nak jugak mention besday sendiri kan…hahahha
Saya dan family telah menghadiri wedding saudara saya sebelah ibu yang diadakan di Savannah Hill Resort Ulu Tiram.
Memang best.untuk saya yang pertama kali menghadiri wedding sebegini dan hu perasaanya adalah jakun.:P


Memang best segala dekorasi majlisnya cantik n comey sgt2 dan paling penting syukur x hujan.kalau hujan sedihlah kan kan…so kelemahan utama wedding sebegini adalah cuaca.Kalau hujan sedih dan kalau panas sgt  pun x seronok gak kan.lencun ketiak.Mujur rezeki kami dan pengantin cuaca pada hari itu tenang2 sahaja dan mendamaikan.Syukur Alhamdulillah.

Balik2 tuh singgah beli kek di hotel mutiara. Kek yang saya pilh sendiri.abg belanja.Syukur lagi.Semoga rezeki abg saya aka saharul nizam sentiasa murah.Untuk pasangan pengantin selamat pengantin baru.

my birthday cake..haruslah ada kacang2.

Aidiladha 2015 : Ibadat korban dan aktiviti Hari raya

Salam hari raya aidiladha dari saya dan suami
Alhamdulillah dengan izin Allah saya diberi peluang melakukan korban pada tahun ini
Syukur yang tak terhingga di atas segala nikmat dan rezeki yang sentiasa Allah curahkan buat saya dan suami.
Semoga rezeki ini akan terus berterusan dan berpanjangan dan bermanfaat untuk semua ahli keluarga dan untuk semua sahabat handai yang mengenali saya.Alhamdulillah.

Jubah dari imaan boutique and shawl dari ariani :)

Kali ni untuk pertama kali di hari raya mak tak masak ketupat.kalau x setiap tahun baik raya puasa atau raya haji mesti ada ketupat.Kali ini mak masak nasi minyak.Selalu boleh dikatakan memang ada nasi minyak tapi bukanlah sebagai hidangan utama still ketupat yang utama.tapi kali ini agak berbeza sebab hanya nasi minyak ketupat sama sekali x disediakan.
So kali ni sedikit rare untuk family kami.Walau pun ketupat tak disediakan di pagi raya kali ni tapi mak dan ayah saya tetap beli daun ketupat.Ada plan lah tu nak masak jugak kan ketupat.:)
Takpe tak kisah saya tukang makan jer.Nasi minyak mak memang sedap sehingga menjilat jari.Bukan saya je yang cakap tau semua saudara saya yang rasa semua puji.
Somoga saya diberikan kelapangan dan kerajinan untuk belajar.InsyaAllah.

Nasi Minyak hasil air tangan emak..memang superb

Aktiviti hari raya haji kali nih macam biasa dimulakan dengan solat sunat hari raya haji di masjid tmn U.Ada 20 ekor lembu akan dikorbankan di sini.Untuk tahun isi saya memilh korban di kempas rumah pakcik saya kerana kami sepakat beramai2 mengadakan korban sendiri bermula dari A-Z.Penat rupanya tapi tak terasa kerana kami buat beramai2 dan bekerjasama walau saya banyak memerhati sahaja.hehe..buat sebok2...--gmbr korban xder.huhu

Sekitar pukul 3 semuanya selesai pulang ke rumah semula mandi2 da bersiap kerana masih ada satu rumah lagi yang wajib pergi apabila hari raya.Rumah ibu bapa mertua saya lah J
Normally saya akan ke rumah ibu bapa mertua pagi2 raya lagi tapi kerana saya melakukan korban makanya kebiasaan ini terpaksa diubah untuk tahun ini.

Alhamdulillah semua selamat dan berjalan dengan baik untuk hari raya haji tahun ini.Sampai rumah dalam 12 lebih dan badan terasa amat letih namun sob sob esok tetap perlu bekerja.ok
Sila jangan sedih yer cik saha kerana kerja juga merupakan ibadah.Alhamdulillah

Tuesday, September 15, 2015

KILIM GEOPARK MANGROVE TOUR : Pengalaman yang harus diterokai di Langkawi

mencari homestay langkawi : Tok Jah Homestay


Entri kali ini merupakan entri mengenang kembali.entri pada tahun 2011.masa tuh saya lom ada blog.kali nih kita cerita pasal Langkawi ye.biasa je kan Langkawi.yer bunyinya memang agak biasa untuk org2 lain tapi pada saya ia memang menjadi trip antara saya dan family yang luar biasa
Ini merupakan pengalaman saya ke 3 ke Langkawi.woi umo dah berapa baru3 kali g 
Langkawi.hahaha.

Kami ke Langkawi October 2011 4 hari 3 malam.
Penginapan : Tok Jah Homestay.(recommended untuk family besar)

So far saya berpuas hati dengan homestay nya.yg baiknya homestay ini:-

  • mengasingkan rumah untuk non muslim and muslim.so baiknya disitu segala peralatan yg digunakan tak bercampur.so gunalah segala barang dan peralatan dapur tanpa rasa was2.
  • Berhampiran sangat dengan pantai chenang.memanglah x depan pantai tapi still nak ke pantai sanagt mudah.x sampai 5 minit.lintas je jalan dah sampai,pagi2 org lom sampai awak2 dah sampai ke pantai chenang
ini pagi2 saya dah sampai..

  •   Disebabkan terletak betul2 di pantai chenang so malam2 terasa kemeriahannnya.ada sikit lagi nak macam Phuket.tapi ladybos takdelah kot…hahahahha 
    betul2 depan sini tau uolls
  • Rumah yang sangat luas :-untuk family besar adalah sangat digalakkan.kat ruang tamu pun boleh tidur lagi..punyalah besar
  • Layanan yang baik dari tuan umah.semua dia boleh tunjuk tau.tanya je apa2 pun
  • Persekitaran yang bersih dan menarik..

Sekian sahaja mengenai homestay tok jah..hahaha ini bukan etri berbayar saje je berkongsi pengalaman yang mana baik kita kongsi bersama supaya ramai2 dapat manfaatnya…

Untuk kereta pula saya sewa nissan latio.rm 80 per day.ok keretanya ok xder masalah.Alhamdulillah.