Search This Blog

Friday, December 23, 2016

Shoping di Ho Chi Minh


Alhamdulillah dipermudahkan dan diberikan rezeki untuk kami pergi berjalan2 dan mencuci mata serta mengambil angin yang lain dari Malaysia

Tarikh 30 April betul2 lepas subuh saya ke airpot senai dihantar suami saya untuk ke bandar ho chi minh.sampai2 As dah tggu.Ingat saya lambat rupanya ada lagi yang lambat iaitu kawan saya Masriah.Kami pergi bertiga.Girls Trip.

Syukur xde apa yang terjadi sepanjang kami 4 hari 3 malam kat sana.walau pelbagai berita kurang elok kami dengar.Ada rakyat Malaysia dibunuh sebelum kami ke sana.Sehingga saya menaip sekarang masih xtau apa kesudahannya.

Flight delay masa pergi dan masa balik.Hadoi.Saya suka fly bagi saya mudah tapi kdg2 nak tggu masa departure lepas cek in sangat menyesakkan nafas.rasa mcm buang masa jer.tapi apakan daya tiada pilihan dan itu terbaik.
Ho Chi Minh kami dah sampai :)
Kami sampai2 je dalam pukul 11 masih awal.Hotel pun x boleh cek in.jadi kami tinggalkan je beg kat hotel tu suruh dia simpan.takkan nak kehulur hilir dengan beg tuh kan. So lepastu apa lagi mestilah makan kannn.lapar kot dan saya mesti makan sebelum pening.nanti menyusahkan orang atau mood sendiri ke laut
bersama aweks jual roti.sodappp dan murah
Makan kat Vietnam bagi saya mahal lah compare to Malaysia.Tapi normal lah kan negara bukan islam.nak cari makanan halal mestilah mahal.Tapi bagi saya x kisah mahal asal senang cari.Kebetulan hotel yang kami pilih memang kawasan tumpuan orang Malaysia.jadi senang je nak makan.banyak pilihan.pilih je mana nak dan pastinya sediakan wang yang cukup.

Selepas makan kami jalan di sekitar kedai2 situ.Jujur pertama kali jejak di area sini saya dapat rasakan yang kawasan ini kelihatan seperti di Malaysia.saling tak tumpah.dengan penuh rakyat kita je.Semua muka rakyat2 Malaysia. So dapatlah saya simpulkan di sini memang orang Malaysia lah yang memberi keuntungan pada rakyat Vietnam.

Penat berjalan di kedai sana sini.kami decide ke pasar bent than.kebetulan dah buka dan hati melonjak2 tak sabar nak masuk so misi diteruskan.kami x beli apapun hari pertama survey dan survey di pasar ini.


Tapi sebelum masuk ke hotel cek in saya beli seluar track Adidas tak ori yang harganya rm13 sahaja.
Kat Malaysia rasanya paling murah rm35.bnyak jugak saya beli seluar tuh .Alhamdulillah sampai sekarang saya pakai sebab memang selesa.Berbaloi2.

beli jugak beberapa tshirt Vietnam yang setiap sehelai berharga rm7 .kain dia boleh tahan jugak.nak cakap sedap sangat memang taklah.Berpatutan dengan harganya.
Em..xlupa telekung sebab saya tak bawak telekung sebab memang niat nak beli kat sini.RM30 x silap.Murah kan?Alhamduliilah
 
pasar malam dah nak buka.
Suasana sebelum pasar malam buka
Lepas cek in rehat sekejap dan petang keluar lagi.excited nak abiskan duit.hehe x lah excited nak beli barang yang perlu. hari pertama tuh jugak saya pergi pasar malam dia.



OMG happening sgt tauuuu.best + variety+ murah.mcm2 ada.sesiapa yang pergi sini kena pandai tawar.xpandai tawar menawar adalah satu kerugian. Dan anda kena tegas dgn apa yang anda nak.ingat!! beli apa yang anda nak aje jgn termakan pujukan dan godaan penjual.
antara contoh makanan diorg.
x banyak sgt kitorg amik gambar sebab excited tgok barang2 yang ada.semua tempat kami pergi.taklah besar sgt pun.lebih kurang mcmuptown dan downtown je pada saya.

Malam kami x berkahir di situ sahaja dan diteruskan ke kedai2  kerana dalam perjalan balik ke hotel pun masih banyak kedai yang buka dan pada waktu malam ditambah dengan orang awam yang berniaga tanpa lesen so pilihan makin banyak.Mereka berniaga dengan hanya membentangkan kain di jalan dan pada pemerhatian saya waktu malam harga lebih murah sikit berbanding siang kerana persaingan yang agak dahsyat sesama mereka.so jangan malu jangan segan tawarlah selagi anda rasa boleh.

Hari ke dua kami masih sama projek mencari barang terkumpul tetapi jajahan diperluaskan lagi sehingga ke kawasan yang kami mampu pergi.Kami jalan kaki sahaja.Antaranya kami ke saigon square ,kedai homemade beg kulit dan bnyak lagi.agak jauh kami berjalan kerana keseronokan dan keasyikan.cewah ayat๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Malam aktiviti yang sama cuma maalm nih kami x survey2 dah kami beli terus kerana esok satu hari suntuk kami akan ikut trip ke Sungai Mekong so ditakuti dah xde masa nak shoping.
Esoknya kami nak balik dah pagi2.so apa yang dihajati kami cuba beli dan cari pada hari ini.

ohh 1 tips pada saya x payahlah tukar USD bnyak2 kerana RM laku di sana.Last but not least tgoklah separuh hasil shoping kami pada hari kedua.Ada satu hari lagi untuk shoping.yehaaaaaa

Kaya orang Vietnam kalo gini...haha

Nanti nak cerita pasal Sungai Mekong.Insha Allah kalau rajin dan dilapangkan masa.






Thursday, December 22, 2016

Bukit Sisik Kota Tinggi


kebetulan pulak tanpa dirancang semua girls pakai biru..oii girl ke?:P
Sabtu pergi jumaat plan.tapi plan pun x ada apa.xada apa yang nak di plankan.simple je.just janji tggu kat mana.pukul berapa n bawak apa.sebenarnya aktiviti ini dibuat sempena seorang rakan kami yang akan meniggalkan tempat kerja kami.
yang belakang tuh lah yg nak berhenti..huhu.so aktiviti nih buat untuk dia
First experience buat saya. umur dah 30han tapi first experience for hiking. nak cakap hiking pun macam x. rendah2 je bukit dia tapi untuk saya yg pertama kali agak mencabar sebab pada saya batu2 dia licin.saya berapa kali tergelincir.mungkin jugak kasut saya x sesuai.kasut yang saya pakai tapak dia permukaan licin.kasut jogging sebenarnya..memalukan je..berapa kali terjatuh.kawan saya pulak kaki dia berdarah.tersepak batu2.ye lah kawasan air terjun kan mesti licin.
Budak2 nih la terpaling happy


kami semua happy arituh.tak tergambar dgn perkataan.walau esoknye kerja badan lemau tersangat :)
Perjalanan dia mula2 mendatar je.lepastuh ada masuk sungai.so kasut memang basah.tu yang sesuai pakai kasut getah je.ada kena daki jugak bukit2.ada yang disediakan tali.ada yang x.disebabkan kawasan ini dah bnyak orang pergi agaknya maka banyak lah jugak tali yang disediakan.so Alhamdulillah memudahkan perjalanan kami.
nih la dia tali.ada sesetengah yang ada tali.selaamat ada



mujur suami saya ikut...boleh jadi dahan berpaut.haha


gaya kena maintain
btw this activity hanya melibatkan rakan2 opis.saya tersangatlah enjoy dan rasa sihat selepas aktiviti ini.
Sampai kat atas kitorg lepak mandi air terjun dan makan2. Tak bnyak makanan kitorg bawak naik atas tapi adalah ayam yg dh siap marinate, sandwich,air dan pisang.
makan jangan dilupa.sumber tenaga

Yang pasti puas sangat dapat buat aktiviti macam ni sesekali. Feel dia lain, suasana dia lain n semestinya pengalaman pertama yang baik untuk saya di saat usia semakin kertu.:P
kat sini lepak lama jugak

nak naik kayu tuh ramai2 pun mcm tak confident.tapi Alhamdulillah semua ok


di harap akan ada lagi aktiviti2 yg sihat macam nih selepas ini. btw thanks guys for make this happen
ahli kumpulan pada hari kejadian

Tuesday, August 30, 2016

Tips ke Ho Chi Minh


Sedikit Tips dari saya untuk mereka yang nak ke Ho Chin Minh dan untuk saya juga jika ingin dtg lagi..:)
mungkin masyarakat Ho Chi Minh susah jika tiada motor.
  • Hati2 melintas.jaga beg2 anda.terjadi di depan saya seorang warga korea begnya diragut sepantas kilat oleh penunggang motosikal.padahal dia melintas bersama2 kami.jangan leka.jangan lalai.pegang betul2 beg.selempang adalah paling selamat. 
  • Pakai pakaian yang paling selesa .tak payah bergaun gopol2 ye.pakai seluar lebih baik dan kain yang x panas.sebab pada pendapat saya kat sana sangat panas.Malam dia pun panas tau macam xada angin.ditambah dengan orang yang sesak padat dan mampat.so kiranya pakai lah baju yang paling awak2 sekalian selesa
  •  Pastikan sentiasa keluar dari hotel dengan sebotol air mineral.Yer memang boleh beli.tapi kalau asyik nak beli je leh pokai jugak. kena cut cost2  jugak benda2 yg kecik supaya duit yg kecik2 tu dikumpul dapat beli yg besar2.haha.kat sana jalan sentiasa dahaga tauu.tapi jangan lupa pekena kopi ais dia rm3 sahaja.
kopi ais rm3

  • Carilah hotel di sekitar area ke pasar bent thanh.sebab kita boleh kejap2 turun naik .senang turun je hotel mcm2 ada.sorang2 pun ok 
  • Makanan agak mahal di sana.tapi xde pilihan.makan je lah..hehe.tak makan nt takde mood nak shoping nt.lagi rugiii
  • Kalau tak berkenan sangat dan tak terasa nak beli sangat tak payah lah pegang2 barang yg diorg jual. garang nak arwah diorg2 nih
  • Ada sesetengah kedai yang x membenarkan kita ambil gambar pun barang yang mereka jual
  • Mereka sangat suka memaksa tau siap pegang2 tangan.katakan dengan tegas jika tak mahu.
  • Kalau nak ikut tour guide tanya soalan seberapa bnyak boleh dan confirmkan semua2 dahulu.
  • Aktifkan kad bank anda. anda pasti terlebih budget untuk yang kaki shoping
  • Yer pada saya barang2 mereka memang murah..tapi masih boleh tawar lagi.tawarlah seberani dan selogik mengikut pendapat anda.
  • Kalau x terdesak tak perlulah naik teksi jalan kaki sahaja jika berdekatan.kalau nak naik teksi jugak pastikan teksi yang anda naik adalah teksi vinasun.
  •  Boleh jugak download currency converter tapi macam saya currency converter pun saya download. kertas nih pun saya siap2 dalam beg duit saya. 
 
 
  •  tukar duit siap2 kat malaysia pun senang.tapi kalau rasa nak tukar kat sana pun boleh jugak.cuma kena check betul2 tau