Search This Blog

Thursday, May 24, 2018

Mount Moiwa dan hotel di Susukino Sapporo


Ropeway

Seperti yang kitorang rancang petang ni kitorang plan  ke mount moiwa. Tak lama rehat di bilik terus ke sana. Nak ke sana masa tu x silap dalam 6 lebih tapi kat luar gelap sangat dah. Risau jugak sama ada nak proceed ke tak.takot pulak xder streetcar masa nak balik nanti. Nak pergi confirm ada takot balik nanti x ada dah.huhu..takotnya.😓.Jadi sebelum pergi saya check dulu last streetcar pukul berapa. Alhamdulillah mmg boleh sgt pergi.


baru keluar dari hotel nak ke Mount Moiwa
Macam2 hal masa nak pergi sini tau.sarung tangan saya tercicir lah apalah. Sakit nak memerut masa tunggu streetcar .ait mcm2 lah.😡😵, Sarung tangan tuh kena cari dulu last2 xtau kol berapa sebenarnya saya pergi.


Dah jumpa sarung tangan..hahaha
Ha sebelum pergituh balik2 je dari Odori park.saya pe kena coffe 7e dulu. best sgt sejuk2 dapat coffee. Yang bestnya hotel saya betul2 dekat dgn 7E dan family mart. Memg dekat sangat.so sepanjang kat sana sebelum memulakan perjalanan boleh singgah beli apa yang patut. Nak balik pun boleh singgah lagi beli apa yang patut. Musim2 sejuk ni kalau dah sampai hotel mmg malas betul nak keluar balik sebab mcm2 nak kena sarung. Tu yg beli siap2 terus semua.

Ok cerita pasal hotel ni..saya stay di Susukino. Hotel nih  x lah mahal sangat tapi best sebab bersih + staff yang betul2 baik. Walau cakap mcm ayam itik sikit. 😆Mntak pinggan bagi lain. Tapi salute kat diorang sebab sentiasa berusaha nak memahamkan apa yang saya mintak.


Inilah hotel nya..Tak mahal sangat tapi berbaloi2. cuma dari subway station tu kena jalan sikit lah.tapi x terasa jauh pun sebab enjoy sgttttttttttt.jalan kaki tak sampai 5 minit.

Yang paling best walau hotel 3 bintang tapi set mandian dia semua shiseido tau. Mandi pun rasa best je. Ye lah biasa iols pakai sabun murah2 je. so walau sejuk tetap nak mandi sebab sabun dia best. hahaha jakun.😆😆😆

Bilik dia kecik sikit lah kalau compare to bilik hotel di Malaysia but still muat lah kalau nak solat berjemaah laki bini. kena susun betul2. beg besar kat mana .kasut jgn bersepah dan etc..


Macam mana nak ke Mount Moiwa kalau dari susukino ye....Ok untuk ke Mount Moiwa senang je sebab hotel saya duduk betul2 laluan tram atau orang panggil streetcar. Jalan sikit sampai dah tempat menunggu dia. Dari hotel ni kena naik tram.Then naik bus free.bas free tu jangan risau setiap 15 minit ada disediakan.Naik jer...


Sama waktu dengan orang balik kerja so crowded tram.Berdiri masa mula2 naik
Masa nak ke sini saya dan suami ada berbual dengan seorang uncle tu. Baik sangat. Sampaikan dalam tram tu mula2 saya duduk belakang, husband duduk depan dengan pakcik tu. tetibe tak disangka pakcik tu mntak ada sorang auntie tu pindah dan dia suruh saya duduk dekat dengan dia dan husband. saya tak nak jugak sebab rasa bersalah.tapi auntie tu asyik angguk 2 kepala suruh saya pindah.risau jugak saya tak pindah kan nt sampai bila dia nak angguk kepala.baik sangat tau diorg.alhamdulillah saya berjumpa dgn org2 yg baik di sini.💗💗


Ni lah uncle yang baik tu....
Dah sampai nak naik bas free pulak yang memang disediakan untuk ke sana
kat Mount Moiwa ni sejuk dia mengila.Angin sikit punya kuat tapi pemandangan mmg cantik.So korang kalau ke Sapporo jgn lupa ke sini...Nak balik pun sng jer. Naik je free bus tadi then naik balik streetcar yg kita pergi tu.


Dari atas

Last picture for DAY 2

Tambang streetcar tuh 200Yen sorang sehala.Sediakan duit kecik tapi kalau x der jgn risau boleh tukar dekat machine sebelah driver tuh...


Thursday, May 10, 2018

Dari KLIA2 Ke Chitose Airport dan ke Sapporo Snow Festival 2018



tiket ke sapporo ni saya beli dalam hujung tahun 2017. Naik air asia je uols nak murah.kebetulan mmg dapat murah masa survey aritu. Tiket pergi dalam 340++  balik dalam 400++.murah je kan uols.belum mampu beli tiket mahal2..😎

lama jugak nak dapat tiket harga tuh bila air asia ckp start promo.bersengkang mata gak saya tgok air asia malam tu. nekad je beli.husband bangun2 je saya bgtau " saha dah beli tau tiket ke sapporo" hahahaha tercengang dia. 😓 ingat saya main2 ke bila saya tanya.😇 Esok pagi terus bgtau kawan suruh beli jugak tiket kalo nak g saing.

Dipendekkan cerita dapatlah kitorg seia sekata ke sapporo pada tarikh yang sama iaitu 11 Feb hingga 16 feb.sangat2 singkat tapi bolehlah... finally impian saya tercapai.mmg plan saya dari bulan august 2017 nak main salji kat sapporo. lepas baca mesej2 dari group kat facebook.saya mmg bulatkan tekad mesti jugak ke sapporo for this winter. Alhamdulillah dimakbulkan dgn izin Allah.

check balik japan punya laman web ,Sapporo snow festival 2018 ialah pada 4 feb hingga 11 feb 2018. so tengok tiket yang saya dah beli dapatlah sehari saya menikmati event itu.Best jugak alang2 dah sampai sapporo dapat pulak joint snow festival tuh.rezeki .Alhamdulillah walaupun sehari je dpT jugak rasa kehangatan dia. Kalau sesiapa xtau Sapporo snow festival ini biasanya dibuat seminggu pada bulan February. It is one of Japan most popular winter events.

Naik flight malam dan sampai awal pagi di Sapporo. Saya dalam flight mmg x boleh tidur langsung.Ingat lepas makanan sampai dapat tido kejap.rupanya mata tak leh tido gak.Tak taulah excited ke apa.hahahaha.tapi saya mmg sejenis susah tidor.kalau naik kereta pun x boleh tido.kiri kanan depan blkg semua tido.tapi surprisingly saya x rasa lama kat dalam flight dan x rasa bosan langsung.agaknya terlalu excited.hahahaa 💗💗

Lebih kurang 7 lebih saya sampai di Chitose.saya pakai selipar je tau .Keluar2 flight kejap je dah  rasa omg sejuknya. Malas nak pakai kasut2 siap2, baju winter semua saya x pakai. Saya pakai baju biasa je.Mmg plan sampai2 airport baru tukar. 

so korang pun nanti x payah lah siap2 berjaket bersnow boots bagai. leceh.masukkan je baju2 yg nak pakai nanti dengan kasut tu dalam satu beg asing.saya hand carry supaya nanti sampai airport baru tukar .masuk beg asing siap2 sebab nak memudahkan. xadalah nak mengembur aka bersepahkan  satu beg balik nanti.

dah sampai Chitose New Airport jgn lupa jalan2 dulu tau.airport dia best. kalau bawak anak2 boleh bawak ke area smile road. kat sini ada doraemon dan hello kitty. Mesti bukan anak2 je minat doraemon kan..korang pun minat jugak kan 😆. 
dan kalau sampai2 tu lapar boleh makan kat sini Donburi Chaya Restaurant. Restoran ini menyediakan menu halal for muslim.


Settle semua kitorang pun beli tiket train terus nak ke hotel. Dari chitose airport naik JR to sapporo station .lebih kurang harga 1070 yen.Dari sapporo station pulak naik subway namboku line ke susukino station. 1 hala 220yen. Hotel kitorang dekat area susukino.

Jom tengok first view kitorang sampai sapporo nih.

Masa nih Ya allah jakunnya.Bersyukur sangat dengan nikmat dan rezeki dari Allah.Saya x sangka saya dpt tgok salji depan mata.


rumah2 diorang.pemandangan pun cantik dari sini ke Sapporo.


Sampai hotel letak beg je dan nak confirm hotel tu. Memang dah tau kitorang x leh check in leh letak beg je. Alhamdulillah x susah cari hotel tu.Selesai semua minum2 air kitorg terus jalan.beg besar tinggal.takkan nak angkut kan dgn salji nya lagi.Masa tu mmg x sabar dah.x sabar nak main salji.hahahaha kejakunan betul.

Terus kitorang start the explore dengan pergi ke Odari Park.Odori Park ni lah tempat berlangsungnya snow festival. Ya Allah cantik sgt diorg buat arca.kalau korang sampa sini bulan feb janganlah lepaskan peluang yer...Odori Park nih luas dan panjang kot.









sempatlah tgok JR Tower dll...oh x lupa sempat kitorg makan kat Nijo Seafood market. Pusing2 pasar basah tu semua.tgok segala mcm benda kat situ.lain pasar diorg dgn pasar kita tau.Sempat jugak jalan2 kat kedai susukino street tu.best banyak skincare kat area sini.

Dalam dekat pukul 4 kitorang check in hotel dan rehat sebab plan dalam 6 lebih nak ke mount moiwa.Mount Moiwa pun best.


.

Monday, May 7, 2018

Apa yang saya bawak ke sapporo ketika bercuti musim sejuk

lepas dh decide nak pergi bercuti waktu musim sejuk banyak tau persiapan dia. bukan boleh main pergi jer. banyak jugak nak kena melaburkan duit.huhu.
sebab takut nanti terkejut pulak sampai sana.Dari nak berjalan last2 duduk berselubung je kat bilik.kan membazir.sedih jer nanti.😢

so nak kekal selesa kat sana dengan suhu dia yg -ve.tak nak demam.tak nak x ada mood.saya terpaksa melengkapkan diri saya dengan benda2 nih.serius benda ni tak boleh main2 tau.

kalau org dah biasa tuh mungkin xper kot.mcm saya first time nak merasa so saya lengkapkan selagi boleh.ye lah biasa suhu kat malaysia paling sejuk berapa je kan.kat sapporo sampai -ve belas2 tau uols.

Heattech

ini penting guys jgn berlagak lah rasa kebal yer.lemak yg bnyak dan tepu kat badan tu x akan memanaskan pun badan2 awak semua.percayalah.takpe melabur sikit untuk heattech yg terbaik.

saya rasa kalau setakat sejuk2 biasa boleh je beli kat mana2 dan mcm2 jenis ada jual

tapi untuk saya setelah riki2 dan study2 saya beli jenis heattech ultra warm uniqlo.
kalau kat uniqlo sendiri pun ada macam2 jenis heattech tau. ada ultra warm inner ,extra warm inner, dll.
gambar dari website uniqlo....welcome to uniqlo(selalu kan staff dia sebut nih)hahahaa
mmg mahal rasa syg je duit nak beli tapi percayalah dgn adanya heattech ni percutian kita barulah enjoy. takdelah nak ke sana sini x boleh sebab tak tahan sejuk. Serius kalau xder nih hilang mood nak enjoy mesti rasa x sabar nak balik malaysia.
Tapi kalo x beli jugak jgn sedih kat japan tu bnyak je jual.cuma masa nak cari tu kena lah bertahan.😡 .kalau kat jb nih boleh lah cari dekat Uniqlo, Cosas united,Universal traveller,sport direct dll.

winter jacket.

Macam2 jenis winter jacket ada kan. Jual kat online pun banyak. Saya beli online je.nak beli kat kedai2 mcm x termampu pulak.tapi kalau nak beli jugak tggu sales pada saya berbaloi.

Ada org suka bundle.tapi kat jb ni saya x jumpa pulak bundle dia.Siapa2 yg tau bundle kat mana bolehlah sahre yer. kalau beli online pun susah gak kena tau betul2 size.Takot tak muat pulak.Saya pilih material down feather dana da hood untuk tutup kepala


Winter jacket ni jangan besar sgt nanti angin sejuk masuk .Cari yang just nice je.hokayy..Saya pilih material down feather ada hood untuk tutup kepalal


kasut

hurm....kat sapporo sana masa musim sejuk.omg jalan dia licin tau. kena betul2 berhati2. ada yang cakap jalanlah mcm penguin. slow2 dan rapat2. kena betul2 berhati2 especially kat trafic lite,nak lintas jalan.
imej dari google

untuk keselesaan pada saya beli lah kasut betul2.jgn lah pakai sportshoes je.kecut kaki hang dibuatnya.salji kalau dah masuk dalam kasut.nanges.😢


tapak pun kena pilih betul2 tau.kalau malas nak pikir beli je spike.pasang je kat kasut tu.kalau masuk bangunan kena lah buka yer. susah2 kat lazada pun ada jual


sarung tangan

ini penting gak.sebab kalau betul2 tengah sejuk.rasa mcm hujung jari kita kena gigit2 je binatang.rasa pedih je.tak payah susah2 beli kat mana kat daiso je pun sng. RM 5 je tak termasuk GST.cari yang boleh touch handphone so x perlu lah nak bukak2 sentiasa.Nak tau boleh guna handphone ke tak biasanya dekat jari telunjuk ngn ibu jari dia ada lain sikit.
imej dari google
Heat pack /KAIRO
Ada 2 jenis kairo.satu yang boleh ditampal dan satu lagi x boleh tampal.Yang tak boleh tampal masuk je poket. kalau rasa sejuk gengam kat tangan.akan rasa selesa sedikit. kalau pakai ni x pakai sarung tangan pun dah xper sgt.

Yang tampal pun bukan main tampal je tau.jangan tampal kat kulit nanti melecur. tampal kat baju.dekat heattech lagi baik.kalau pergi sana seminggu jangan tampal tempat yang sama semingggu tuh.tukar2 sikit kedudukan dia.atas sikit atau bawah sikit.pada saya nih mmg baik.membantu kita kekal x kesejukan.


kalau kat sini boleh beli kat daiso.kalau kat sapporo tuh melambak jual.jgn risau tak cukup.kat kombini dia merata jual.(7E,,lawson,family mart dll)



gambar ihsan google
Sweater
sweater pun perlu sebelum pakai winter jacket.pada saya sweater ni dah x kritikal sgt kalau dah pakai heatteh yang betul2 dan dah pakai heat pack.mcm saya ada beberapa hari saya paaki sweater yg beli kat jusco rm19.90 ,kain biasa jer.tapi kalau nak selesa boleh jugak beli yg baik punya.

Snow cap dan ear muff 

ini terpulang.Saya x pakai ni.xselesa kot untuk saya.lagipun saya dah pakai tudung saya pikir. kalau time snow betul2 lebat,saya tutup je dengan winter jacket saya. kan ada bahagian tutup kepala kan kat jacket. so saya pakai tu je.(hood).Terpulang nak pakai ke x.Mcm husband saya dia mmg pakai snow cap all the time dia.hahahaa.

Face mask-- 

saya pakai ni.boleh dikatakan selalu jugak saya pakai.tapi x lah all the time.saya pakai ni bukan sebab busuk tau.jepunbersih sangat.langsung x busuk.saya pakai sebab kadang2 hidung saya rasa sakit.so nak elak sakit berterusan saya pakai nih kadang2.saya dapat free je mask nih..hehe.ingat x nak bawak selamat bawak jugak.

yg husband saya pakai tuh beli online jer. sarung je masa nak guna. Senang jugak tgok dia so leher x sejuk dan x perlu pakai mafla dah.Satu tapi cover semua.

yang colour pink tu la saya dpt free tapi berguna.:)
Tudung sarung
yes...nih paling penting.saya mmg pakai tudung sarung je kat sana.senang.sap sap soi je dah siap.seminggu sana seminggu lah saya pakai tudung sarung.hahahahaha.
muka bangun tido.mandi dan terus keluar.tudung sarung jadikan kita siap cepat dan mudah.:P

krim/losyen/make up
nih penting uols.mcm saya kan jenis kat malaysia pun x  pakai apa2 kan.bedak pun xpakai. krim apatah lagi.tuhy  yang saya terlupa buat persiapan ini..yg bab nih saya betul2 terlupa. so muka saya kering tersangat2.huhu.mengelupas.

tapi x lama lepastu saya beli vaseline.sebelum keluar saya sapu vaseline. alhamdulillah ok.bibir saya x kering kat sana. kalau kering boleh gak sapu vaseline nih. kat sana2 mcm krim/losyen ada.best.sediakan je duitnya..


make up pulak mmg saya x pakai. kat malaysia pun saya x pakai.lagilah time travel kan.leceh pada pemikiran saya.Malas nak bawak dan angkut pulak kan. saya pun jenis travel light je. bawak yang memang perlu.Lipstic pun x ada.perempuan ke lelaki nih?hahaha😆


ubat2

saya selalu migrain.so saya mmg siap2 ubat migrain.tapi alhamdulillah di sana saya x migrain langsung.hati happy kot.padahal minggu sebelum tu saya demam + migrain semua.

husband saya selalu perli ckp takpe tak lama lagi sihat lah tu.sebab dia kata biasanya time travel saya selalu sihat.:))nih la ubat saya sebenanrnya.hahaha


ubat2 biasa yg saya bawak panadol,ubat selesema,minyak angin,minyak cni,yoko2 dan ubat ciriti birit.tapi alhamdulillah semua ok dan dipermudahkan.


makanan

mcm biasa saya ada bawak brahim nasi goreng+ maggie + air 3in 1 + sambal kacang tempe + bubur segera. standby je sebab takot2 susah cari makanan.tapi x susah tau.

cuma kdg2 sampai kedai diorg tutup. Makanan2 tuh biasa saya makan masa breakfast. sebelum keluar.sambal2 tuh boleh makan ngn nasi.beras x payah bawak tau,beli je kat 7E dia.


Vacum Seal Bag
Ha ni pun penting nak nampak beg x gemok leh masuk mcm2 baju.kalo g winter rasa ni perlu lah sebab baju kan bnyak dan besar2.so masukkan satu beg dan compress. Saya beli kat daiso senang.hahaha.Ada mcm2 size baca dulu ukuran dia kay.


**kalau sesiapa nak lagi selesa boleh beli seluar atau apa sahaja yang jenis blocktech..Kadang2 angin dia yang lagi kita tahan. so mcm saya ada beli seluar Blocktech uniqlo. Mmg x masuk angin. .tapi tak style lah.nt korang x nak pulak OOTD.hehe.saya pakai jeans dan seluar ini.