23 Mac-26 Mac2016 |
23 Mac 2016 pukul 7 lebih kami memulakan perjalanan ke
Penang.Perjalanan sangat dipermudahkan x terasa jauh dan penat.Kami hanya
berhenti 2 kali untuk sarapan dan makan tengahari.Dalam pukul 2.00 kami telah
menjejak kaki ke Penang atau lebih tepat bayview beach resort Penang di Batu
Feringgi.
Bayview Beach Resort |
Sesampai di sana memang just nice untuk kami chek in.Kami
telah menempah 2 bilik yg bersambung di antara satu sama lain.Saya dan suami satu bilik.dan satu bilik lagi untuk abg ayah
dan emak.Bilik mereka disertakan satu katil
tambahan.eh bukan disediakan tetapi dengan extra bayaran
bilik saya |
jumlah kami bayar lebih kurang rm2+++ include katil tambahan dan gst lebih kurang rm132 untuk empat hari tiga malm 2 bilik.
tidaklah murah tetapi tiada pilihan
itulah harga yang perlu dibayar untuk bercuti
sebenanrnya kadang2 saya terfikir hotel dinegara kita ini sangat tidak murah dan sangat limited pilihan compare to negara luar.
em..saya tidaklah bnyk pengalaman tido di luar negara tetapi saya dapat rasakan dengan harga sebegitu kadang di luar negara kita boleh dapat hotel yang mmg lagi best
#syukurlahmalaysiamasihaman
Waktu petang kami ke bawah dan menikmati pemandangan di
sekitar bay view beach resort ini.Kami juga ke pantai yg berada betul2 belakang
hotel.jalan kaki x smapai 3 minit.lalu kolam2 dan tempat2 permianan terus
sampai ke pantai.
Jujur saya katakan bagi sesiapa yang mencari pantai yang
cantik dan bersih di sini bukan tempatnya.Tapi dengan segala kemudahan dan
fasiliti yg ada di sini sebenanrnya anda akan x pandang pun pantai.terlalu
bnyak aktiviti yg disediakan pihak hotel
Cukup dengan ambil angin dan lepak di kerusi malas hotel di
taman yg mereka sediakan pun sudah cukup menenangkan dan mendamaikan.Itulah aktiviti
kami pada haripertama.relax2 dan mandi kolam.
Malamnya kami makan2 di sekitar hotel dan selepas makan
terus ke pasar malam batu feringghi.
Tak bnyak dan x ada apa sangat yg kami belikan di sini.cukup
sekadar berjalan2 dan cuci mata.tapi biasa menjadi seorang perempuan mesti ada
sebungkus dua jugak yang dibeli.
Hari ke dua tiada apa yang dirancang sangat.kami merancang
percutian kali ini supaya santai dan tenang.FAktor pertama kerana kami membawa
ibu dan ayah yang tidak berapa sihat.Faktor kedua penang bukanlah destinasi
asing bagi kami.jadi kami tak mahu terlau terkejar2 dan ekstrim.
Hari kedua kami mulakan dengan breakfast di hotel.kemudian
aktiviti di kolam renang.Saya dan suami sempat bermain pingpong dan ke gym yang
disediakan pihak hotel.
Selepas zohor dan
makan tengah hari kami memulakan apa
yang dirancang.kami jalan2 di sekitar Bandar penang
kami naik feri ke tanah
besar semula.saje bawak mak dan ayah kerana mereka belum berpeluang naik feri
dari penang.
singgah solat..mula2 nak makan nasi kandar beratur ke apa tapi rupanya hanya dibuka di sebelah malam |
tggu turn naik feri |
Untuk ke penang semula kami melalui jambatan kedua.kami
merancang lalu disini kerana pergi ke penang semalam kami telah melalui
jamabatan pertama.tiada ketara perbezaan Cuma mungkin laluan di jambatan kedua
sangat lengang dan seakan2 tiada orang yg lalu.Mungkin juga kerana bukan di waktu
puncak.Tol yang dikenakan untuk melalui jambtan kedua ini ialah rm10.50.
berhampiran exit jambatan ke2 |
Kami terus exit balik pulai kerana kami plan berjalan2 di sini
melihat apa menarik di sini.On the way dari balik pulai ke hotel kami singgah
di Empangan Teluk Bahang.
oh sebelum terlupa kami pekana nasi kandar di area
balik pulai .kami sampai dihotel elbih kurang 8 lebih malam.plan malam tuh nak
jalan lagi disekitar Bandar penang namun kepenatan melanda dan kami hanya lepak
dihotel dan dinenr di kawasan berhadapan hotel.
Seronok menginap disini kerana terdpaat pelbagai kedai makan
di waktu malam dan anda hanya perlu berjalan kaki sahaja.
pancake boleh tahan. |
Hari ketiga kami sarapan lagi dihotel.Pada saya breakfast
disini snagat memuaskan.Sesudah sarapan + mandi kolam + main ping pong lagi
dan kami ke gym .tapi x terlalu lama kerana kami plan arinih ke bukit
bendera.
sila beli pas express yer untuk yang membawa ibu bapa. |
Perjalanan ke bukit bendera agak cepat.Cuma saya
tak tau boleh ambil tiket express.KAlau saya tau pasti saya belikan mak dan
ayah saya tiket express.Tidaklah mereka beratur lama.kesian ayah dan emak
saya.huhu
Lama jugak kami di atas sempat zohor dan luch di atas.kami
turun.On the way balik tekak gatal dan minta disi kfc.Kami bungkus dan makan
sahaja di hotel
Petang balik dari bukit bendera kami main indoor game dihotel. main game Daytona pastinya
dan beberapa game lagi.saje isi masa dan ingin betul2 relax.Lepas magrib cepat2 siap
dan kami ke padang kota untuk menikmati pasembor dan pelbagai makanan
penang.dah sampai kan haruslah cuba.:)
Puas makan kami jalan2 dan ambil gamabr.Ini merupakan malam
last kami dipenang.sebelum balik esok.Esok kami plan nak balik sebelum pukul
11.00am
Hari terakhir sedihnya..kan best kalau kita hanyaperlu
bercuti tanpa bekerja..haha
Tapi memang takkan dapatlah kan.so kami nikmati sarapan
sekali lagi.Saya selepas subuh dengan suami telah jogong disekitar pantai
terlebih dahulu.selaps breakfast sekal lagi saya melepaskan ketagihan saya
dengan bermain ping pong.Ops memang tak terer memang tak pandai tetapi sekuramng2nya
saya belaajr dan tahu macam mana nak main sikit2.
selesai semua kami cek out lebih kurang pukul 11 lebih.Hotel bayview Beach Resort pastinya menjadikan percutian sesiapa pun sesuatu yang manis dan akan dikenang.Walau niat asal saya nak tido di Hard Rock tetapi abang dan suami saya tidak setuju.saya tidak menyesal kerana Hotel Bayview juga berbaloi dan setanding dengan bayaran.
sebelum melepasi jambatan pulau penang saya pekena pasembor sekali lagi..hehe
Bye2 Penang..ada rezeki kami akan ke sana lagi.
selesai semua kami cek out lebih kurang pukul 11 lebih.Hotel bayview Beach Resort pastinya menjadikan percutian sesiapa pun sesuatu yang manis dan akan dikenang.Walau niat asal saya nak tido di Hard Rock tetapi abang dan suami saya tidak setuju.saya tidak menyesal kerana Hotel Bayview juga berbaloi dan setanding dengan bayaran.
sebelum melepasi jambatan pulau penang saya pekena pasembor sekali lagi..hehe
Bye2 Penang..ada rezeki kami akan ke sana lagi.
No comments:
Post a Comment