Search This Blog

Sunday, March 24, 2019

Alkisah Roadtrip Johor → Perlis → Hatyai → Krabi dan terus balik ke Johor Bahru


Perlis Indera kayangan
Alhamdulillah penutup 2018 saya dan suami berpeluang ke Perlis, Hatyai dan Krabi. Trip kali ini kami
buat lain sikit. Selalukan kalo asal oversea je kita naik flight kan tapi kali nih kitaorg decide naik kereta.

Mulanya takde plan pun nak ke mana ujung2 tahun ni.ingat nak lepak rumah je..
Tapi boleh pulak asben tertanya nak pergi mana besday awak kali nih.saya tanpa berfikir laju
mencadangkan apa kata kita buat roadtrip.Untuk roadtrip ni macam2 plan berubah. Asalnya route kitorg nak takdelah sampai Ke Thailand nun sana.

Mula2 plan nak buat Johor-→ Pahang → Terengganu Kelantan. Then tukar cadangan sebabnya takot banjir.hujung tahun kan..hahaha org lain relax je.kitorg je piker banjirlah apalah.. 😅

Then route kedua nak jalan2 utara je.Mungkin Kedah Pulau Pinang dan Perlis. Road trip ni takleh lama sangat sebab cuti kitorg tak bnyak,Kitorg cuma dapat peruntukkan dar 21 Dec – 25 Dec sahaja.so berapa hari lah sangat kan.campo perjalanan pergi balik dah berapa lama.Lagi pulak kitorg dari johor.Negeri jauh nun di selatan tanah air.hehe 💔

Road trip ni kitorg tak nak buat rush.Nak santai2 jer.Nak relax.Kalo lama cuti boleh lh cover satu
semenanjung..So kisah pun bermula. Saya plan nak ke kedah perlis dan penang. Tup tup lagi seminggu saya pikir-pikirjomlah Hatyai terus.alang2 dah sampai sana.bila lagi kan..pujuk2 tanya husband saya dia kata dia onz..👍👍👍👍

Saya teruslah cari hotel di Hatyai untuk hari sabtu tu 22 Dec 2018. Saya terus cari sebab bnyak saya baca asal Malaysia cuti jer penuh org Malaysia kat sana.so langkah selamat baik tempeh hotel siap2.takde lah berlengas nak cari kat sana nanti.

Pastuh saya pun x nak lah hotel tu jauh dari tempat2 shoping dan makan macam Le garden plaza hotel,kim Yong market dll..so cari2 punya cari jumpalah dan dapatlah Asian Hotel. Harga x mahal dalam rm140++ dan yang paling penting walking distance kat tempat2 saya sebut tadi. Tak nak lah
sampai kena naik kereta bagai kan… Nak sewa motor malaslah pulak sehari je.Nak naik tuk tuk saya x suka sangat sebab pernah naik dulu dah..panas.hahahaha


Bilik ok kemudahan semua pun ok



Akhirnya sebulat suara yg terkini sebelum memulakan perjalanan laluannya adalah Johor →Perlis → Hatyai → Kedah-→ Johor tapi guys baca lagi seterusnya sebab route ni berubah lagi…hahaha.

Saya tak tempeh hotel lain cuma tempeh hotel kat Hatyai je sebab husband ckp yg lain kita redah je mana tauu nt kita tiba2 tak jadi atau plan bertukar lagi sebab naik kereta kan mcm2 boleh jadi.lagipun
kitorg berdua je.Insya allah masih selesa.

tapi memang betul route berubah lagi di saat akhir.betul2 terjah je..huhu
betullah kata orang kita hanya merancang Allah yang menentukan
sambung baca kay...

No comments:

Post a Comment