Johor ->Melaka ->Perlis Indera kayangan
Perlis ->Hatyai
Roadtrip kami bermula pukul 5.am dari Skudai Johor.Malam tuh saya tak boleh tidur pulak.Adoi dah kenapa??orang tidorlah nyenyak2 esok nak jalan jauh kononya. Isi minyak full di Petronas skudai then berhenti di Pagoh dalam 6.30 untuk solat dan sarapan.
Teruskan perjalanan ke Melaka kerana husband ada urusan sekejap di Melaka pagi tuh.Settle semua urusan di Melaka dalam 10 lebih dan teruskan perjalanan.Cuma ada rehat sekejap,isi minyak dan berhenti solat di R&R Seremban,Sungai perak dan mana entah lagi.
Jauh jugak rasa..almaklumlah sesekali orang Selatan dtg utara..hehe
Nak dekat sampai perlis saya pun google
hotel.Saya cari hotel di Kangar. Nama hotel yang saya dapat tuh ialah De Mesra
Villa.Harga RM70 semalam..he oklah untuk bermalam sehari jer pun.Esok dah nak
ke Hatyai. J
Nak sampai ke perlis dan kedah tuh
lalu bnyak sawah padi.Ya Allah tenang
jer rasa. Subhanallah.Best memandu kat perlis tak bnyak kerete.Relax je rasa
Sampai hotel ni lebih kurang pukul 7 petang
dah maghrib dah..Omg letihnya.faktor kertu…but still excited.Lepas solat mandi2
wangi2 semua kitorg decide nak makan.tak ingat dah makan mana tapi kedai tu
okay sedap dan harga pun murah.Berbaloi
Sampai2 hotel lepak kejap .Malam keluar makan then lepas tu xtau nak pergi mana. Macam cepat betul malam kat Perlis nih. Ronda2 tanpa tujuan kitorg pun terus balik tido.nak ke kuala perlis malas mcm xpelah......Lagipun esok nak guna tenaga lagi Ke Hatyai.sedih pulak macam jadikan Perlis tempat persinggahan.huhu.
Awal pagi bangun2 checkout then terus cari sarapan. Banyak je kedai sarapan kat Perlis ni tapi saya cakap ngn husband saya nak warung biasa tapi nak tepi sawah.Nak makan nampak view sawah...hahahah jakun. Tak susah pun nak cari banyak je guys...melambak2
Tapi yang x bestnya kitorg kena dua cawan nescafe RM5.50..OMG macam mahal lah pulak..mungkin sebab tgok no plat kot atau kitorg ckp x ada loghat. tapi xpelah tak kisah halal sajae....
Then kitorg decide nak ke Padang Besar terus sebab tak nak lah lewat sangat kan sebab nanti masuk Hatyai lambat pulak.On the way tu kitorg singgah Empangan Timah Tasoh Perlis.
Biasa2 je view dia tapi saya suka..Bagi saya Perlis boleh naikkan tempat ni tapi yang jadi skrg tak terurus sgt.
![]() |
sebelum signboard ni lagi tau dah start queue... |
Then terus ke Padang besar.Apa lagi
shoping..Plan nya tak nak beli bnyak last2 banyak jugak angkut. Rambang mata
dan macam best semuanya.Semuanya mcm nak beli.huhu.So belum tukar duit Thailand
dah makin melayang RM.hahahhahaha
Selesai semua shoping walau hati rasa x
puas aktiviti shoping harus dihentikan.Duit belum tukar.Insuran belum buat.Semuanya belum.Lebih kurnag 11.30
kitorg settle semua shoping dan makan sikit2 kitorg bergerak isi minyak bagi
full lagi + beli isnuran bawak kereta+ tukar duit semua.
Nak buat insuran isi borang segala tok
nenek tak susah.Pergi je kedai ada papan tanda insuran Thailand nanti diorang terangkan dan ajar apa yg perlu
buat.Yang penting bawak geran kereta kay.kalau kereta lom abis bayar boleh je
bawak Salinan.masih diterima.
Insuran =RM 18
Isi boring =rm2 +2
Boring tm1 dan tm2 = rm6*2
Simcard = rm20(5 hari unlimited x silap)
Omg barisan dia punyalah panjang.mmg boleh balik rasa sape yg tak sabar.kitorg masuk dari padang besar je.
Kalau tak nak pening2 mcm saya suruh je
diorg settlekan.senang kerja.tapi boleh jugak kalau sesiapa rajin nak cari
bornag tu sendiri di imigrisen dia.Simcard pulak boleh je beli di 7E dia tapi
saya beli je terus sini sebab tak sabar2 nak on waze.hahaha
![]() |
Tuh dia ...dia punya beratur panjang |
Ok kat sini lah bermula kepayahan dan
kesungguhan.hahaha
Saya start beratur 11.30 settle semua dalam
pukul 3 bayangkan.lama x lama.lapar x lapar,hahahaha.selamat saya ada beli
tapai banyak.saya sejenis suka sangat tapai pulut.hehe.so ok lah taklah tension
sgt menunggu.lagipun beratur masih dalam kereta.huhu
Bila dah lepas cek imigrisen Malaysia kita
teruslah ke Imigrisen Thailand. Saya x selitkan duit tau boleh pulak imigrisen
thai tu mintak duit dengan saya dan husband.RM5 tau..benci..terang2 tulis no
tipping tapi ko mintak duit.Bila kitorg tak bagi dia x nak bagi passport
kitorg.Loh..kenapa teruk sekali tamak kauu?hahaha.
Settle urusan imigrisen kena ke kastam
pulak.Bawaklah geran insuran ko ke sini.Kat sini owner kena beratur ye.Saya
beratur kat sini tapi of courselah suami saya teman. Kat sini sekali lagi
memerluka kesabaran pegawai kastam tu satu hal.lepas sorang dia cop bagi masuk
dia mesti keluar minum air lah,borak ngn kawan2 dia lah, beli air lah.Ya Allah
dia mcm saje tau.siap ketawa2.pastuh masa nak cop kita punya yg sepatutnya
ambil masa kurang 5 minit boleh jadi 10 minit sebab dia tgok handphone
lah.apalah…..Memang kitorg kat luar tu dari geram dah jadi kan dia bahan lawak
sebab kelakar sangat.sampai dah boleh agak dah okay2 lepasni dia mesti bangun
pergi buat air..hahaha
Walau mcm manapun insiden dan hal2 yang
remeh dan agak menjengkelkan kitorg pun akhirnya secara rasmi dapat masuk ke
Thailad.Parking je kereta kat luar kay.sebab kat kawasan dia tuh mmg takde
tempat parking.Dah parking patah balik jaln kaki masuk ke kastam dia.huhu. Yang
saya pelik diorg mmg tak cek kereta eh?tak cek bonet..baru ku tauuu.masuk sajer….
Selit sekali lah minyak dan tol .untuk perkongsian dan tips
tol skudai ->ayer keroh = rm24.60
Tol Ayer keroh ->Juru = Rm 66.70
Tol Juru = RM13.00
Tol Jitra Utara rm1.60(serius tak tau exit mana dekat)
Minyak = RM105.20
No comments:
Post a Comment