Search This Blog

Sunday, December 1, 2019

Dari Krabi terus ke Skudai Johor

Sebelum bergerak balik ke pangkal jalan kitorang sarapan dulu kat Aonang.Hotel ni x ada breakfast x silap entahlah ke ada tapi saya lewat.....Masa breakfast kat area2 hotel ni ,saya bungkus gak.Nak buat makan dalam kereta nanti. Krabi ke Johor tak dekat guys..Doa sangat masa ni semoga semua urusan dipermudahkanNya.
sarapan pagi ...

makan dan bungkus pancake krabi yg org kata sodap..

Untuk review saya lagi suka hotel sebelum ni Aonang Eco In berbanding Hotel Alisa. Dahlah lagi mahal tapi tangga je..tak best. Pastu view x menarik. Nampak dari luar je mcm best.

Sebelum balik kitorang pulang motor. kemas2 dan balik.Goodbye Aonang ada masa kita ketemu lagi yer..



tandas di pam minyak dia bersih sangat compare ngn kita..selesa je sepanjang perjalanan

Siap semua kitorg meneruskan perjalanan. Kali ni ada lah few pam minyak kitorg singgah  sampailah ke tesco lotus besar kat area satun kitorang singgah. Masa ni barulah kitorg beli beras lah apalah nak abiskan duit thailand. Banyak kitorg beli.Mujur tak kena apa2 ngn imigrisen wang kelian.hahahaaha
Sebenarnya ada limit tau setiap orang boleh bawak berapa je KG beras. Alhamdulillah masa kitorg semua dipermudahkan.

Niat hati nak pergi Satun lah kedai2 kecik diorg, orang  cakap beras murah kan..tapi kitorg x jumpa lak.dan malas nak cari pun yer. Nampak Tesco lotus terus singgah je.Husband pun dah cakap banyak kali nak singgah tesco lotus. So jadilah ke sini jer buat abiskan duit bhat.

beli beras perabiskan duit bhat..beras dan pulut kat tesco lotus je..haahha

Oh sebelum tu kitorang singgah beli Nenas kat Trang. tak taulah murah ke mahal tapi bnyak sgt jual tepi jalan. Tak tahan tengok. Hati melambai2 suruh beli.so beli lah. Tapi kesimpulannya sampai johor pun sedap nenas nya. Manis betul.berbaloi2 beli.


tak tau murah ke x ..beli jer sebab beratur org jual.rugi x beli.tapi x menyesal beli memang sedap ya ampun.....

Then terus lah ke Imigrisen wang kelian.Em..Ya Allah senang sgt lalu sini.lenkali balik mmg nak lalu sini je lah. Sebelum sampai ke Wang kelian, area Wang Prachan kot iaitu kawasan thailand lagi saya perasan dari dalam kereta(tak sempat turun) barang2 yang dia jual murah2. Lagi murah dari kat padang besar dsb...Tapi saya x turun sebab kejar masa. Kitorg dah lambat takot border tutup. So lalu jelah. kalau korang2 nanti sampai sini awal jangan lupa tau singgah sini. Cuma area sini macam sunyi je.takot gak.

Welcome home...I love Malaysia.

Wang kelian sendiri pun sunyi. Agaknya lepas penemuan kubur tu semakin makin sunyi kot area sini. Dulu dengarnya tak lah sesunyi sekarang. Tapi saya suka pemandangan di sini. Start dari nak masuk Malaysia dari Thailand dah nampak cantik. Yer kawasan dia berbukit2 tau. Saya yg pencinta alam ni, nampak macam ni pun teruja tau. Untuk org lain mungkin rasa biasa2 jer.

Diingatkan kalau lalu sini memang kena extra careful tau sebab selekoh dia omg...memang seram. So just hati2 jangan laju2. kitorg masa tu dahlah dah nak gelap pastu ujan. Memang takot jugak. Alhamdulillah.

Kat perlis kitorg singgah beli pelam. Bukan pelam harum manis.Pelam biasa2 je tapi tetap manis.Oo lupa nak bgtau otw ke wang kelian tu kitorg singgah je masjid ke surau kat Thailand. Ok je.Banyak gak surau2 kecik kat selatan Thai.

Settle semua kitorg pun masuk lah PLUS. OMG jammed tak bergerak okay. Penat lah jugak.Masa tu dah pukul 6 lebih kot.Dari hotel before 10am kan..kitorg nak tak nak kena teruskan perjalanan sebab kitorg esok dah kerja..takkan nak ponteng2 kan.

Memang betul berjalan kalau jem mmg tak best. Sepanjang dari Krabi ke Perlis kitorg lom jumpa jem lagi.Syok je .Masuk PLUS merasa lah..huhuhu.Lagipun krismas kan masa nih.Malaysia cuti2.Memang expect pun jem

So kitorg jalan je lah slow2 singgah hentian takde air.OMG apa nih.teruk betul.Bukan nak puji tau Thailand punya toilet semua bersih belaka tau. Jauh beza ngn kita. Selesa je. Tak moden tapi bersih

Last sampai2 dekat penang kitorg exit jugak. Sebab mana leh jadi R&R takde air kan. Kebetulan tak jauh dari exit bertam ada tesco. So kitorg decide singgah Tesco je lah.Solat, makan sekali rehat semua. Kiranya recharge lah sebab jauh lagikan Johor. Dengan jalan jem ni tak taulah sampai kol berapa.

Pekena pasembor bagi segar biji mata

Tepat apa yang kitorg buat sebab sebab lepas je makan solat semua kat sini tenaga kitorg jadi full balik.Sebelum tu saya punya tenaga macam dah tinggal 30% je.Sekarang naik balik 70%.
Settle semua perjalanan diteruskan..

Tak bnyak berhenti dah.ye lah dah makan solat semua kan.
Cuma nak singgah Sungai buloh minum2 tapi sebab terlalu ramai kitorg tak jadi benti.Terus je sampai ke Dengkil kitorg beli Costa Coffee sorg satu. Masa tu dah pukul 12 am lebih.Nak bagi segar biji mata.


Last kitorg sampai Home Sweet Home lebih kurang pukul 4.30am. Esoknya masing2 kerja tau. Alhamdulillah x ponteng. Korang nak tau x dari Krabi ke Skudai saya x drive langsung. Husband saya 100% yg drive.

Kagum sangat dengan dia.Alhdulillah dia ok dan tak ngantuk. Saya risau sangat sebab husband saya jenis tidor cepat tau..Alhamulillah hari ni dia ok Berkali2 saya offer nak drive.dia tolak.Saya ok jer sebab saya mmg sejenis burung hantu..tapi org tak bagi saya lagi okay.hahaha

Kesimpulannya kitorg enjoy sgt roadtrip nih. Simple but very enjoyable. Tuhla birthday present saya tahun ni .Hadiah yang paling saya ingat dan bermakna untuk saya dari husband.Very meaningful untuk saya dan saya amat hargai.

  Roadtrip:  Johor - >Perlis ->Kedah>Skudai. --> PlanRoadtrip:  Johor - >Perlis ->Hatyai - > Krabi->Skudai. --> Actual trip



Saya sangat hargai dan sangat enjoy this trip start from before subuh  21 Dec dan tamat 26 Dec 2018 hampir subuh jugak. Memang jarang birthday saya dapat hadiah biasanya husband mesti bawak berjalan.Tapi ada jugak yg dia x bawak jalan sebab kena kerja kan..

So guys,kalau korang nak buat jugak trip macam ni.Saya sangat2 recommend. Raod trip ni sebenarnya dapat meningkatkan lagi kasih sayang dan persefaham sebab kita akan lebih berinteraksi.Ye lah kan takkan perjalanan jauh dok senyap je memanjang..hahahaha

No comments:

Post a Comment