Search This Blog

Friday, December 23, 2016

Shoping di Ho Chi Minh


Alhamdulillah dipermudahkan dan diberikan rezeki untuk kami pergi berjalan2 dan mencuci mata serta mengambil angin yang lain dari Malaysia

Tarikh 30 April betul2 lepas subuh saya ke airpot senai dihantar suami saya untuk ke bandar ho chi minh.sampai2 As dah tggu.Ingat saya lambat rupanya ada lagi yang lambat iaitu kawan saya Masriah.Kami pergi bertiga.Girls Trip.

Syukur xde apa yang terjadi sepanjang kami 4 hari 3 malam kat sana.walau pelbagai berita kurang elok kami dengar.Ada rakyat Malaysia dibunuh sebelum kami ke sana.Sehingga saya menaip sekarang masih xtau apa kesudahannya.

Flight delay masa pergi dan masa balik.Hadoi.Saya suka fly bagi saya mudah tapi kdg2 nak tggu masa departure lepas cek in sangat menyesakkan nafas.rasa mcm buang masa jer.tapi apakan daya tiada pilihan dan itu terbaik.
Ho Chi Minh kami dah sampai :)
Kami sampai2 je dalam pukul 11 masih awal.Hotel pun x boleh cek in.jadi kami tinggalkan je beg kat hotel tu suruh dia simpan.takkan nak kehulur hilir dengan beg tuh kan. So lepastu apa lagi mestilah makan kannn.lapar kot dan saya mesti makan sebelum pening.nanti menyusahkan orang atau mood sendiri ke laut
bersama aweks jual roti.sodappp dan murah
Makan kat Vietnam bagi saya mahal lah compare to Malaysia.Tapi normal lah kan negara bukan islam.nak cari makanan halal mestilah mahal.Tapi bagi saya x kisah mahal asal senang cari.Kebetulan hotel yang kami pilih memang kawasan tumpuan orang Malaysia.jadi senang je nak makan.banyak pilihan.pilih je mana nak dan pastinya sediakan wang yang cukup.

Selepas makan kami jalan di sekitar kedai2 situ.Jujur pertama kali jejak di area sini saya dapat rasakan yang kawasan ini kelihatan seperti di Malaysia.saling tak tumpah.dengan penuh rakyat kita je.Semua muka rakyat2 Malaysia. So dapatlah saya simpulkan di sini memang orang Malaysia lah yang memberi keuntungan pada rakyat Vietnam.

Penat berjalan di kedai sana sini.kami decide ke pasar bent than.kebetulan dah buka dan hati melonjak2 tak sabar nak masuk so misi diteruskan.kami x beli apapun hari pertama survey dan survey di pasar ini.


Tapi sebelum masuk ke hotel cek in saya beli seluar track Adidas tak ori yang harganya rm13 sahaja.
Kat Malaysia rasanya paling murah rm35.bnyak jugak saya beli seluar tuh .Alhamdulillah sampai sekarang saya pakai sebab memang selesa.Berbaloi2.

beli jugak beberapa tshirt Vietnam yang setiap sehelai berharga rm7 .kain dia boleh tahan jugak.nak cakap sedap sangat memang taklah.Berpatutan dengan harganya.
Em..xlupa telekung sebab saya tak bawak telekung sebab memang niat nak beli kat sini.RM30 x silap.Murah kan?Alhamduliilah
 
pasar malam dah nak buka.
Suasana sebelum pasar malam buka
Lepas cek in rehat sekejap dan petang keluar lagi.excited nak abiskan duit.hehe x lah excited nak beli barang yang perlu. hari pertama tuh jugak saya pergi pasar malam dia.



OMG happening sgt tauuuu.best + variety+ murah.mcm2 ada.sesiapa yang pergi sini kena pandai tawar.xpandai tawar menawar adalah satu kerugian. Dan anda kena tegas dgn apa yang anda nak.ingat!! beli apa yang anda nak aje jgn termakan pujukan dan godaan penjual.
antara contoh makanan diorg.
x banyak sgt kitorg amik gambar sebab excited tgok barang2 yang ada.semua tempat kami pergi.taklah besar sgt pun.lebih kurang mcmuptown dan downtown je pada saya.

Malam kami x berkahir di situ sahaja dan diteruskan ke kedai2  kerana dalam perjalan balik ke hotel pun masih banyak kedai yang buka dan pada waktu malam ditambah dengan orang awam yang berniaga tanpa lesen so pilihan makin banyak.Mereka berniaga dengan hanya membentangkan kain di jalan dan pada pemerhatian saya waktu malam harga lebih murah sikit berbanding siang kerana persaingan yang agak dahsyat sesama mereka.so jangan malu jangan segan tawarlah selagi anda rasa boleh.

Hari ke dua kami masih sama projek mencari barang terkumpul tetapi jajahan diperluaskan lagi sehingga ke kawasan yang kami mampu pergi.Kami jalan kaki sahaja.Antaranya kami ke saigon square ,kedai homemade beg kulit dan bnyak lagi.agak jauh kami berjalan kerana keseronokan dan keasyikan.cewah ayatπŸ˜…πŸ˜…

Malam aktiviti yang sama cuma maalm nih kami x survey2 dah kami beli terus kerana esok satu hari suntuk kami akan ikut trip ke Sungai Mekong so ditakuti dah xde masa nak shoping.
Esoknya kami nak balik dah pagi2.so apa yang dihajati kami cuba beli dan cari pada hari ini.

ohh 1 tips pada saya x payahlah tukar USD bnyak2 kerana RM laku di sana.Last but not least tgoklah separuh hasil shoping kami pada hari kedua.Ada satu hari lagi untuk shoping.yehaaaaaa

Kaya orang Vietnam kalo gini...haha

Nanti nak cerita pasal Sungai Mekong.Insha Allah kalau rajin dan dilapangkan masa.






2 comments:

  1. Nak tau cerita pasal sg mekong jgk..jgn lupe coretkn tau kak..😁

    ReplyDelete
  2. hehe mas nak tau.kan mas terlibat di hari kejadian.hehe.in sha Allah kalo dilapangkan masa dan rajin nt saya continue

    ReplyDelete