Tanah Lot BALI |
26 Oct 2016 saya dan suami telah
pergi ke Bali Indonesia. Percutian yang dirancang sepenuhnya oleh saya. Percutian syok sendiri sebab mula2 dia
mcm x nak pergi tapi selepas saya pujuk2 baru dia on. Huhu..kesian
saya.:P
em…kenapa saya pilih bali? Nak
cakap tempat nih mmg idaman saya. Taklah jugak.Tapi Saya baca review dari
ramai2 blogger2 mcm best sgt Bali. mcm ada sesuatu di Bali yang buat orang dah
datang nak datang lagi. ITULAH DENGAR2 NYA. Lagipun saya suka Indonesia tak tau
kenapa. mungkin dekat dengan diri saya dan sesuai dengan selera saya kot.
Jangan tak tau Indonesia tempat dia cantik2 tau.Setiap tempat unik dan ada identity
tersendiri. Saya baca jer.pergi semua belum lagi.hahahhaa
Pertama kali kami menggunakan
perkhidmatan Malindo air. Nak ke Bali nih leceh sebab tiada penerbangan direct
dari Johor Bahru baik MAS @ Air asia atau lain2. Nak x nak kena ke KLIA. Jadi
kami decide naik bus terus ke KLIA. Cari punya cari kami decide try naik bus
yoyo. Nak naik flight mahal lah pulak dari jb ke kl sebab masa dah suntuk kan.
Suka tau buat kerja plast minute..lols. Nak naik kereta malas nak drive.hehe.Sebenanrnya
kalo naik kereta ok jer kami salu tinggal keta di Putrajaya central. SELALU? EH?
mcm selalu je ko g oversea atau naik kapal terbang saha oii.hahahaha
Semua ok.semua puas hati.👍👍👍 |
OK Cerita pasal bus yoyo yang
kami naik tuh. Alhamdulillah bus ok. Kami selesa tidor. Eh suami saya lah yg
tido nyenyak .saya takleh tido. Mcm biasa saya bukan jenis yang senang lelap
berbeza ngn dia asal letak kepala je padam.hehe … kami naik bus ke KLIA yang
paling lewat sekali pukul 1 pagi dari terminal TUTA. lebih kurang 8 minit dari
rumah saya. So memang sesuailah kan.tak payah jauh2.Thank you for my brother yg
hantar pagi2 buta tuh. Esok dia kerja padahal.kesian dia..huhu
Sampai di KLIA lebih kurang 5.30
pagi. Solat subuh makan dan jalan2. Flight lebih kurang pukul 9.30 pagi.
Overall naik malindo nih experience yg memuaskan bagi saya..masa kami naik
malindo nih luggage free and include meals. Ok lah semuanya lancar dan kami sampai
lebih kurang pukul 1ptg.Selesai semua imigresen dekat pukul 3 kot.Nih anggaran
je ye, agak2 je k.
Walau x tido ..x rasa ngantuk sebab semangat.hahaha |
OK Settle keluar terus cari pak
supir kami .yeay mudah senang nak kenal sebab dia ada bawak papan tanda yg ada
nama kami. macam biasa lah kan. semua tempat mcm tuh.tul x?
Ok fisrt thing mestilah makan
kan.tak lapar sgt tp dah tghari kan makan je lah.apa2 pun makan dulu.tuh
penting.hahahaa Nak check in pun belum boleh lagi sebab pukul 3 baru leh cek
in.kami makan di ayam tulang lunak malioboro.Ok sedap tapi macam mahal je kami
rasa.ayam dia besar sangat.saya makan x abis tapi sedap dan pedas.ayam dia
takde tulang.makanlah sehingga ke titisan akhir.
ayam dia besar sgt...ke saya je rasa besar? |
Lepas je makan kami terus cek in
.Park regis Kuta Hotel.Boleh tahan lah hotel nih.kami stay 3 malam di sini.No
pindah2.selalu kami suka pindah2 hotel tapi kali nih kami decide tak
pindah2.Stay satu hotel je.Lagipun pada kami harga dia dah berbaloi .RM350++
for three days. Murah x ? kami booking
di agoda sesauilah dengan harga dia dan sesuai dengan kami percutian budget
..hehee
Cek in kami rehat2 mandi +
segarkan badan .Dalam pukul 4 lebih pak supir akan bawak kami ke tanah Lot.So
Tanah lot lah jadi tempat pertama yang kami pergi. Subhanallah tak terungkap
dengan kata2 yer dia punya lawa.Lawa sangat ditambah dengan suasana matahari
nak terbenam.
Tak puas sebenanrnya kami kat
sini sebab pak supir tuh asyik cakap cepat2 kena balik cepat nanti macet.lol
tak puas tau saya menghayati pemandangan yang super indah tuh.balik saya nak
tgok tshirt2 kat sana pun dia cakap “jangan tengok nanti kita pergi tempat lain
tengok tshirt yer.”Huarghhhh sedih.
supir kami.muda je uolss.rasa baya2 saya jer |
So start saat tuh saya dah rasa
pak supir nih mesti jenis nak cepat jer.last2 dah lama baru saya tau dia nih
jenis tak suka jem.kalo tak suka drive jem.awak x sesuai kot jadi supir sebab
jalan di bali semua macet terutama di kwsn perlancongan.hahaha hamik ko sekali
aku bebel. Tapi nih jelah yg kurang kat pak supir nih.yang lain semua ok
terbaikkk
Punyalah ramai umat manusia..susah gak nak amik gambar |
nak amik gambar tapi mesti ada gambar orang lain.hahahaha |
Oh Lupa nak bgtau on the way dari
hotel ke Tanah lot nih jauh jugak perjalanan dia atau tak jauh sangat kot tapi disebabkan
jalan dia kecik dan jem jadi perjalanan memakan
masa yang lama. Saya dan suami kan tak tidor betul kan semalaman dah
tersengguk2 kitorg dalam van.saya tahankan mata supaya tak terlelap sebab
sayang rasanya kalau2 terlepas peluang melihat pemandangan yang cantic
sepanjang ke sini.
Malam sebelum balik kami singgah
solat di masjid.Pak supir bawak tapi x ingat ap
a nama masjid dia.:)Sampai hotel
dah pukul 9.hamik kauuu dia punya jem kannnn.Malam tuh kami bungkus aje sebab
tak larat makan kat luar.takot tertidor atas meja.hahahahaha
Itulah cerita kami Ke bali for
first day oh lupa malam2 kami melilau berjalan di Kuta.Inilah dia antara kenangan yang saya ingat hari pertama di Bali.:)
No comments:
Post a Comment