Search This Blog

Friday, February 3, 2017

Sarapan halal di Bali Indonesia


Hari ke dua di bali.kami x sarapan sebab ingatkan on the way tuh kitorg nak suruh pak supir cari warung atau kedai2 untuk breakfast. malang sekali punya malang pak supir tu tak tau kedai halal untuk bersarapan. dia cakap susah nak cari dan xder rasanay. adoiiii kelaparan lah kami nak tggu lunch sebab mengikut perancangan pak supir kami akan lunch di Gunung Kintamani dan nak sampai ke Gunung Kintamani akan ada banyak persinggahan.

Kami memang tak ambil pakej sarapan di hotel sebab kami risau x halal.walaupun masa nak cek in pihak hotel memberi diskaun gile2 untuk kami ambil pakej with breakfast. kami tetap x ambil dan berharap senang untuk mencari sarapan di sini. RUPANYA TIDAK.

Rupanya bali tak sama macam kat tempat kita di mana ada kedai atau warung2 tepi jalan jual sarapan yang mudah didapati.kalau mengikut pak supir tuh ada memang ada tapi dia bimbang x halal.so kami pun x nak ambil risiko. ikut je lah cakap pak supir…atauuu jgn2 ada je tapi pak supir tuh yang malas nak bawak kami.sebab pak supir nih jenis orang tak suka patah2 balik jalannya.Huarghhhhhhhhhhhhh lapar.walaupun ada beli roti dan biskut x sama sebab nak tggu sampai ke gunung kintamani jauh sungguh.memang berkeroncong berzapin lah perut. Actually sebelum keluar tuh kami dah makan biskut n minum nescafe and coffe3 in 1 tapi ttp lapar. mungkin kerana kami jenis ambil heavy breakfast.

Ok stop cerita pasal breakfast di bali kita cerita pasal tempat2 yang kami kunjungi pada hari kedua.first stop adalah menonton barong dance di batu Bulan. yang ini bagi saya nak pergi pun ok tak pergi pun x menyesal. saya masa kat sini x sabar nak tggu bila show nak abes. orang ketawa saya blur.hahaha tapi not bad if uolls type of org2 yang suka tengok persembahan.dia ada babak yang kelakar jugak.

Masa saya pergi tuh kan ramai sangat pelajar dari universiti di jawa tengah datang dan tengok sekali.diorang bayar tak tiket ye?saya x nmpak pulak diorg beratur atau diorang dah bayar siap2.#sajenaktau.

Sebenarnya kan pada saya persembahan dia sangat biasa2 dan x lah best sangat tapi apa yang kita patut contohi ialah sikap diorang yang bangga dan yakin untuk memperkenalkan seni mereka di kalangan pelancong asing. So same goes to kita yang ada mak yong, boria pulau pinang, kuda kepang, zapindan banyak lagi. kenapa kita biarkan seni2 nih berkubur dan terbiar. Biasa pada kita mungkin luar biasa bagi sesetengah orang.
Ramai sangat pelajar2 dari universiti di jawa tengah.

Sebelum persembahan bermula
Then kitorg pergi ke tempat silver + kain batik dll.pada saya nih buang masa tp pak supir tuh suruh pergi maka saya malas nak pk sgt. pergijelah and the best part on the way ke sini lalu sikit2 kwsn kampong so saya suka lah pemandangan dia dan bolehlah tau rumah2 diorg kat kampong camner. tak semua susah di sana dan x semua senang di sana. ketaksaman agak ketara.

Dah pergi semua tempat pak supir cakap nak bawak kami tgok kayu ukir2.Disebabkan perut dah terlalu lapar dan keadaan masa tuh agak borink serta jauh lagi perjalanan laju je husband cakap xpayahlah pak..nanti tengok2 bukan boleh bawak balik pun.nanti bikin sakit hati jer” maka kami pun x pergi.tapi kami ada pergi jugak tgok lukisan dan painting.Ha….yang nih jgn ditinggalkan perlu pergi ye.Lukisannya cantik2 dan penuh seni.

No comments:

Post a Comment