Search This Blog

Friday, August 17, 2018

Grand Lexis Port Disckson - Recommend for family vacation and romantic gateway💖



Saya memang dah lama nak try stay hotel ini. Nak rasa mcm mana rasa dia duduk hotel ada private pool. lama jugak usya laman web dia.baca cerita orang stay sana semua. Dulu awal kahwin pernah pergi sekali masa tu baru lagi.x macam sekarang macam2 ada.

Lama saya riki2 harga mana lah tau ada promosi kan.saya memang plan kalau ke sini nak bawak mak ayah saya sekali sebab katil dia ada dua king kan.sesuai lah.beramai2 meriah sikit.barulah berbaloi bayar .

Sehingga lah satu hari masa tu musim matta fair. Buka2 laman web Grand Lexis pd rupanya diorg pun buat promosi matta fair so saya apalagi nak booking lah terus. Tapi jadi saya walaupun booking ke apa ke mana pergi pun walau pakai duit saya sepenuhnya saya tetap tanya husband saya dulu. kalau dia cakap ok saya barulah proceed booking.👍👍 Kalau dia cakap x perlu atau jangan mengada2 so saya mereput je lah x booking2😔😔

Alhamdulillah selepas puas meyakinkan big bos tak membazir dan ini memang saya plan lama dah dan dah save pun duit bonus arituh dia pun ok je lah.

Hrga dia agak murah bagi saya compare to original price ditambah pulak bilik besar .Katil pun ada dua king so bolehlah bawak mak ayah saya sekali.Kalau pergi hotel lain pun kena bayar dua bilik dah lebih kurang sama je ngn harga bilik kat grand lexis nih. So pada saya berbaloi2 lah.Cumanya voucher ni kena guna hari biasa.(Isnin- Jumaat). 

Kitorg sepakat pergi pada 6 July 2018. Kebetulan masa tuh pun musim raya lagi walau dah hujung2. jadinya alang2 bolehlah singgah rumah pakcik dan makcik saya di Selangor dan negeri Sembilan.
Dari rumah dalam pukul 10.singgah minum dan makan di ayer keroh.then sampai macam awal.check in pukul 4 x silap.Kitorang pun plan jalan2 area teluk kemang .Lunch semua sana..Lama giler rasanya x pergi area teluk kemang .dulu masa kecik2 selalu jugak pergi sini ada nenek saudara duduk sini.skrg dah meninggal rumah pun dah roboh tapi kitorg melawat jugak tapak rumah.

Pukul 3 lebih just nice kitorg sampai hotel grand lexis tuh.Check in process smooth jugak walau masa kitorg sampai ada rombongan dari negara China sekali sampai.OMG bisingya…Deposit jgn lupa.tak silap RM 100.

Selesai semua urusan check in kitorg pun nak ke bilik.Mula2 kitorg tempeh bilik biasa je.Deluxe suite garden living tapi diorg bermurah hati upgrade ke bilik Grand Pool villa.Berbaloi2.hehe.Bilik dia ada macam2 guys check betul2 yang mana sesuai sebelum booking .Ada 3 kategori above the sea, garden living, sky living.(Boleh baca kat laman web dia).

Nak kesana kena naik buggy.kitorg tak leh naik buggy yg kecik kena naik buggy yg besar.bukan sebab org je tapi sebab barang banyak betul. apa je lah kitorg bawak.hehe😜

Sampai2 masuk bilik kitorg makan 2 dulu.apa yang kitorg tapau kena makan dulu.buat air panas semua.Then barulah mandi.lamanya berendam tapi x pandai2 berenang.hahahaha

Malam lepas settle semua pergi makan .sebelum masuk bilik kitorg jalan sekitar hotel tuh.cantik waktu malam tenang je rasa.malam tu tido dalam 12 lebih jugak sebab badan saya dah mula sakit2.sakit sangat sampai tidur pun terbangun2 .sejenis jakun.

Pagi macam biasa breakfast jalan2 bawak budak bertuah Harraz jalan2 kat hotel then masuk bilik sambung lagi mandi dan mandi aka berendam.Sedar x sedar dah nak dekat pukul 12 .masa untuk berkemas dan balik.huhu..sedih x puas.

Kesimpulannya bagi saya stay di sini agak berbaloi dengan harganya.bilik yang besar dengan private pool.staff yang friendly.Perkihdmatan buggy yang cepat dan tak membuatkan kita menunggu lama.telefon sekarang x sampai 5 minit dah sampai.bagi saya buggy nih penting jugak since saya bawak mak ayah saya kan.xdelah diorg jalan jauh dan tuggu lama.Alhamdulillah.Overall saya bagi 4 per lima bintang.⭐⭐⭐⭐.


No comments:

Post a Comment