Search This Blog

Sunday, September 2, 2018

Sehari di Lake Toya, Mount Usu dan Noboribetsu Hot Spring aka Hell Valley Hokkaido


Plan today ->Sapporo ke Lake Toya + Mount Usu + Noboribetsu ->Chitose
Hari ni pagi2 lagi kitorang dah check out dari hotel kitorang di Sapporo sebab nya hari ni kitorang plan nak ke Lake Toya ,Mount Usu dan Noboribetsu.Selamat tinggal Sapporo City ada jodoh kita berjumpa lagi  😢

Kitorang gerak dalam pukul 7am.Pukul 7am waktu Japan lebih kurang pukul 6 waktu Malaysia tau...huargh ngantok.

First destination ialah Lake Toya. Nak sampai ke sini pemandangan lawa dan mendamaikan.On the way tu kalau bolehlah jangan lah tidor sebab tepi highway kalau korang alert dan perhatikan betul2 boleh nampak rusa dan beruang.tak tau lah beruang ke apa tapi binatang yang saya nampak jauhhhh tu besar sangat..👹👹.so guys jangan tidor, Nikmati sebaiknya perjalanan anda.kalau nak tido..duduk bilik je lah:P

Sebelum sampai ke Lake Toya dan kawasan sewaktu dengannya kitorang singgah makan.Makan di R&R Mount Usu. Walau hanya R&R tetapi saya rasakan ia seperti kawasan perlancongan.Cantik sangat..rasa macam nak ambil gambar kat semua tempat.Bersih + relax = cool. Atau mungkin saya yang terlebih jakun. Bayangkan nak makan pun best je menikmati view dia.Ish tak tau lah nak describe rasa best dia.rasa relax dan tenang dia.

nih la view dia...Syok menikmati udon and green tea mengadap view nih..hahaha sesekali kasi jakun sikit :P

Nih kat luar R&R

bayangkan betapa tebal salji dia sampai kena sodok

Sesudah makan kitorang teruskan perjalanan ke Lake Toya.Subhanallah tak tau nak ckp mcm mana lawa dia.Best.Tapi pergi waktu winter pemandangan dia agak terhad. So siapa2 yang pergi bukan waktu winter saya sangat2 suggest jangan lupa ke sini.Tapi kalau datang waktu winter pun best.Tak ada salahnya.Keadaan dan pemandangan tetap mengujakan.Ada mcm2 permainan boleh main kat sini.



Antara permainan yang ada.Pilih saje dan sediakan yen nya..


Tinggi kan salji dia...tenggelam kasut

Lake Toya

Lepas ke Lake Toya berdekatan dia adalah Mount Usu.So guys jgn tak pergi sini pulak.serius tak akan menyesal kalau ke sini.Kat sini ada bnyak aktiviti jugak.Saya sempat lah main beberapa permainan.Cantik dari sini boleh nampak sepenuhnya Lake Toya

kat sini dia bagi pakai baju tu kalo x silap..sebab sejuk ya ampunn kat sini.tapi xder kot yang pakai masing2 kan dah berjaket bagai...

kat sini nak naik mount Usu tu kena naik ropeway. Tak silap dalam 1500 yen sorang pergi balik.Saya kat sini main snow board je..hehe

dah naik kat atas ni bolehlah tengok video.Dia ceritakan pasal sejarah gunung berapi dll...

Tak ingat dah ni Sebelum naik atas ke kat atas

Ada nampak macam tour guide x ke cikgu sekolah?hahaha

Dalam ropeway

Pemandangan dari ropeway

yg warna kuning tu lah kitorg naik
eh eh sis x tido khemah...hahahhaa
Bye Bye Mount Usu...ha sebenier  agak murah2 kat sini berbanding tempat lain.bolehla beli satu dua

Last sebelum balik kitorg singgah Noboribetsu Hot Spring.Ni pun mesti pergi tau.Tapi sayangnya masa kitorg sampai tu Ya Allah punya lah ramai umat manusia jadi susah sikit nak feel nak ambil gambar sebab ramaiiiii sangat org.Banyak bus pelancong kat sini.So maksudnya kalau ambil package travel ni antara tempat yang biasa orang pergi lah...

Noboribetsu  atau dikenal hall valley tempat kolam air panas.Macam biasa bau sulphur sangat kuat kat sini..so korang jangan gadoh pulak ingat partner yang kentut.hahahahha.
Salji lebat kat sini..jalan licin sangat..bau x sedap.tapi korang kena g sini sebab ada onsen .kalau nak rendam2 kaki pun boleh.kena naik atas lagi lahh.

Jalan kaki atas sikit ada kolam kecik je dan ada air panas .Suhu dia 50 degree celcius

Tengok salji jatuh banyak giler...masa ni dah x jakun dah..hahahaha.Nak cakap pun susah.Memang salji laju turun 

Ceh...acah2 paham :P

Tengok punya ramai umat manusia...


Sekeping lagi sebelum balik

Macam biasa winter kan cepat gelap kan...so kitorg pun x dapat explore sangat. Adalah sangat dinasihatkan kalau korang nak relax2 lepak sini bermalam lah kat area sini.so x terkejar2 sangat.Banyak hotel area sini.Stay sini then dari sini boleh ke lake toya ke mount usu dll..

 Lagi satu saya sarankan stay  hotel area sini sebab air panas semulajadi ni disalurkan di kebanyakan hotel di sini.So siapa2 yang nak rasa betul2 lepak santai boleh check in sini Then kalau korang ada masa lagi boleh pergi Noboribetsu Bear Park saya x sempat pergi ..huhu



 Balik dari sini dah penat dan lapar giler so kitorg decide terus ke Chitose sebab macam x jumpa kedai makan halal area sini.Tak jauh pun dari sini ke Chitose. Entahlah ek sebab saya rasa kejap je dah sampai...

Malam ini kitorg dah x stay Sapporo .Kitorang decide stay Chitose saja sebab hari last kan.Esok kitorang balik Malaysia Flight pagi. So stay chitose sebab nak mudah. Nanti saya share kedai makan yang saya makan kat sana dan hotel apa yang saya stay di Chitose.Ha ....paling best sekali malam tu before check in hotel kitorang pergi shoping....tak shoping pun cuci mata jer:P.



No comments:

Post a Comment