Search This Blog

Thursday, March 2, 2017

Sekejapan Tegalalang Rice Terrace Ubud




 Actually Tegalalang nih mmg agak dekat je lah ngn Gunung Kintamani.Eh dekat ke ek?ke  tak dekat sangat tapi adalah dalam 1 jam kot.kami pergi ke sini on the way balik dari  gunung kintamani.Korang boleh pilih sama ada nak pergi  waktu balik ke waktu pergi sebab  ia terletak di pinggir jalan utama menuju ke Kintamani .Macam saya, saya pilih masa balik. 

Nak dijadikan cerita  tak tulah rezeki ke nasib kurang baik ke apa dalam perjalanan ke sini kami telah bertembung dengan upacara kematian waga hindu di bali.so uols plan lah dengan sebaiknya.expect for delay yer kalo g mana2 destinasi di bali sebabnya jalan kat sini kdg2 ditutup kerana upacara keagamaan diorg.Diorg kat sini alim.:)

Mulanya kami tak tahu apa tapi kenapa jalan nih macam kereta x boleh jalan.jalan sikit dan asyiklah berhenti.lama pulak tuh.Fe dup jugak.tapi saya kalo tgh berjalan fed up pun x rasa tau.kalo berjalan biasanya mood saya nih baik2 ajer.Tapi saya syak nih mesti ada apa2 upacara nih.

Selang berapa minit antara jalan tak jalan tuh kami nampak sekumpulan orang, macam satu kampong keluar berarak.Yang perempuan siap berkebaya lace dan yang lelaki berbaju putih kebanyakannya.Jalan depan lagi sikit Nampak macam ada dalam 4 orang ke 6 orang menjulang keranda.

Yang peliknya diorg tak mcm sedih.mcm happy .macam menyambut perayaan.Keranda tuh ditolak ke kiri ke kanan.mcm2 gaya jugak saya tengok.Mengikut pak supir tradisi diorg kalo ada org kampong meninggal biasanya satu kampong akan berarak sampai ke tempat persemadian atau tempat dibakar.


Alrite…berbalik kepadat tegalalang Rice Terrace yang terletak tidak jauh dari pusat bandar Ubud. Apa yang boleh saya katakan suasana di sini sangat cantik. Padi di tanam secara bertingkat-tingkat.Sangat cantik dan kemas. Pada saya ia sesautu yg unik.Mungkin banyak padi yang ditanam mcm nih di bali tapi saya rasa di sini mejadi tumpuan sebab dia merupakan jalan utama.sangat senang nak pergi.naik motor pun boleh.nanti ada rezeki saya ke bali lagi saya nak merempit.In shaa Allah .


Kawasan tanaman padi nih taklah terlalu luas .dia padat dan kecik jadi saya rasa sebab tu ditanam secara bertingkat.Memaksimumkan penggunaan ruang.BIJAK.Kat sini susah nak parking.always full.sebab tuh saya cakap next time saya pergi saya nak merempit jer.hehe.macam lagi mudah.Ada bayaran parking dikenakan tapi saya x ingat berapa.

Kat sini xde nak buat apa melainkan menikmati pemandangan.tapi kalo uolss kuat sila lah pergi di lereng2 bukit tuh.mesti menarik.mcm saya ,saya x pergi.hehe.saya menikmati pemandangan dari atas je.
Em..bagi sesiapa yang nak shoping kat sini saya rasa best sebab sekali lalu saya tengok banyak barangan unik dan rare ada dijual di sini.Macam2 tau.Best tapi malangya saya x dapat pun singgah sebab pak supir saya tuh nak cepat …huhuhu sedihnyaaaa.Banyak sangat barang hiasan rumah.bestnya kannnn


Kat sini pun ada kedai kopi kalau2 siapa nak mengopi sambal menikmati pemandangan yang superb. Tapi ingat tau uolss cantik bagi saya mungkin biasa2 bagi korg. Setiap org tak sama kan citarasa. Mcm saya mmg sukakan nature.so saya rasa agak cantic lah. Yelah x bnyak tempat yg saya dapat pergi tp nih antara tempat yg saya pergi dan cantik. So x rugi tau kalo dah sampai bali korg dtg sini...

Tuesday, February 21, 2017

Kopi Luwak dan Gunung Kintamani

Gunung Kintamani

Bersambung lagi pada hari kedua :). Perjalanan tetap diteruskan walaupun perut kelaparan. Sebenarnya taklah lapar mana nak ikutkan sebab before pergi tuh kan dah mInum nescafe 3in1 makan roti dan biskut.hehe

Tapi being me yang suka dan kuat makan terasa lapar lah nak tggu lunch.Pemandangan sepanjang perjalanan cantik so saya boleh bertahan. bygkan kalau pemandangan x cantik mesti ada sedikt amukan di situ..hahahah teroknya lah perangai ko saha:P

Sebelum ke gunung kintamani pak supir bawak kami ke ladang kopi luwak.pergh sila pergi ye kawan2 kalau nak merasa satu kelainan.ladangnya besar dan agak berbukit dan bertangga.kena kuat sikitlah tau.tapi ok je sebab saya yg kelaparan pun lepas je jalan kat sini .hehe

Tengok nampak macam panas kan..tapi sebenarnya percayalah x panas pun.
Kat sini kita belajar dan tengok macam mana proses pembuatan kopi luwak. dia ajar dan tunjuk dari a-z.dia bawak tengok musang2nya. Walaupun jauh kena menapak tapi percayalah x penat malah berbaloi sebab suasana tenang cuaca sejuk.nyaman je rasa.
Tgok muka saya senyum kan.maksudnya x penat lah tuh

Disni juga disediakan  air pelbagai perisa dan khasiat .dalam 12 cawan jugak lah. free je. nak minum sila minum.x nak minum pun boleh.setiap cawan lain rasa dan khasiat. saya rasa semua.hahahaha.mujur x sakit perut tapi dalam banyak2 air tuh, xtaulah air yg mana terus buat saya rasa bertenaga sekali.kihkihkih.lupa saya lapar:P

Air percuma dihidangkan pasnih kalo suka boleh lah beli :)





kat sini x nak minum air dia pun xper.boleh je order kopi
Selesai semua tuh dia bawak kami ke gallery jualan.mula2 dia tunjuk je dan bagi kita rasa leapstuh dia bawak ke galeri sini dan belilah kita di sini.Tak beli pun xper.dia x marah pun.dia x memaksa pun.diorg ok je.Tapi ok jugak cara diorg berjual beli diorg promote kasi free2 minum dulu.pastuh nak beli sila beli x beli xper.kreatif kan dari dia merepek2 tapi takde sample.Yg air sample pun penuh gak 1 cawan.agak kreatif dan berusaha diorg di sini.


Saya pulak mula2 mmg tak nak beli,last2 saya beli jugak.apa je lah yang saya beli sampaikan saya habis lebih kurang 350 000 rupiah.kah kah kah.saha kenapa kau beli?bukankah ko pengembara bajet?kah kah kah.350 000 rupiah bersamaan lebih kurang rm120.saya beli excited pakainya gunanya belum lagi sampai skrg.hehe
kat sini pun ku beli..haha dasar pembeli


Tak lama sangat di sini.mungkin tak sampai 1 jam.perjalanan diteruskan ke destinasi utama.Gunung Kintamani. Sampai je sini saya macam teringat2 tangkuban perahu lak. Suasana dia seakan2 tangkuban perahu di tambah dengan cuaca yg sama.nyaman .tapi x lah sejuk sangat .xpayah pakai sweater bagai kot.suhu dia ok2 jer.boleh tahan.

 gamabr tak cantik sgt sebab ambil pakai npon samsung sahaja.tapi yg sebenarnya superb tauu.

 setuju kan Indon mmg bnyak tampat cantik2
kedai jualan banyak tau kat sini.

Pemandangan cantik..cantik sangat.Pak supir turunkan kitorg kat satu kawasan. Kira mcm hot spot lah untuk bergambar + ambil angin+ tengok2 view.lama jugak kat sini kami lepak. Dalam masa kami lepak tuh ada lah penjual2 warga Indonesia jual mcm2 kat saya dari tshirt sampailah ke perhiasan2.tapi kenapa entah saya x beli.tak digerakkan hati kot.padahal murah tau diorg jual.takpelah xada rezeki mereka2.lagipun saya mmg amik masa tuh untuk menikmati pemandanga so apa2 org jual mmg saya x layan.Terlalu cantic sehinggakan tiada masa untuk membeli. Subhanallah.


 terlalu cantik untuk disiakan dengan beli barang sahaja



Pak supir yang ambil ni 





Tiba masa yang dinanti2kan sampai masa untuk lunch.Alhamdulillah.sila lah isi perut sepenuh boleh.Restoran nih buffet style makan je apa yang nak.sedap2 di sini.saya tak tau lah dalam bnyak2 makanan dia pisang goring dia sedap sangat.berapa kali saya dok mengulang ambil pisang goring dia.Sehinggkan pelayan tuh bawak kan semangkuk pisang goring panas untuk saya.”Dia cakap suka sangat kamu inikan saya ambilkan kamu” wah2 bestnyaa…malu pun ada.hahaha.Makanan dia pelbagai ada satay + nasi+lauk pauk+ simple western dan bnyak lagi.Makan je apa nak yer.Bayaran dia saya xingat berapa.

Dekat restoran ni jugak disediakan surau. Surau dia sangat selesa semua kemudahan ada.tempat mengambil wudhu yang dekat,telekung sejadah semua ada.Alhamdulillah.Semasa nak pilih makan kat sini kami diberikan dua option.memang ada 2 restoran je kat sini.Mengikut pak supir dua restoran ini dua2 hala tapi pilihan dia camnih:

  • Restoran pertama  = pemandangan sangat cantic dan berlatarbelakangkan gunung kintamani .mmg   cantiklah kalo makan kat sini.view cantik kan.Straight mengadap Gunung Kintamani.Halal tapi tak ada pengesahan sijil halal dari Halal Indonesia
  • Restoran kedua = pemandangan tak cantic sangat biasa2 je sebab tak straight mengadap gunung kintamani.Halal dan ada pengesahan sijil halal 


So sebulat suara diambil kami pilih restoran ke dua.takpelah x cantic tapi kami yakin.InsyaAllah.tapi pada siapa2 nak makan kat restoran pertama boleh je kot saya x cakap x boleh. Lama jugak kami di sini makan dah 1 jam kot + rehat + solat lagi.mmg lama.ditambah kat sini saya boleh pulak sakit perut.so 3 hinnga 4 kali jugak saya ke tandas.Alhamdulillah perut saya tahu Bahasa dia sakit masa saya kat restoran bukan dalam kereta atau tempat susah cari toilet.hikhikhik



Sesudah urusan semua selesai di sini kami ambil2 gambar2 ,lepak2 lagi dan siap semua terus naik van untuk meneruskan perjalanan ke Tegalalang Rice Terrace Ubud