Search This Blog

Monday, May 7, 2018

Apa yang saya bawak ke sapporo ketika bercuti musim sejuk

lepas dh decide nak pergi bercuti waktu musim sejuk banyak tau persiapan dia. bukan boleh main pergi jer. banyak jugak nak kena melaburkan duit.huhu.
sebab takut nanti terkejut pulak sampai sana.Dari nak berjalan last2 duduk berselubung je kat bilik.kan membazir.sedih jer nanti.😢

so nak kekal selesa kat sana dengan suhu dia yg -ve.tak nak demam.tak nak x ada mood.saya terpaksa melengkapkan diri saya dengan benda2 nih.serius benda ni tak boleh main2 tau.

kalau org dah biasa tuh mungkin xper kot.mcm saya first time nak merasa so saya lengkapkan selagi boleh.ye lah biasa suhu kat malaysia paling sejuk berapa je kan.kat sapporo sampai -ve belas2 tau uols.

Heattech

ini penting guys jgn berlagak lah rasa kebal yer.lemak yg bnyak dan tepu kat badan tu x akan memanaskan pun badan2 awak semua.percayalah.takpe melabur sikit untuk heattech yg terbaik.

saya rasa kalau setakat sejuk2 biasa boleh je beli kat mana2 dan mcm2 jenis ada jual

tapi untuk saya setelah riki2 dan study2 saya beli jenis heattech ultra warm uniqlo.
kalau kat uniqlo sendiri pun ada macam2 jenis heattech tau. ada ultra warm inner ,extra warm inner, dll.
gambar dari website uniqlo....welcome to uniqlo(selalu kan staff dia sebut nih)hahahaa
mmg mahal rasa syg je duit nak beli tapi percayalah dgn adanya heattech ni percutian kita barulah enjoy. takdelah nak ke sana sini x boleh sebab tak tahan sejuk. Serius kalau xder nih hilang mood nak enjoy mesti rasa x sabar nak balik malaysia.
Tapi kalo x beli jugak jgn sedih kat japan tu bnyak je jual.cuma masa nak cari tu kena lah bertahan.😡 .kalau kat jb nih boleh lah cari dekat Uniqlo, Cosas united,Universal traveller,sport direct dll.

winter jacket.

Macam2 jenis winter jacket ada kan. Jual kat online pun banyak. Saya beli online je.nak beli kat kedai2 mcm x termampu pulak.tapi kalau nak beli jugak tggu sales pada saya berbaloi.

Ada org suka bundle.tapi kat jb ni saya x jumpa pulak bundle dia.Siapa2 yg tau bundle kat mana bolehlah sahre yer. kalau beli online pun susah gak kena tau betul2 size.Takot tak muat pulak.Saya pilih material down feather dana da hood untuk tutup kepala


Winter jacket ni jangan besar sgt nanti angin sejuk masuk .Cari yang just nice je.hokayy..Saya pilih material down feather ada hood untuk tutup kepalal


kasut

hurm....kat sapporo sana masa musim sejuk.omg jalan dia licin tau. kena betul2 berhati2. ada yang cakap jalanlah mcm penguin. slow2 dan rapat2. kena betul2 berhati2 especially kat trafic lite,nak lintas jalan.
imej dari google

untuk keselesaan pada saya beli lah kasut betul2.jgn lah pakai sportshoes je.kecut kaki hang dibuatnya.salji kalau dah masuk dalam kasut.nanges.😢


tapak pun kena pilih betul2 tau.kalau malas nak pikir beli je spike.pasang je kat kasut tu.kalau masuk bangunan kena lah buka yer. susah2 kat lazada pun ada jual


sarung tangan

ini penting gak.sebab kalau betul2 tengah sejuk.rasa mcm hujung jari kita kena gigit2 je binatang.rasa pedih je.tak payah susah2 beli kat mana kat daiso je pun sng. RM 5 je tak termasuk GST.cari yang boleh touch handphone so x perlu lah nak bukak2 sentiasa.Nak tau boleh guna handphone ke tak biasanya dekat jari telunjuk ngn ibu jari dia ada lain sikit.
imej dari google
Heat pack /KAIRO
Ada 2 jenis kairo.satu yang boleh ditampal dan satu lagi x boleh tampal.Yang tak boleh tampal masuk je poket. kalau rasa sejuk gengam kat tangan.akan rasa selesa sedikit. kalau pakai ni x pakai sarung tangan pun dah xper sgt.

Yang tampal pun bukan main tampal je tau.jangan tampal kat kulit nanti melecur. tampal kat baju.dekat heattech lagi baik.kalau pergi sana seminggu jangan tampal tempat yang sama semingggu tuh.tukar2 sikit kedudukan dia.atas sikit atau bawah sikit.pada saya nih mmg baik.membantu kita kekal x kesejukan.


kalau kat sini boleh beli kat daiso.kalau kat sapporo tuh melambak jual.jgn risau tak cukup.kat kombini dia merata jual.(7E,,lawson,family mart dll)



gambar ihsan google
Sweater
sweater pun perlu sebelum pakai winter jacket.pada saya sweater ni dah x kritikal sgt kalau dah pakai heatteh yang betul2 dan dah pakai heat pack.mcm saya ada beberapa hari saya paaki sweater yg beli kat jusco rm19.90 ,kain biasa jer.tapi kalau nak selesa boleh jugak beli yg baik punya.

Snow cap dan ear muff 

ini terpulang.Saya x pakai ni.xselesa kot untuk saya.lagipun saya dah pakai tudung saya pikir. kalau time snow betul2 lebat,saya tutup je dengan winter jacket saya. kan ada bahagian tutup kepala kan kat jacket. so saya pakai tu je.(hood).Terpulang nak pakai ke x.Mcm husband saya dia mmg pakai snow cap all the time dia.hahahaa.

Face mask-- 

saya pakai ni.boleh dikatakan selalu jugak saya pakai.tapi x lah all the time.saya pakai ni bukan sebab busuk tau.jepunbersih sangat.langsung x busuk.saya pakai sebab kadang2 hidung saya rasa sakit.so nak elak sakit berterusan saya pakai nih kadang2.saya dapat free je mask nih..hehe.ingat x nak bawak selamat bawak jugak.

yg husband saya pakai tuh beli online jer. sarung je masa nak guna. Senang jugak tgok dia so leher x sejuk dan x perlu pakai mafla dah.Satu tapi cover semua.

yang colour pink tu la saya dpt free tapi berguna.:)
Tudung sarung
yes...nih paling penting.saya mmg pakai tudung sarung je kat sana.senang.sap sap soi je dah siap.seminggu sana seminggu lah saya pakai tudung sarung.hahahahaha.
muka bangun tido.mandi dan terus keluar.tudung sarung jadikan kita siap cepat dan mudah.:P

krim/losyen/make up
nih penting uols.mcm saya kan jenis kat malaysia pun x  pakai apa2 kan.bedak pun xpakai. krim apatah lagi.tuhy  yang saya terlupa buat persiapan ini..yg bab nih saya betul2 terlupa. so muka saya kering tersangat2.huhu.mengelupas.

tapi x lama lepastu saya beli vaseline.sebelum keluar saya sapu vaseline. alhamdulillah ok.bibir saya x kering kat sana. kalau kering boleh gak sapu vaseline nih. kat sana2 mcm krim/losyen ada.best.sediakan je duitnya..


make up pulak mmg saya x pakai. kat malaysia pun saya x pakai.lagilah time travel kan.leceh pada pemikiran saya.Malas nak bawak dan angkut pulak kan. saya pun jenis travel light je. bawak yang memang perlu.Lipstic pun x ada.perempuan ke lelaki nih?hahaha😆


ubat2

saya selalu migrain.so saya mmg siap2 ubat migrain.tapi alhamdulillah di sana saya x migrain langsung.hati happy kot.padahal minggu sebelum tu saya demam + migrain semua.

husband saya selalu perli ckp takpe tak lama lagi sihat lah tu.sebab dia kata biasanya time travel saya selalu sihat.:))nih la ubat saya sebenanrnya.hahaha


ubat2 biasa yg saya bawak panadol,ubat selesema,minyak angin,minyak cni,yoko2 dan ubat ciriti birit.tapi alhamdulillah semua ok dan dipermudahkan.


makanan

mcm biasa saya ada bawak brahim nasi goreng+ maggie + air 3in 1 + sambal kacang tempe + bubur segera. standby je sebab takot2 susah cari makanan.tapi x susah tau.

cuma kdg2 sampai kedai diorg tutup. Makanan2 tuh biasa saya makan masa breakfast. sebelum keluar.sambal2 tuh boleh makan ngn nasi.beras x payah bawak tau,beli je kat 7E dia.


Vacum Seal Bag
Ha ni pun penting nak nampak beg x gemok leh masuk mcm2 baju.kalo g winter rasa ni perlu lah sebab baju kan bnyak dan besar2.so masukkan satu beg dan compress. Saya beli kat daiso senang.hahaha.Ada mcm2 size baca dulu ukuran dia kay.


**kalau sesiapa nak lagi selesa boleh beli seluar atau apa sahaja yang jenis blocktech..Kadang2 angin dia yang lagi kita tahan. so mcm saya ada beli seluar Blocktech uniqlo. Mmg x masuk angin. .tapi tak style lah.nt korang x nak pulak OOTD.hehe.saya pakai jeans dan seluar ini.







No comments:

Post a Comment