tiket ke sapporo ni saya beli dalam hujung tahun 2017. Naik air asia je uols nak murah.kebetulan mmg dapat murah masa survey aritu. Tiket pergi dalam 340++ balik dalam 400++.murah je kan uols.belum mampu beli tiket mahal2..😎
lama jugak nak dapat tiket harga tuh bila air asia ckp start promo.bersengkang mata gak saya tgok air asia malam tu. nekad je beli.husband bangun2 je saya bgtau " saha dah beli tau tiket ke sapporo" hahahaha tercengang dia. 😓 ingat saya main2 ke bila saya tanya.😇 Esok pagi terus bgtau kawan suruh beli jugak tiket kalo nak g saing.
Dipendekkan cerita dapatlah kitorg seia sekata ke sapporo pada tarikh yang sama iaitu 11 Feb hingga 16 feb.sangat2 singkat tapi bolehlah... finally impian saya tercapai.mmg plan saya dari bulan august 2017 nak main salji kat sapporo. lepas baca mesej2 dari group kat facebook.saya mmg bulatkan tekad mesti jugak ke sapporo for this winter. Alhamdulillah dimakbulkan dgn izin Allah.
check balik japan punya laman web ,Sapporo snow festival 2018 ialah pada 4 feb hingga 11 feb 2018. so tengok tiket yang saya dah beli dapatlah sehari saya menikmati event itu.Best jugak alang2 dah sampai sapporo dapat pulak joint snow festival tuh.rezeki .Alhamdulillah walaupun sehari je dpT jugak rasa kehangatan dia. Kalau sesiapa xtau Sapporo snow festival ini biasanya dibuat seminggu pada bulan February. It is one of Japan most popular winter events.
Naik flight malam dan sampai awal pagi di Sapporo. Saya dalam flight mmg x boleh tidur langsung.Ingat lepas makanan sampai dapat tido kejap.rupanya mata tak leh tido gak.Tak taulah excited ke apa.hahahaha.tapi saya mmg sejenis susah tidor.kalau naik kereta pun x boleh tido.kiri kanan depan blkg semua tido.tapi surprisingly saya x rasa lama kat dalam flight dan x rasa bosan langsung.agaknya terlalu excited.hahahaa 💗💗
Lebih kurang 7 lebih saya sampai di Chitose.saya pakai selipar je tau .Keluar2 flight kejap je dah rasa omg sejuknya. Malas nak pakai kasut2 siap2, baju winter semua saya x pakai. Saya pakai baju biasa je.Mmg plan sampai2 airport baru tukar.
so korang pun nanti x payah lah siap2 berjaket bersnow boots bagai. leceh.masukkan je baju2 yg nak pakai nanti dengan kasut tu dalam satu beg asing.saya hand carry supaya nanti sampai airport baru tukar .masuk beg asing siap2 sebab nak memudahkan. xadalah nak mengembur aka bersepahkan satu beg balik nanti.
so korang pun nanti x payah lah siap2 berjaket bersnow boots bagai. leceh.masukkan je baju2 yg nak pakai nanti dengan kasut tu dalam satu beg asing.saya hand carry supaya nanti sampai airport baru tukar .masuk beg asing siap2 sebab nak memudahkan. xadalah nak mengembur aka bersepahkan satu beg balik nanti.
dah sampai Chitose New Airport jgn lupa jalan2 dulu tau.airport dia best. kalau bawak anak2 boleh bawak ke area smile road. kat sini ada doraemon dan hello kitty. Mesti bukan anak2 je minat doraemon kan..korang pun minat jugak kan 😆.
dan kalau sampai2 tu lapar boleh makan kat sini Donburi Chaya Restaurant. Restoran ini menyediakan menu halal for muslim.
Settle semua kitorang pun beli tiket train terus nak ke hotel. Dari chitose airport naik JR to sapporo station .lebih kurang harga 1070 yen.Dari sapporo station pulak naik subway namboku line ke susukino station. 1 hala 220yen. Hotel kitorang dekat area susukino.
Jom tengok first view kitorang sampai sapporo nih.
Masa nih Ya allah jakunnya.Bersyukur sangat dengan nikmat dan rezeki dari Allah.Saya x sangka saya dpt tgok salji depan mata. |
rumah2 diorang.pemandangan pun cantik dari sini ke Sapporo. |
Sampai hotel letak beg je dan nak confirm hotel tu. Memang dah tau kitorang x leh check in leh letak beg je. Alhamdulillah x susah cari hotel tu.Selesai semua minum2 air kitorg terus jalan.beg besar tinggal.takkan nak angkut kan dgn salji nya lagi.Masa tu mmg x sabar dah.x sabar nak main salji.hahahaha kejakunan betul.
Terus kitorang start the explore dengan pergi ke Odari Park.Odori Park ni lah tempat berlangsungnya snow festival. Ya Allah cantik sgt diorg buat arca.kalau korang sampa sini bulan feb janganlah lepaskan peluang yer...Odori Park nih luas dan panjang kot.
sempatlah tgok JR Tower dll...oh x lupa sempat kitorg makan kat Nijo Seafood market. Pusing2 pasar basah tu semua.tgok segala mcm benda kat situ.lain pasar diorg dgn pasar kita tau.Sempat jugak jalan2 kat kedai susukino street tu.best banyak skincare kat area sini.
Dalam dekat pukul 4 kitorang check in hotel dan rehat sebab plan dalam 6 lebih nak ke mount moiwa.Mount Moiwa pun best.
.
insyaAllah ciku dan famili akan ke sapporo awal feb thn depan..harap2 tkde masalah ke sana ngan anak anak sekali ni.Hrap Allah mudahkan semuanya.Amin amin
ReplyDeletetq ye entry ni
InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan.Saya doakan.jgn lupa bawak semua yg penting untuk musim sejuk sebab bulan feb mmg sejuk betul.salji turun setiap hari.jalan licin.harap ciku dan family serta anak2 dipermudahkan segalanya di sana nanti.
Delete