Muka ada kenyang...Alhamdulillah |
Alhamdulillah Allah memberikan rezeki dan kesempatan untuk kami satu family berbuka di Horizon Hills and resort. Berbuka di sini adalah sesuatu yang saya nanti nantikan dari awal puasa. Saya suka berbuka di sini kerana suasananya sangat nyaman dan relax.Sesuai dengan saya yang x berapa suka hingar bingar atau terlalu crowded.
Di sini kita boleh pilih makanan dengan relaks dan tenang tanpa berlanggar2 sangat dengan orang lain.Ini kerana keadaan dewannya yang agak besar dan luas. Tapi biasalah bila dah besar dan luas penat pulak nak jalan ambil makanan kan…hahahaa.ada je komplennya.
Biasalah kan mana boleh semua tempat perfect mesti ada sedikit kekurangan.tapi bagi saya tempat ni memang best.Tenang aman dan damai.So kalau sesiapa nak berbuka puasa di sini saya sangat sarankan datang awal.Jadi boleh ambil angin di sekitar sini.
Bercakap soal makan pulak bagi saya makanan –makanan dia sedap dan banyak kepelbagaian. Standard lah kan biasanya mesti ada nasi arab ,nasi campur,pelbagai jenis pasta, kerabu dll.Ada juga roti canai,mee rebus,satay,rojak abc,aiskrim dan banyak lagi lah. Saya bukan makan semuanya.Tak banyak yang perut saya dapat isi.Biasalah kan perut kita bukan besar sangat.Saya Cuma ambil nasi arab,spaghetti dan satay.Tapi saya ada rasa juga sambal udang suami saya ambil pergh marvelous sangat rasa dia.Ayah saya pulak cakap daging salai masak cili api sangat lah sedap..huhu x sempat makan.
Minuman pun banyak jugak.Ada air kurma ,soya,coffe ,tea macam2 lah.saya Cuma ambil nescafe dan plain water.hehe.rugi bawak saya nih.hihi
Jangan risau pasal solat sebab tempat solat disediakan okay.cukup besar dan selesa.Bilik air juga selesa.Nak mandi pun boleh.hehe.
Ini merupakan kali ke dua saya berbuka disini. kali pertama tahun lepas.Tak banyak perbezaan tahun lepas dan tahun ini cuma untuk tahun ini pilihan makanan saya perhatikan bertambah dari tahun lepas.Apapun saya tetap suka berbuka di sini.kalau ada rezeki why not tahun depan pun kan kan…Semoga murah rezeki family kami semua.Insya Allah.
Lebih kurang pukul 9 malam bergerak balik ke rumah dengan kekenyangan dan kesyukuran. So guys sesiapa nak berbuka di sini saya sangat2 rekemen dan insya allah anda tak akan menyesal.
No comments:
Post a Comment