Search This Blog

Monday, June 11, 2018

Restoran kari kambing 40 hari di bulan puasa aka Ramadhan


nak jugak ambil gambar. :P
Hari ni nak cerita pasal kedai makan yang agak popular di Johor. Pada saya ianya agak popular juga. Restoran ini betul2 tepi highway. kira kalau nak ke johor bahru atau dari johor nak ke Kuala Lumpur memang lalu lah. Mesti nampak signboard besar dia. Kalau dari johor tu dia sebelah kiri.

Dia bukan dekat R&R tau. Kita kena exit kalau nak pergi. tapi tak susah, senang sahaja tak jauh dari exit dah jumpa restoran ini. Macam saya hari tu saya exit yong peng. so dokat sangatlah dari exit tuh dah sampai.

Rasanya dah banyak dah orang cerita pasal restoran ni dan saya pun x berhajat dan menulis panjang. Apa yang boleh saya katakan  nasi dan lauknya sedap .Agak kena dengan selera saya. Harga juga agak berpatutan dengan nasi nya yang penuh sepinggan. kuahnya yang pekat dan dagingnya yang lembut. Insya Allah tak muak. Harga sepinggan x silap dalam RM13. Uniknya di sini kita boleh makan dalam dulang. share lah berapa ramai pun.Harga sedulang RM48.

Untuk waktu biasa dan hari2 biasa dia buka dari pukul 7 dan tak silap tutup hingga 3 petang. Yang rare nya kali ni kenapa saya tulis kat blog sebab saya pergi waktu bulan Ramadhan.Waktu dan cara berniaga dia lain dari waktu biasa.  so nak tau waktu beroperasi dia?? 

Ok,,,untuk bulan puasa dia buka dari pukul 2 atau 3 petang hingga habis jualan kot. x berapa sure pulak. Malam mmg xdelah. Dengar2 kol 5 mcm tu dah habis dah. Macam saya haritu dtg pukul 3 lebih dah buka restoran ini dan saya terus beratur… Eh tapi ..jgn pulak korang bulan puasa makan kat situ.Semua jualan adalah untuk bungkus sahaja pada bulan puasa. takde makan di situ tauuu..so bungkus dan makan di rumah.

Saya pergi masa Ramadhan minggu ke dua. tak silap hari ke 10 ramadhan. Beli bungkus dan makan di rumah..Samapi rumah nasi msih panas lagi masih sedap dimakan. Yong peng ->JB tau….hahahha sanggup kan demi nasi kari kambing 40 hari ini.Padahal kat JB banyak jugak nasi2 fesyen macam ini..Tapi yang sebenarnya saya ada urusan di  Batu pahat aritu. tuh yg balik singgah restoran ni.Dan ianya berbaloi.So siapa2 yang ke Johor jangan lupa singgah restoran ini 👍👍👍

2 comments:

  1. Saya asal BP pun tak pernah sampai lagi... kena singgah juga satu hari nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuhla kan biasa tuh yg dekat tak sempat pergi.hehehe. sedap jugak.awak patut cuba.x mengecewakan.BTW bp kat mana?jgn ckp yong peng tauuuu.dah dekat sangat tuh.hehe

      Delete