Search This Blog

Thursday, June 21, 2018

Otaru di musim winter

Pagi2 kitorang dah bergerak ke Susukino station.Yang sebenanrnya x lah pagi sangat.lebih kurang pukul 9 jugak.huhu.Breakfast siap2 kat hotel.kitorang breakfast bubur nasi segera dengan teh susu je.bawak dari Malaysia.Keluar dari hotel beli jugak mcm2 lagi kat family mart.beli pisang buat alas perut lagi dan mcm2 lah.

Ramainya umat manusia.

Silap timing lagi kitorang saing pulak dengan orang yang nak pergi kerja.OMG ramainya.Berdiri tau dari Sapporo ke Otaru.ingat nak ambil yang tempat duduk reserved tu tapi x amik jugak.last2 berdiri spnjang perjalanan.

Dari Sapporo ke Otaru cantik tau pemandangan dia.laut semuanya.kitorang x de specific plan pun kenapa ke sini.nak watpe sebenanrnya.nak pergi mana sebenarnya.cuma nya saya nak sangat tengok penguin walk.

Biasanya kalau nak tengok penguin orang pergi ke asahiyama zoo. Disebabkan jauh dan saya pun x lama di sini. saya cari alternatif lain yang boleh jugak tengok penguin parade tapi dekat2 je. tak nak jauh sangat.cari punya cari dan dapat tahu di Otaru pun ada penguin walk jugak. so saya decide alang2 memang plan ke Otaru so tengok di sini je lah tak perlu ke Asahikawa.Mungkin lain kali kalau ada rezeki kita ke sana pulak

Perarakan Penguin 

Ada jugak tauu penguin yang tak dengar kata..lari sikit dari laluan dia..hahahah atau malas nak gerak :)

Dengar2 penguin kat sini kecik sikit berbanding di Asahiyama zoo.kalau siapa2 dah samapi sini dan dalam musim sejuk bolehla pergi sini.berbaloi2.Sesungguhnya memang pengalaman baru yang x kan dapat di Malaysia.

Sampai2 je Otaru station terus jalan kaki ke Otaru terminal bas.dekat je tau.masa tu ramai sangat orang.tak sure kalau2 semua ni datang melancong ke apa.Ramai jugak saya perasan pelancong dari negara China.

Tanpa membuang masa kitorg terus cari bas untuk ke Otaru akuarium.Kalau x silap boleh naik bus no 10 atau 11 sahaja untuk ke sini. Dari terminal nak ke Otaru akuarium ni nak cakap mcm dekat tak lah dekat sangat.Tapi jgn risau sepanjang perjalanan tu syok boleh tengok rumah2 diorang kat Otaru ni mcm mana.Boleh nampak masjid Otaru masa otw.Sayangnya saya x sempat ambil gambar.


mcm2 spesis ikan ada
Selain dari penguin walk apa yang menarik jugak di sini kita akan dapat melihat segala jenis ikan yang x ada di negara kita.Besar2 ikan diorang nih.

Sejenis Pelican atau Burung Undan



Pelican walk pun sesuatu yang jangan terlepas.Ada jadual dia.so masa sampai tu boleh tengok jadual dia dulu.Rancang betul2 jangan terlepas apa yang anda nak tengok.Ada jugak pertunjukan dolphin dan anjing laut.Memang seronok tau.Kalau bawk anak2 lagi seronok pergi.

Tiket x mahal pun dalam 1000yen seoarang tapi mcm2 kita dapat tengok.Berbaloi okay.Ada cafe dalam ni tapi kitorang x makan lah mcm x meyakinkan sangat.hehe



Lama x lama dalam kol 2 kitorg beransur balik. Balik2 naik bus yang sama terus kitorg ke aeon dan daiso sekitar sini.saje jalan2 tengok aeon diorg camne.
Then perut lapar kitorg decide makan lunch dulu before ke Otaru canal.Seafood mmg agak terkenal kan kat sini dan saya perhatikan harga nya lebih murah compare to Sapporo yang kita makan semalam.





Perut kenyang hati senang dan perjalanan kitorang teruskan ke Otaru Canal.Em.best kat sini .cantik.tapi omg punyalah ramai orang.nak ambil gambar pun susah.disebabkan kitorg sampai dh petang dalam pukul 5 mcm tuh so kitorg x berkesempatan ke Otaru Music Box Museum. Rupa2 nya tutup pukul 6 museum ni.so kitorang just jalan2 kat Sakaimachi Street.

Otaru Canal .masa nih 7.0 celcius dalam pukul 5 lebih kalau x silap
Balik dari Otaru kitorang sebenarnya plan nak ke Mt.Tengu since kitorang dah beli pun 1 day pass which include ropeway ke Mt.Tengu nih, Pas yang saya cakap nih termasuk naik bas kemana2 di Otaru + naik ropeway ke Mt.Tengu + dan kalau musim bukan snow termasuk naik kuda sekali. Pas ni harga dia kalau x silap 1480 yen seorang. Maksudnya bayar sekali je kat Otaru terminal tu then anda boleh enjoy semua ni.

Tapi saya x pergi pun Mt.Tengu tauuuuuuuu.sob sob sob 😞😞😞😞 sebab travelmate saya dah penat dan sejuk sgt tak tahan.but its ok x ada rezeki kali nih.ada rezeki boleh pergi lagi.huhu.Nak tau apa yang best kat Mt.Tengu? Baca nih kay So lepas dah x jadi ke sana kitorang decide balik sahaja ke Sapporo.Kali ni kitorang x naik train dah.Naik bus terus ke Sapporo.Saje nak merasa naik bas pulak.hehe..Naik bas best jugak kita dapat tengok pemandangan yang lain dari train pagi tadi.


2 comments:

  1. Tak sempat nak ke Otaru... ada alasan nak pergi lagi nih... hehe

    ReplyDelete
  2. hehehe
    kan banyak alasan nak pergi lagi
    saya pun
    tak pergi yang awak pergi tuh Asahikawa
    banyak jugak x sempat pergi
    yes2
    nt kita datang sini lagi

    ReplyDelete