Search This Blog

Thursday, March 9, 2017

SEA WALKING TANJUNG BENOA



Pagi pun ada orang-Pantai Kuta
Di sebabkan singkat sangat percutian kami di bali iaitu 4 hari 3 malam sahaja. jadi saya susunkan aktiviti dengan sebaik-baiknya. Masa terlalu pendek rasa kat sini. Rasa macam pack sgt masa.Hotel yang saya stay pun saya x explore.  Saya balik2 je dah mlm. Letak kepala atas bantal terus tumbang .nasiblah saya pilih hotel murah dan budget.

Bali nih besar dan Di tambah dgn jarak perjalanan yg jauh dan macet.  kdg2 rasa mcm dekat tapi sebab jem teruk kan kat sini. So dia jadi lama. tersengguk kepala terlanggar cermin van. hahaha Jalan kat sini bukan mcm jalan kita tau besar2. diorg punya jalan besar dia mcm lorong2 di rumah kita. kecik sgt ya ampun.. Yg saya perasan ada satu je highway itu pun nak ke nusa dua. berapa tol saya tak pasti pulak. Ada tanya pak supir tapi x ingat.kalo silap maafkan saya


Ada jugak beberapa tempat yg best saya x dapat pergi dan cover . takpe more reason to datang lagi.hehe..antaranya Bedugul. takpe ada rezeki dtg lagi. Kalau takde rezeki apa yang ada kita jadikan kenangan yang terindah.lols.

excited to explore..saya kalo berjalan2 mmg bedak pun x pakai uolss...nak tgok nature muka pun haruslah natural...jgn plastik.kihkihkih.semuanya semulajadi dan natural beauty.SILA MUNTAH HIJAU     
Ok first aktiviti hari ke tiga ialah jalan2 pantai kuta. jalan lama jugak kat sini. cuci mata lepak dan lepak lagi. mmg cantik pagi2 kan. org putih pagi2 dah dtg siap bawak alas untuk membaringkan diri nanti. 

Pantai Kuta uolls

Panas kegembiraan sampai mata pun x nmapk tapi best nyaaaaaaaaa


Mat salih nih tutup muka sebab kena matahari ke malu kita terambil gambar dia..mohon halal yer 
Temapt ke dua terus ke Tanjung Benoa. kat sini lah kita boleh buat segala aktiviti air.Macam-macam ada.Sediakan aje ongkosnyaa….Nak ke sini lah yang lalu tol .jakun jugak saya. Ko dah kenapa saha mcm xde tol je kat johor?:P


Inilah tol yang saya cakap


Plan saya kat sini saya nak sea walking. Walau mmg dah plan tapi saya tetap piker.ei betulke nak buat nih??being me yang penakot nih mmg banyak lah pk nya.last2 malas nak pk2 lagi saya terpaksa dan merelakan diri sendiri untuk ber  sea walking.

Masa nak sea walking tuh sebelum turun tuh saya Nampak satu org korea nih, dia muntah2 lepas naik. alahai saya yang semakin kecut menjadi semakin kecut.nak ke tak nak nih..duit dah bayar mahal jugak tuh. Bayaran dalam USD tau. tapi syaa x ingat berapa. Bagi saya , saya rasa rugi kalau x proceed.

Mula2 sampai duduk lah bincang dengan orang2 kat situ.Ada meja makan semua senang sangat nak berbincang dan nak menawar harga.Ada menu di sini.Menu aktiviti air.Tawarlah selagi boleh.Tapi diorg nih x kisah letak mahal sebab dia x heran.. banyak kot org2 putih nak try.so mmg laku keras lah segala aktiviti kat sini
Menu pakej bukan menu makanan.

Tiba masa yang dinantikan.Tiba giliran kami.kami dibawa ke tengah laut dgn bot laju.tengah ek?entahlahh tapi jauhlah sikit dari yang tepi tuh.Sampai kat situ terus ke pelantar yg mmg ada kat tgh tuh. Pakailah segala tok nenek kat situ dan ada instructor ajar isyarat2 dia. sebab kita tak boleh ckp tau kat dalam sana. so dia ajar isyarat ok , ada masalah, nak naik, dll.so kena ingat semua tuh.Nanti guna tuh je yer. saya mmg hafal isyarat nak naik dan ada masalah jer.hahahaha

Ok husband saya turun dulu.sampai giliran saya dup dap dup dap jantung saya.takot nyaaa.Allah je yg tau.saya berani sebab saya tahu husband saya ada.kalo x ,saya tak taulah saya akan buat ke x.
Ok step pertama kena turun tangga nt dah sampai tangga ke berapa dia pakaikan tong gas. OMG beratnya tong dia .ku rasa macam nak terbalik.hahaha.so cari tangga. saya mcm x jumpa2 tangga tau.cari2 last2 jumpa gak.saya dah cuak.

Habis anak tangga terus kita sampai ke dasar laut.bnyak lah jugak anak tangga tuh.Dah sampai bawah rasa lah kita pijak pasir. nmapk ikan2 depan kita. Banyaknya lah hai….kerumun saya sampai saya rasa geli.saya pun tercampak roti yang dia bagi.Lupa bgtau masa kita nak turun dia bagi roti tauu. Kira roti tuh as attraction untuk ikan dtg kat kita. Jadi saya yg kegelian terbaling roti tuh….hahahaha ADOI
Then jalan lah kita ikut laluan dia.dia ada laluan yang dibuat khas untuk sea walking activity. Sebeanrnya tak mencabar pun..so kita ikut je laluan tuh.Dalam setengah jam dalam laut tuh saya kena naik. Masa kena naik tuh saya rasa alahai x puasnyaa..

Kesimpulannya selamat lah saya buat jugak aktiviti nih kalo x mesti saya x dpt rasa pengalaman nih. Alhamdulillah semuanya ok2 je. Naik2 tuh saya ok tak pening atau muntah2. Mungkin Oksigen yg saya bawak tuh penuh kott ATAU berfungsi dengan baik sebab ramai jugak yg naik pening dan muntah2.
Haaa…lagi satu telinga pun kena jaga.kalau x betul2 rasa mcm sakit kot ada jugak yg naik balik sebab telinga dia sakit. Alhamduliillah saya dipermudahkan urusan nih. syukur Alhamdulillah.

Ada bnyak lagi  aktiviti air kat sini tapi saya x amik semua amik mana yang patut je dan rasa best.Almaklumlah budget ciput. Alahai takde gambar ek..sygnyaa

Lepas dah siap segala aktiviti tuh saya tukar baju dan jalan 2 lagi di sekitar pantai Nusa Dua pulak. bnyak gile pantai dia dan cantik sangattttttttt. Kat sini banyak hotel jugak. Tapi mcm lebih pada standard hoel lahh..Sini mungkin lagi permai dan tenang dari KUTA.


Penat berjalan perut berbunyi ku mintak pak supir cari nasi padang. So misi cari  makan nasi padang tghari tuh.Compare to nasi padang di Bandung saya suka lagi makan nasi Padang di Bandung. kat sini mcm ada kurang skit. Tak kick as expected. Tapi yg sama ialah air buah. Air buah kat indon nih mmg tak mengecewakan so saya bungkus lagi air untuk minum dalam kereta. Tak cukup satu. sebab lepas nih bnyak lagi pantai nak pergi.Mesti haus nt. 

Bolehlah layan lauk dia


Apapun plan last saya mesti ke ULUWATU.huhu.apapun jadi kena pergi sebab esok saya dah blk jb

No comments:

Post a Comment