Search This Blog

Friday, February 17, 2017

Cerita Bali Trip-Hari pertama



Tanah Lot BALI


26 Oct 2016 saya dan suami telah pergi ke Bali Indonesia. Percutian yang dirancang sepenuhnya oleh saya. Percutian syok sendiri sebab mula2 dia mcm x nak pergi tapi selepas saya pujuk2 baru dia on. Huhu..kesian saya.:P

em…kenapa saya pilih bali? Nak cakap tempat nih mmg idaman saya. Taklah jugak.Tapi Saya baca review dari ramai2 blogger2 mcm best sgt Bali. mcm ada sesuatu di Bali yang buat orang dah datang nak datang lagi. ITULAH DENGAR2 NYA. Lagipun saya suka Indonesia tak tau kenapa. mungkin dekat dengan diri saya dan sesuai dengan selera saya kot. Jangan tak tau Indonesia tempat dia cantik2 tau.Setiap tempat unik dan ada identity tersendiri. Saya baca jer.pergi semua belum lagi.hahahhaa

Pertama kali kami menggunakan perkhidmatan Malindo air. Nak ke Bali nih leceh sebab tiada penerbangan direct dari Johor Bahru baik MAS @ Air asia atau lain2. Nak x nak kena ke KLIA. Jadi kami decide naik bus terus ke KLIA. Cari punya cari kami decide try naik bus yoyo. Nak naik flight mahal lah pulak dari jb ke kl sebab masa dah suntuk kan. Suka tau buat kerja plast minute..lols. Nak naik kereta malas nak drive.hehe.Sebenanrnya kalo naik kereta ok jer kami salu tinggal keta di Putrajaya central. SELALU? EH? mcm selalu je ko g oversea atau naik kapal terbang saha oii.hahahaha

Semua ok.semua puas hati.👍👍👍

OK Cerita pasal bus yoyo yang kami naik tuh. Alhamdulillah bus ok. Kami selesa tidor. Eh suami saya lah yg tido nyenyak .saya takleh tido. Mcm biasa saya bukan jenis yang senang lelap berbeza ngn dia asal letak kepala je padam.hehe … kami naik bus ke KLIA yang paling lewat sekali pukul 1 pagi dari terminal TUTA. lebih kurang 8 minit dari rumah saya. So memang sesuailah kan.tak payah jauh2.Thank you for my brother yg hantar pagi2 buta tuh. Esok dia kerja padahal.kesian dia..huhu

Sampai di KLIA lebih kurang 5.30 pagi. Solat subuh makan dan jalan2. Flight lebih kurang pukul 9.30 pagi. Overall naik malindo nih experience yg memuaskan bagi saya..masa kami naik malindo nih luggage free and include meals. Ok lah semuanya lancar dan kami sampai lebih kurang pukul 1ptg.Selesai semua imigresen dekat pukul 3 kot.Nih anggaran je ye, agak2 je k.


Walau x tido ..x rasa ngantuk sebab semangat.hahaha



OK Settle keluar terus cari pak supir kami .yeay mudah senang nak kenal sebab dia ada bawak papan tanda yg ada nama kami. macam biasa lah kan. semua tempat mcm tuh.tul x?

Ok fisrt thing mestilah makan kan.tak lapar sgt tp dah tghari kan makan je lah.apa2 pun makan dulu.tuh penting.hahahaa Nak check in pun belum boleh lagi sebab pukul 3 baru leh cek in.kami makan di ayam tulang lunak malioboro.Ok sedap tapi macam mahal je kami rasa.ayam dia besar sangat.saya makan x abis tapi sedap dan pedas.ayam dia takde tulang.makanlah sehingga ke titisan akhir.


ayam dia besar sgt...ke saya je rasa besar?


 mahal x korang rasa ke biasa?

Lepas je makan kami terus cek in .Park regis Kuta Hotel.Boleh tahan lah hotel nih.kami stay 3 malam di sini.No pindah2.selalu kami suka pindah2 hotel tapi kali nih kami decide tak pindah2.Stay satu hotel je.Lagipun pada kami harga dia dah berbaloi .RM350++ for three days.  Murah x ? kami booking di agoda sesauilah dengan harga dia dan sesuai dengan kami percutian budget ..hehee

Cek in kami rehat2 mandi + segarkan badan .Dalam pukul 4 lebih pak supir akan bawak kami ke tanah Lot.So Tanah lot lah jadi tempat pertama yang kami pergi. Subhanallah tak terungkap dengan kata2 yer dia punya lawa.Lawa sangat ditambah dengan suasana matahari nak terbenam.





Tak puas sebenanrnya kami kat sini sebab pak supir tuh asyik cakap cepat2 kena balik cepat nanti macet.lol tak puas tau saya menghayati pemandangan yang super indah tuh.balik saya nak tgok tshirt2 kat sana pun dia cakap “jangan tengok nanti kita pergi tempat lain tengok tshirt yer.”Huarghhhh sedih.
supir kami.muda je uolss.rasa baya2 saya jer

So start saat tuh saya dah rasa pak supir nih mesti jenis nak cepat jer.last2 dah lama baru saya tau dia nih jenis tak suka jem.kalo tak suka drive jem.awak x sesuai kot jadi supir sebab jalan di bali semua macet terutama di kwsn perlancongan.hahaha hamik ko sekali aku bebel. Tapi nih jelah yg kurang kat pak supir nih.yang lain semua ok terbaikkk


Punyalah ramai umat manusia..susah gak nak amik gambar

nak amik gambar tapi mesti ada gambar orang lain.hahahaha

Oh Lupa nak bgtau on the way dari hotel ke Tanah lot nih jauh jugak perjalanan dia atau tak jauh sangat kot tapi disebabkan  jalan dia kecik dan jem jadi perjalanan memakan masa yang lama. Saya dan suami kan tak tidor betul kan semalaman dah tersengguk2 kitorg dalam van.saya tahankan mata supaya tak terlelap sebab sayang rasanya kalau2 terlepas peluang melihat pemandangan yang cantic sepanjang ke sini.

Malam sebelum balik kami singgah solat di masjid.Pak supir bawak tapi x ingat ap
a nama masjid dia.:)Sampai hotel dah pukul 9.hamik kauuu dia punya jem kannnn.Malam tuh kami bungkus aje sebab tak larat makan kat luar.takot tertidor atas meja.hahahahaha

Itulah cerita kami Ke bali for first day oh lupa malam2 kami melilau berjalan di Kuta.Inilah dia antara kenangan yang saya ingat hari pertama di Bali.:)

 
last but not least sila lah pakai selipar sahaja kalau ke sini
 :P

Friday, February 3, 2017

Sarapan halal di Bali Indonesia


Hari ke dua di bali.kami x sarapan sebab ingatkan on the way tuh kitorg nak suruh pak supir cari warung atau kedai2 untuk breakfast. malang sekali punya malang pak supir tu tak tau kedai halal untuk bersarapan. dia cakap susah nak cari dan xder rasanay. adoiiii kelaparan lah kami nak tggu lunch sebab mengikut perancangan pak supir kami akan lunch di Gunung Kintamani dan nak sampai ke Gunung Kintamani akan ada banyak persinggahan.

Kami memang tak ambil pakej sarapan di hotel sebab kami risau x halal.walaupun masa nak cek in pihak hotel memberi diskaun gile2 untuk kami ambil pakej with breakfast. kami tetap x ambil dan berharap senang untuk mencari sarapan di sini. RUPANYA TIDAK.

Rupanya bali tak sama macam kat tempat kita di mana ada kedai atau warung2 tepi jalan jual sarapan yang mudah didapati.kalau mengikut pak supir tuh ada memang ada tapi dia bimbang x halal.so kami pun x nak ambil risiko. ikut je lah cakap pak supir…atauuu jgn2 ada je tapi pak supir tuh yang malas nak bawak kami.sebab pak supir nih jenis orang tak suka patah2 balik jalannya.Huarghhhhhhhhhhhhh lapar.walaupun ada beli roti dan biskut x sama sebab nak tggu sampai ke gunung kintamani jauh sungguh.memang berkeroncong berzapin lah perut. Actually sebelum keluar tuh kami dah makan biskut n minum nescafe and coffe3 in 1 tapi ttp lapar. mungkin kerana kami jenis ambil heavy breakfast.

Ok stop cerita pasal breakfast di bali kita cerita pasal tempat2 yang kami kunjungi pada hari kedua.first stop adalah menonton barong dance di batu Bulan. yang ini bagi saya nak pergi pun ok tak pergi pun x menyesal. saya masa kat sini x sabar nak tggu bila show nak abes. orang ketawa saya blur.hahaha tapi not bad if uolls type of org2 yang suka tengok persembahan.dia ada babak yang kelakar jugak.

Masa saya pergi tuh kan ramai sangat pelajar dari universiti di jawa tengah datang dan tengok sekali.diorang bayar tak tiket ye?saya x nmpak pulak diorg beratur atau diorang dah bayar siap2.#sajenaktau.

Sebenarnya kan pada saya persembahan dia sangat biasa2 dan x lah best sangat tapi apa yang kita patut contohi ialah sikap diorang yang bangga dan yakin untuk memperkenalkan seni mereka di kalangan pelancong asing. So same goes to kita yang ada mak yong, boria pulau pinang, kuda kepang, zapindan banyak lagi. kenapa kita biarkan seni2 nih berkubur dan terbiar. Biasa pada kita mungkin luar biasa bagi sesetengah orang.
Ramai sangat pelajar2 dari universiti di jawa tengah.

Sebelum persembahan bermula
Then kitorg pergi ke tempat silver + kain batik dll.pada saya nih buang masa tp pak supir tuh suruh pergi maka saya malas nak pk sgt. pergijelah and the best part on the way ke sini lalu sikit2 kwsn kampong so saya suka lah pemandangan dia dan bolehlah tau rumah2 diorg kat kampong camner. tak semua susah di sana dan x semua senang di sana. ketaksaman agak ketara.

Dah pergi semua tempat pak supir cakap nak bawak kami tgok kayu ukir2.Disebabkan perut dah terlalu lapar dan keadaan masa tuh agak borink serta jauh lagi perjalanan laju je husband cakap xpayahlah pak..nanti tengok2 bukan boleh bawak balik pun.nanti bikin sakit hati jer” maka kami pun x pergi.tapi kami ada pergi jugak tgok lukisan dan painting.Ha….yang nih jgn ditinggalkan perlu pergi ye.Lukisannya cantik2 dan penuh seni.

Friday, December 23, 2016

Shoping di Ho Chi Minh


Alhamdulillah dipermudahkan dan diberikan rezeki untuk kami pergi berjalan2 dan mencuci mata serta mengambil angin yang lain dari Malaysia

Tarikh 30 April betul2 lepas subuh saya ke airpot senai dihantar suami saya untuk ke bandar ho chi minh.sampai2 As dah tggu.Ingat saya lambat rupanya ada lagi yang lambat iaitu kawan saya Masriah.Kami pergi bertiga.Girls Trip.

Syukur xde apa yang terjadi sepanjang kami 4 hari 3 malam kat sana.walau pelbagai berita kurang elok kami dengar.Ada rakyat Malaysia dibunuh sebelum kami ke sana.Sehingga saya menaip sekarang masih xtau apa kesudahannya.

Flight delay masa pergi dan masa balik.Hadoi.Saya suka fly bagi saya mudah tapi kdg2 nak tggu masa departure lepas cek in sangat menyesakkan nafas.rasa mcm buang masa jer.tapi apakan daya tiada pilihan dan itu terbaik.
Ho Chi Minh kami dah sampai :)
Kami sampai2 je dalam pukul 11 masih awal.Hotel pun x boleh cek in.jadi kami tinggalkan je beg kat hotel tu suruh dia simpan.takkan nak kehulur hilir dengan beg tuh kan. So lepastu apa lagi mestilah makan kannn.lapar kot dan saya mesti makan sebelum pening.nanti menyusahkan orang atau mood sendiri ke laut
bersama aweks jual roti.sodappp dan murah
Makan kat Vietnam bagi saya mahal lah compare to Malaysia.Tapi normal lah kan negara bukan islam.nak cari makanan halal mestilah mahal.Tapi bagi saya x kisah mahal asal senang cari.Kebetulan hotel yang kami pilih memang kawasan tumpuan orang Malaysia.jadi senang je nak makan.banyak pilihan.pilih je mana nak dan pastinya sediakan wang yang cukup.

Selepas makan kami jalan di sekitar kedai2 situ.Jujur pertama kali jejak di area sini saya dapat rasakan yang kawasan ini kelihatan seperti di Malaysia.saling tak tumpah.dengan penuh rakyat kita je.Semua muka rakyat2 Malaysia. So dapatlah saya simpulkan di sini memang orang Malaysia lah yang memberi keuntungan pada rakyat Vietnam.

Penat berjalan di kedai sana sini.kami decide ke pasar bent than.kebetulan dah buka dan hati melonjak2 tak sabar nak masuk so misi diteruskan.kami x beli apapun hari pertama survey dan survey di pasar ini.


Tapi sebelum masuk ke hotel cek in saya beli seluar track Adidas tak ori yang harganya rm13 sahaja.
Kat Malaysia rasanya paling murah rm35.bnyak jugak saya beli seluar tuh .Alhamdulillah sampai sekarang saya pakai sebab memang selesa.Berbaloi2.

beli jugak beberapa tshirt Vietnam yang setiap sehelai berharga rm7 .kain dia boleh tahan jugak.nak cakap sedap sangat memang taklah.Berpatutan dengan harganya.
Em..xlupa telekung sebab saya tak bawak telekung sebab memang niat nak beli kat sini.RM30 x silap.Murah kan?Alhamduliilah
 
pasar malam dah nak buka.
Suasana sebelum pasar malam buka
Lepas cek in rehat sekejap dan petang keluar lagi.excited nak abiskan duit.hehe x lah excited nak beli barang yang perlu. hari pertama tuh jugak saya pergi pasar malam dia.



OMG happening sgt tauuuu.best + variety+ murah.mcm2 ada.sesiapa yang pergi sini kena pandai tawar.xpandai tawar menawar adalah satu kerugian. Dan anda kena tegas dgn apa yang anda nak.ingat!! beli apa yang anda nak aje jgn termakan pujukan dan godaan penjual.
antara contoh makanan diorg.
x banyak sgt kitorg amik gambar sebab excited tgok barang2 yang ada.semua tempat kami pergi.taklah besar sgt pun.lebih kurang mcmuptown dan downtown je pada saya.

Malam kami x berkahir di situ sahaja dan diteruskan ke kedai2  kerana dalam perjalan balik ke hotel pun masih banyak kedai yang buka dan pada waktu malam ditambah dengan orang awam yang berniaga tanpa lesen so pilihan makin banyak.Mereka berniaga dengan hanya membentangkan kain di jalan dan pada pemerhatian saya waktu malam harga lebih murah sikit berbanding siang kerana persaingan yang agak dahsyat sesama mereka.so jangan malu jangan segan tawarlah selagi anda rasa boleh.

Hari ke dua kami masih sama projek mencari barang terkumpul tetapi jajahan diperluaskan lagi sehingga ke kawasan yang kami mampu pergi.Kami jalan kaki sahaja.Antaranya kami ke saigon square ,kedai homemade beg kulit dan bnyak lagi.agak jauh kami berjalan kerana keseronokan dan keasyikan.cewah ayat😅😅

Malam aktiviti yang sama cuma maalm nih kami x survey2 dah kami beli terus kerana esok satu hari suntuk kami akan ikut trip ke Sungai Mekong so ditakuti dah xde masa nak shoping.
Esoknya kami nak balik dah pagi2.so apa yang dihajati kami cuba beli dan cari pada hari ini.

ohh 1 tips pada saya x payahlah tukar USD bnyak2 kerana RM laku di sana.Last but not least tgoklah separuh hasil shoping kami pada hari kedua.Ada satu hari lagi untuk shoping.yehaaaaaa

Kaya orang Vietnam kalo gini...haha

Nanti nak cerita pasal Sungai Mekong.Insha Allah kalau rajin dan dilapangkan masa.