Salam hari raya aidiladha dari saya dan suami
Alhamdulillah dengan izin Allah saya diberi peluang
melakukan korban pada tahun ini
Syukur yang tak terhingga di atas segala nikmat dan rezeki
yang sentiasa Allah curahkan buat saya dan suami.
Semoga rezeki ini akan terus berterusan dan berpanjangan dan
bermanfaat untuk semua ahli keluarga dan untuk semua sahabat handai yang
mengenali saya.Alhamdulillah.
Jubah dari imaan boutique and shawl dari ariani :) |
Kali ni untuk pertama kali di hari raya mak tak masak
ketupat.kalau x setiap tahun baik raya puasa atau raya haji mesti ada
ketupat.Kali ini mak masak nasi minyak.Selalu boleh dikatakan memang ada nasi
minyak tapi bukanlah sebagai hidangan utama still ketupat yang utama.tapi kali
ini agak berbeza sebab hanya nasi minyak ketupat sama sekali x disediakan.
So kali ni sedikit rare untuk family kami.Walau pun ketupat
tak disediakan di pagi raya kali ni tapi mak dan ayah saya tetap beli daun
ketupat.Ada plan lah tu nak masak jugak kan ketupat.:)
Takpe tak kisah saya tukang makan jer.Nasi minyak mak memang
sedap sehingga menjilat jari.Bukan saya je yang cakap tau semua saudara saya
yang rasa semua puji.
Somoga saya diberikan kelapangan dan kerajinan untuk
belajar.InsyaAllah.
Nasi Minyak hasil air tangan emak..memang superb |
Aktiviti hari raya haji kali nih macam biasa dimulakan
dengan solat sunat hari raya haji di masjid tmn U.Ada 20 ekor lembu akan
dikorbankan di sini.Untuk tahun isi saya memilh korban di kempas rumah pakcik
saya kerana kami sepakat beramai2 mengadakan korban sendiri bermula dari
A-Z.Penat rupanya tapi tak terasa kerana kami buat beramai2 dan bekerjasama
walau saya banyak memerhati sahaja.hehe..buat sebok2...--gmbr korban xder.huhu
Sekitar pukul 3 semuanya selesai pulang ke rumah semula mandi2
da bersiap kerana masih ada satu rumah lagi yang wajib pergi apabila hari raya.Rumah
ibu bapa mertua saya lah J
Normally saya akan ke rumah ibu bapa mertua pagi2 raya lagi
tapi kerana saya melakukan korban makanya kebiasaan ini terpaksa diubah untuk
tahun ini.
Alhamdulillah semua selamat dan berjalan dengan baik untuk
hari raya haji tahun ini.Sampai rumah dalam 12 lebih dan badan terasa amat
letih namun sob sob esok tetap perlu bekerja.ok
Sila jangan sedih yer cik saha kerana kerja juga merupakan
ibadah.Alhamdulillah
No comments:
Post a Comment